Dec 31, 2011

Jumpa tahun depan..

owh..hari terakhir tahun 2011. cepat je masa berlalau kan..tup..tup da akhir tahun..banyak perubahan dalam diri.. alhamdulillah dipanjangkan usia..dapat melalui dari satu fasa kehidupan ke satu fasa kehidupan.

04 APRIL 2010
Diri bergelar tunangan orang..huhu..umur 25 tu sebenarnya target mengakhiri zaman bujang tapi dah takdir makanya 25 baru mengikat tali pertunangan. Tak ingat camne keputusan tuk bertunang dicapai sebab perhubungan ngan encik suami ni banyak sangat dramanye..hehe..

11 FEBRUARI 2011
Menginjak umur 26 tahun dah bergelar isteri orang pula. Bergelar adik ipar..menantu..paling teruja bila anak buah panggil mak ngah..haha..panggil mak ngah pun nk teruja. ntah pape la.. ye larrr sebab dalam family panggilan yang digunakan "acik rini" tak pun "wak rini" (owh jawa katakan) tup2 family baru panggil mak ngah ..mau tak teruja..

20 Januari 2012
Satu fasa yang amat bermakna. insyaallah akan bergelar ibu..menerima amanah yang diberikan oleh ALLAH dengan hati yang terbuka dan rasa amat bersyukur. semoga diri ini dapat galas dengan baik.

itulah kitaran hidup kan..ape lagi yang akan berlaku pada tahun depan eak..macambiasa kt tak pernah ade azam..tapi tak bermakna takde target dalam hidup..bak kata imam muda asyraf dalam forum perdana ehwal islam semalam " azam itu bererti istiqamah" so pd kt setiap ape yang kt lakukan perlu dengan azam..so tak salah kalo buat azam pertengahan tahun kan.. :)

Dec 30, 2011

Pixajoy Photobook: Hadiah buat Hubby

dalam n3 ni dah cite camne celeb birthday hubby secara kecil2an. Tapi cam tak best plak bila sambutan birthday tak di lengkapi dengan hadiah. So secara tak sengaja dah terbeli vaucher pixajoy kat groupon. tapi kenapa tak sengaja? Sebabnya selama ni subscribe groupon tapi tak pernah nak beli pon ( jangan btau sesape tau sebenarnya tak pandai nk guna groupon ni) haha..

ok dah2 tu.. so dengan gigih kt kumpul semua gambar mase bercintan cintun (tak banyak pon sbb banyak drama je lebey) + mase bertunang + mase kawen sket..tema ala2 love journey la gitu..hubby pelik je apsal tetibe kumpul gambar2 lame..dah lah semua gambar mmg kn mnta kat die sebab kt ni mg fail bab2 simpan menyimpan..ni lah kalau da moden sangat kan.. bila semua pun digital susah nak simpan..ada kat laptop sane harddisk sini..lom kira yang hilang kena virus lagi.




PIXAJOY ni sama la konsep ngan photobook tu ..software pixajoy ni senang sangat nak guna..tak tau la mane lagi ok pixajoy or photobook sbb kt tak pernah lagi cuba photobooknya software. kalo tak kretif ke takde skill edit gambar ke tak perlu risau pon sebab pixajoy da ade template tuk kita even wording pun disediakan..memang mudah sesangat. Arahan sangat clear..tiap kali kt buat akan popup tutorial/tips. then bila siap kt lei "keep track" kitanya hasil keje and lei share dengan kengkawan.

kalau kengkawan nak tengok hasil yang kita buat untuk hubby tersayang boleh la klik kat gambar atas tu atau kat side bar belah kanan tu. kt mmg tak pandai edit mengedit ni..tapi hasil yang kt wat ni da sangat memuaskan hati kita. So kengkawan yang byk gambar digital tu tak sempat2 nak hatar print meh la cuba pixajoy ni. Comel & menguji kretiviti kita.


p/s: PIXAJOY pun ade pilih design terbaik setiap bulan..hadiahnya dapat e-vaucher. (tunggu offer dari groupon lagi, nak wat photobook maternity lak.)

Dec 18, 2011

Ibu Stuff : Non-Slip Socks

semangat menulis ini hari..adekah sebab minggu ni keje 3 hari je..yeah khamis & jumaat ni kt nak coooti..merehat2kan diri.

orite pehal lak kt nak cite pasal sock arini kan..stokin la senang citenye..stokin ni penting ke?? Act, kt pun tak tau penting sgt ke tak..tapi penting la kot since masuk dalam senarai ibu stuff. Ape yang ni di hebohkan sangat ngan stokin ni..bli je la kat pasar malam kan tak yah nkbersox world sgt..

Time berpantang stokin ni kene pakai sbb takmo kaki sejuk & seterusnya elak badan masuk angin..kalo masuk angin kang kuar asap..berasap sbb panas hati serba tak kena angin da masuk badan..haha..dah2 ape je ko merepek ni...

Ni lahkisahnye kak tipah..nak menDIY non-slip sock..ye lor aku tgk akak aku tu mase berpantang dok pakai stokin pastu kn pkai slipor lak elak terjatuh..kan ke stokin tu licin..so hasil dari pengGOOGLEan kt jumpa web homemade by jill..

so step nk mendiy adalah seperti berikut:

1. Sediakan bahan-bahan stokin+ kadbord bentuk tapak kaki + cat fabrik ( die cam glue)


2. follow je la step seterusnya ni (kt letak gambar yg ade kat blog jill sbb kt tak start wat lagi)



p/s: masa tuk tunggu kering tu kene ikut instruction fabrik cat yang kawan2 guna eak..kt nak wat corak love2 la nnti..hehe..

Perihal nama : Nama anak Jin???


owh..ni perihal nama lagi..semalam b4 tdo telek2 fb..ternampak entry kwn ni..pasal nama yang baik maknanya tapi merupakan nama anak JIN..huhu..dengar JIN je sume bukak mata besar2..aishh kan kt patut takut pada ALLAH..jin tu makhluk ALLAH gak cam kt semua..

Kt ade cerita pasal beri nama ni dalam entry ni yang mana kt kena bagi nama yang baik2. Pernah gak terbaca (tak igt la bace kat mane) bukan dalam islam je yang perlu beri anak nama yang baik2 dan tak semestinya dalam bahasa arab / bahasa al-quran ianya membawa maksud yang baik.Tapi kalau dalam bahasa lain nama yang diberi membawa maksud yang baik pun boleh. Tapi as muslim kt still kena rujuk bahasa arab if perkataan tu ada membawa maksud yang lain..faham ke??

ok lah berbalik pada entry kawan kt tu..die share dari Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung yang berbunyi:
Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus.. kerana nama² ini boleh mendatangkan penyakit misteri..

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya

Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita.

PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI.. ^^
Owh..nama yang tersenarai tu antara nama common menjadi pilihan ibu-ibu kan..Takpe lah..macam kt cakap tadi JIN juga mkhluk ciptaan ALLAH. Jika nama anak ke anak menakan ke ada nama cam diatas tu jangan la takut sbb ALLAH yang maha berkuasa. Insyaallah tak ada ape yang berlaku since maksud nama-nam tu pun baik (kalau tak takkan kt pilih sebagai nama anak kan)

p/s: ada da nama tuk lil one tapi...cam nak tukar lagi je..hehe..

Dec 15, 2011

Kongsi adalah Prihatin : TheArtSoul Studio

Ayuh sila grab ini promo........meh terjah page TheArtSoul Studio