9 Zulhijjah merupakan hari jemaah melakukan ibadah wukuf di Arafah. Allah maha adil pada kita yang belum berkesempatan melakukan Haji pada masa ni lah segala doa mustajab dimana sahaja seluruh muka bumi..
meh kita share info berikut:
Terbaru drp Prof Dato' Dr Ustaz Hassan Basri, Ikram Hulu Selangor @ Pensyarah UPSI, berkaitan doa pada waktu yang sama dengan ibadah wukuf di Arafah.
Assalam. Kaedah berdoa adalah mengikut waktu setempat.... bukannya mengikut waktu tempat lain.
Maksudnya walaupun Zohor di Arafah jam 5.07 petang waktu di Malaysia, ia tidak bermakna itu waktu mustajab doa.
Itu dah masuk kategori bidaah dalam berdoa. Moga ia tidak terkeliru.
Hari Wuquf dan doa mustajab bermula waktu Zohor hanya terpakai di Arafah, khusus untuk para Hujjaj.
Adapun mereka yang di luar sana termasuk kita di Malaysia, doa mustajab sepanjang waktu... khusus lagi apabila kita berpuasa pada hari ini.
Inilah compensation yang Allah bagi pada kita yang tak pergi Haji. Mereka yang buat Haji tidak disunatkn berpuasa pada hari Wukuf kerana mereka memperlukan banyak tenaga untuk Wukuf.
Berdoalah saban waktu pada hari ini... Semoga Allah menerima amalan kita.
Agama ini sunnah muttabaah wa laisa sunnah mubtadaah...itu kaedahnya..
Agama ini sunnah yang diikuti dan bukan sunnah yg direka2.
No comments:
Post a Comment