Sep 17, 2014

Taman Burung Kuala Lumpur.

Selamat Hari Malaysia!

Ye hari Malaysia 16 September. Aha! kemana kita cuti hari malaysia? Kena pula tahun ni cuti hari Malaysia pada cuti sekolah, senang mak ayah nak bawa pergi jalan tak perlu mohon cuti ye dak? Ni nak share ni, kita pepagi dok mikior nak kemana eak sebab cuti 1 hari je. Nak pilih tempat yang dekat dan boleh beraktiviti sambil belajar dengan Rizq dan Raifa. Bosan dah asik bawa diorang jejalan kat shopping mall je. sudahnya ibu TERshopping..haha..

Tetiba muncul dalam kepala TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR. dekat dengan office selalu kalau keluar lunch dok tengok je taman burung tu. Memula En.suami reject idea ni sebab katanya Rizq mana suka burung die suka ikan. Ala dalam taman burung ni ade ikan gak, lagipun sampi bila nak bagi die tengok ikan je bagilah kenal binatang lain pula.

Oleh kerana plan last minit bertolak pun agak lambat kol 12 baru gerak dari rumah. Ok ni satu drama dalam perjalanan anak-anak tidur pula tu pun tertidur bila dah dekat nak sampi. Maka mood memasing pun swing-swing..Rizq lah yang moody Raifa ok je,,jap je dah ok. So peringatan untuk diri sendiri, kalau nak palan pape fikirkan gak waktu-waktu tidur rehat anak. Kalau tak kita juga yang susah..Lelagi kalau anak kecik berderet yer.

Taman Burung Kuala Lumpur ni di buka dari Jam 9pg hingga 6 petang. Ada lebih 3000 spesis burung yang berterbanga secara bebas. Bilangan tu menurut penerangan dalam web rasminya lah, tapi memang banyak pun burung cuma spesis setiap zon cam sama je kita tengok. Oleh kerana Rizq baru bangun tidur kita ngan En. Suami je lah yang excited..mau tak excited masuk-masuk merak dok iring kitorang masuk. Owh! adik Raifa pun teruja dok jerit-jerit je.

Bayaran masuk so far oklah, berpatutan sebab kawasan sangat luas. Banyak aktiviti nak berbalaoi tunggu lah birdshow pukul 12.30 dan 3.30 petang setiap hari. Ada gak lah aktiviti lain cam demo bagi helang makan, yang tu kitorang tak tunggu..so bayaran masuk seperti berikut:

Nak dijadikan cerita kitorang bawa anak abang 2 orang..boleh pula en. suami beli 2 tiket kanak-kanak padahal kakak dah tingkatan 2. Mujur akak kecik so lepas. Seharian lah kami dalam tu dari pukul 1 ptg sampailah 4 petang. Tu pun Rizq tak nak balik sebab die baru seronok jumpa playground. Playground tu kat area bird show tu so abang akid ngan kakak izzah layan birdshow, ibu layan adik Raifa yang nak tidur, ayah terpaksa layan Rizq main gelongsor buaian. Jadi semua pulang dengan happy.


Seronok juga beraktiviti camni sekali sekala . Berpeluh-peluh kita berjalan, kitorang memang round semua 4 zon dalam taman tu. Bayangkan luas taman burung tu 20.9 ekar. Mau tak peluh ketiak, owh mujur cuaca tak panas sangat. Balik rumah ibu dah standby nak telan Ostematrix dan Omega Guard.

Vitamin ni memang untuk kesihatan tulang dan sendi:

Ostematrix: membekalkan kalsium dan memeberikan tidur yang lena.Lengkap dengan Vitamin D dan Magnesium yang membantu tulang menyerap kalsium denga optimum. jadi tulang kuat dan sihat.

Omega Guard : Mengurangkan simptom rengsa atau rasa ketegangan. Tak adalah tidur malam tu cramp kaki.

Sesiapa yang tak tahu nak kemana hujung minggu jom kita ke Taman Burung Kuala Lumpur. Untuk lebih info boleh ke laman web : http://klbirdpark.com




No comments:

Post a Comment