Dec 26, 2010

favor yang praktikal

Eco-friendly & practical favor idea..

haloo..

uishh..lame tak mengepost..kehilangan rentak gaye bercerita..arini rase nk cerita psal wed favor lor..pencarian tema n favor da lame da wat..lepas2 je tunang ni la prep yg pertama kt wat..favor kt same gred je sume takde favor tuk guest kebanyakkan ke vip ke vvip ke vvvvvvvip ke..sume dapat yang same yer..cume kalo yang jumpe n salam ngan pengantin je dpt sumthing..so jgn lupe jumpe kt or dayang2 tuk dpt kan k..hehe..

dalam family kt mmg salu bg favor yang praktikal..maksud praktikal mengikut kamus turun temurun family kt ialah boleh diguna pakai..bukan sekadar perhiasan perangkap habuk..hehe..

antara favor praktikal yg kt pilih ialah:

1. perkakasan dapur:
bukan bagi periuk belanga yer kengkwn kang jenuh nk susun n simpan..so yg praktikal n byk dipasaran ialah mug. bukan mini2 mug tp normal size mug..so tetamu lei pkai pastu.ade gak kat tempat kt org bagi senduk then diorg hias n letak telur..tu pun ok tapi bg kt agak kurang sesuai kalo nk bg tetamu lelaki n sensitif kalo tetamu kt tak tau msk camne??..hehe..

2. tasbih /surah yassin /kitab ayat2 suci
favor ni tuk majlis nikah ..selain lei digunakan mudah2an kt dapat berkat n pahala berpanjangan kalo tetamu kt gunakan pemberian kt tu. tp pastikan pckaging yang digunakan sesuai sbb takut tetamu kt letak di tempat yang tak sesuai lak..dan2 dapat dosa berpanjangan plak.

3. alat tulis
yang ni kt wat..dapat idea dri newspaper metro tuk bg tetamu kanak2..instead kt just bg diorg snack or candy baik kt gubah ngan brg2 yang praktikal n maybe boleh di gunakan. btol x?? lgpun skang ngan sale kembali kesekolah kan so mengam bil kesempatan di situ..(sesape nk tgk contoh yang kt wat lei drop komen k)

4. cookies jar
kt suke favor ni sbb 2in1..mengiku tradisi family lagi kalo bg favor kn ade makanan sebagai tanda menghargai tetamu yang dtg..so favor ni sgt praktikal bg kt sbb tak yah pk packaging tuk mknan..msuk je dlm jar tu..then hias la sket2..n bile cookies da hbis dptla jar tu digunakan di rumah para tetamu yer..hehe..

owh tu je favor kt yang dirasakan praktikal n boleh diguna pkai..act byk lagi yangblei kengkwn sume fikirkan contohnya cam gambaryg ktdapat dari pak google ni

Dec 17, 2010

realiti: katil owh..katil

aloo cak..cak..boom..

adoyai pening pale pgi ni..terlebih tdonye kes..ye arr en.tunangan takde..so takde aktiviti nk wat so qada' tdo je la jwbnye dek non..arini nck crite story mory psal katil..last wik kt da bertungkus lumus menyiapkan cat whitey roomey kt..tampal wall paper bagai..kononnye sbb dis wik ol perabot katil+ lemari + lemari mekap2 sampei..tup2 pg td en.tunangan ckp katil tu takde..jeng * jeng*..hangin je en.tunangan kt tu..mau nye tak hangin da la die kat kuantan..nk2 lak dengar brite meruntun jiwa ni..

act ktorg da booked bed frame tu since august (haha..cam tak sabar je kan cri katil dulu).mase tu x plan nk bli bedroom set pon..tp sbb katil tu amat menarik hati ktorg so decide tu booked..katil tu simple je uols..takde yg menarik pon..tp kt & en.tunangan sgt sookaa..ktorg mnta deliver dis month..n last two week ktorg ade gi kdai perabot tu & tokey tu kate katil tu ade kat store diorg da..tggu nk hantar je..then ktorg sgt lega..

tup..tup..arini die kate katil tu ade rosak sket n kilang tak wat lagi da dat model..owh ktorg sgt bersedih hati (kt rase die da jual kat org lain la)..tokey tu kol soh plih katil2 lain yg ade kat kdai diorg..so kengkwn..ape patut kt wat eak..plih yg lain plih yg pricey sket then demand murah ngan alsan diorg da langgar pembookingan ktorg or..just say bubbye & give back wang deposit kami!!! n katil camne nk pilih nnti eak..aiyak..

nk katil camni la..shanteq..(verangan dok ngan en.tunangan kat atas ni)

p.s: mencari dan percaya hikmah disebalik ape yang berlaku..

cutie: my milk toof

hi
short update arini eak..jumpe blog ni ..best lak layan tak sbar nk tggu post2 yg terbaru..thanks fyda introduce ni kat kt eak..sengih je bace blog ni..yippie!!!!source: sini
p/s: tapi tak dapt layan kat opis..pic tak kuar..huhu..

Dec 13, 2010

looking for canopy....hwaaaa~~

aloo..

hwaa..sape lei tolong kt ni..kt ngah cri vendor tuk kanopi..senang nye kawen kat dewan tak yah pk kanopi..uishh..sape kwn kat sini lei tlg kt kot ade cntact for canopy vendor ni..nak kat area selangor..and pling penting yang simple,sweet, kemas n affordable..sbb sy perlukan byk khemah..yer..sgt byk..

putih itu suci

source: mr.google

yer sy mau camni...
source: di sini

Dec 12, 2010

pantang nampak..auwwmm..

aloo..

pantang nampak cam tak menyabor je gaye nyer..act arini topik pantang larang..oleh kerana sy ni tak pndai sgt menulis so suke la bace2 entry dimana.dan kemudian mere'post'kan artikel tu..haha..arini dok opis dok berjln2 dari satu blog ke blog yang lain(kantoi distu : berblogwalking ketika kerja) terasa nk cri psal pantang larang lor..sbb ade kate kn perintah berkurung 40 days b4 wed. ye ke?? meh ade 44 pantang larang / amalan ] yg sy dapat ade yg lei digunakan oleh sume bukan bakal pengantin je.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan. (x faham???)

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Dec 8, 2010

SIAPA SUAMI KITA DI AKHIRAT NANTI????

halo fwenss..

pagi ni bace email dapat story ni so rase nak share ngan kengkwn sume..kalo blog b2b sume sedang bercerita n merancang wee-day bersama pasangan terchenta kan tapi adakah tu suami kt di akhirat nnti?? meh kt bace..renung2kan dan selamat membaca!!! :)


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelAki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir". "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

p/s: huhu..post2 kt takde tips cam b2b lain..sgt tak pndai nk memberi tips..so kt post info2 camni tuk di kongsikan..

Dec 7, 2010

Tinggalkan alamat kamu!!!

raikan cinta kami
12 februari 2011


wat kengkawan,b2b,SR or sesape yang ingin sesame memeriahkan majlis sy ni tinggalkan la alamat eak..sume dijemput. no RSVP!! *peace*

Dec 3, 2010

"aci redah...." : sgt pasrah

source: mr.google

owh..postku ini..huhu..lately mmg rase sgt down menyembah bumi..tak tau nape tak semangat lgsg nk wat prep..rase cam sume tak kn.n rase majlis kucar kacir n tak cam yg diimpikan..camne ni kengkwn..skang kalo org tanye bout me nye prep me msti jwb " huhu..aci redah je la..."

why?? nape jd camni..normal ke perasaan ni?? aduh camne nk mengatasi eak..kengkwn lei tak tlg..smpikan aritu mimpi bout majlis ntah ape2..me rase prep me sgt kucar kacir sbb..

1. mua+ baju = da booked+da byr half+da jumpe diskas.. tapi... tak tau camne hasil sbb diskas just btau kaler n tema camne..takde diskas design pun..rase cam tak slese ngan vendor pun ade..cam layan nk tak nak je..tak rase kekimiaan..takut2 je me nk suakan pendapat...then die kate fitting a week b4..lagi la serabut...kalo tak suke camne??kalo ade prob camne??

2.pelamin=da btau nk camne tpi tak jumpe vendor lagi..ermmm..tp sbb vendor sgt kenal tak risau sgt kot

3.khemah /kanopi= lom jumpe vendor +tak tau nk camne+tak tau nk deal camne yng ni mmg haru biru hijau kelabu %&&*(^*

4.bilik= da cat halfway+da tempah perabot+da tempah langsir +da ade bed sheet tapi...tak try lagi..rase cam cac merba..campur aduk..takut the end..ermmmm cam pasar mlm jadinye


5.entertainment=huhuhu.....bdget da takde..camne ni..tak yah ent la..kompang mase perantin sampi je blei kan..


6.goodies+ hantaran=x lengkap ngan sempurna takut last2 minit jadi rupa ntah pape..da la kn pk sendri..


7.makan+minum=leave to mommy..tapi tak tau ape2..nk wat camne pon tak tau..nk blik kg pun ssh nk diskas lagi la shh..

act..down sbb rase wat prep sesorg..kalo la sibling bace ni..huhu...takpe la diorg ade tanggungjwb memsg kan..ape yg termampu just doa hari2 moga majlis berjalan lancar..amin..




p/s:hal2 borang + procedure pon tak sentuh lagi..huhu..misshh ayah so much...sob**sob** (al-fatihah)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...