Oct 16, 2014

Bila anak nak mula makan.

Eh..siapa yang nak mula makan tu Rizq dah 2 tahun ++ Raifa lak dah 1 tahun ++. Ape lak baru nak mula makan kan..haha.. Sebenarnya teruja nak cerita bila Rizq dah tambah satu menu dalam list makan an die. Amboi kelasss sangat ank bujang kita ni siap ada list menu gitu. Padahal Rizq ni super duper picky eater. Bukan je die pilih APA die nak makan. die tengok gak SIAPA yang sediakan makanan tu dan APAKAH rupa makanan tu. Rupa? ye lah kalau pasta hanya elbow macaroni je yang die terima..kalau beehoon kena warna merah je. dan lagi parah kalau Honey Star dia pilih STAR je ok moon sila bagi adik Raifa kutip.

Tapi sejak minggu ni Rizq dah nak makan menu lama yang kembali die suka iaitu NASI GORENG. Wah seronok lak ibu die sebab sangat senang nak prepare nasi goreng Rizq tak yah fancy-fancy just tumiskan bawang putih,bawang merah, telak nasi pecahkan telur owh ta,mbah gak sayur racik sehalus mungkin ok. Walla! selera ok die makan. Actually menu Rizq hanya 3 makaroni sup, beehoon goreng dan nasi ayam KFC (ni tak boleh selalu). Jadi sebab tak nak berperang dengan Rizq kita masak je lah 3 menu ni. Asala anak nak makan kan konsepnya. Tapi selama maman lak nak mkana menu tu je ..mungkin anak tak bosan tapi ibu lak yang bosan nak masakkan muak. Maka kita pun masak je lah nasi goreng tu dan cakap jom makan "miyoon" . Kali pertama suap die luak balik bila tahu yang dalam mulut nasi bukan "miyoom". Suapan ke 2 dia makan je..tak ada menda pun..haha..


Sebenarnya tabiat takmo makan Rizq ni sangat membingungkan dan susah hati gak lah memikir. Lelagi bab die nak orang yang sama je suap die makan. Jadi kat sekolah memang die tak makan. Bukan je sebab menu tapi sebab takde orang yang die suka tuk suap die. PARAH kan. Solusinya kita akan suap die sarapan siap-siap dan sekenyang mungkin sebelum die pergi sekolah. Masalah tu selesai dah la..kalau tak petang masa ambik die dah mengaruk LAPAR.

Then cikgu berulang cakap kena bagi Rizq makan sendiri. Kitorang pun rasa memang sepatutnya Rizq dah mula makan suap sendiri. Bila cerita kat kengkawan diorang kata anak diorang kenal makanan je dah sibuk nak suap sendiri. tengok Raifa je lah memang dah nak suap sendiri. Rizq nan hadoo,,ohoi...bukan nak bandingkan tapi nk tengok logiknye umur gitu mesti nak cuba buat sendiri semua. Ke Rizq ni manja sangat..haha.. Jadi kita pun decide Rizq kena makan sekali time kitorang makan. So belilah kerusi makan duduk sekali kat meja makan. Yeay! misi berjaya Rizq nak je suap sendiri. Makan sesama kitorg. tulah tak percaya ngan anak sendiri, haha..

So untuk yang ada masalah anak tak nak makan ni jom cuba tips kita ni:

1. Bila anak memilih makan jangan ikutkan sangat menu die. Kita MASAK je kalau anak tak anak makan tak apa. Masakkan dan hidanglah hari-hari kat die.Kita sediakan lama-lama mesti die nak juga kan, lelagi kalau dah rasa lapar.

2. Jangan PAKSA nanti anak takut pula nak  makan. Kita layan kan je selera die tapi menu pelbagai lah. Jadi ade hari die nak makan ada hari die hanya minum susu.

3. AJAK anak makan sekali dengan kita baru die rasa seronok. Bila kita suap die je die rasa tertekan pula nak kena habiskan makanan die tu. Sesilap die minta pula makanan kita tu.

4.SABAR rizq tu kalau suap 1 jam die makan ..kalau suap sendiri mahu 2-3 jam baru setel jadi layankan je lah. 

5. FAHAMI apa anak suka kalau anak suka telur cam rizq tak apalah semua hidangan pun ada telur,. Kalau anak tak suka sayur sorok dalam makanan die atau lei notice cam Rizq tak perlu letak. Jangan putuskan selera anak tu.

Oleh kerana Rizq memilih macam tu, kita memang tak miss bagi Rizq Vitamin. Aha! biasa anak yang Picky eater ni DERIA rasa diorang memang hebat. Carilah vitamin yang dapat disorok dengan mudah. Kita dah cuba pelbagai Vitamin. Scott Emulsion DAH. Appeton DAH.Memang tak berjaya lelagi Appeton tu.. bau die mak aiiihh..ibu pun tak nak telan.


Akhirnya pilihan kita MEALSHAKE dan OMEGA GUARD Shaklee yang berjaya disorok tanpa dikesan. Mealshake ni rasa vanila..semua tau kot vanila ni kan sedap macam aiskrim. Bau vanila mealshake memang rich sedap sangat jadi kita campur dalam susu Rizq setiap malam.Lately die dah start notice lak sebab sekarang Rizq minum susu kambing. Susu kambing ni tak lemak cam susu lembu so kalau letak mealshake yang lemak- lemak manis tu memang lain. So sekarang campur Mealshake dalam milo Rizq atau air yogurt ke. Omega Guard lak masih boleh campur dalam susu tak ada masalah. hehe..Kedua produk ni memang dah cukup untuk lengkapkan diet anak.


IZARINI|0126278520|SID:919511




Oct 9, 2014

Water Doodle Book ni menarik.

Sekarang ni Rizq dah mula tunjuk minat nek menconteng-conteng. Sebelum ni pernah juga belikan Rizq warna cat ir tu.. kita beli kat kedai buku Popular. Warni ni memang senang nak hilang kalau melekat kat baju or comot-comot kat tangan. Tapi Rizq tak suka pula die kata geli..haha.. bila haritu cikgu hantar gambar aktiviti kat sekolah guna cat air ni dan nampak Rizq suka teruslah fikir nak mula balik aktiviti kraf ni. Errmmm nan hado kat rumah die still tak nak.

Then masa membelek IG tengok kat IG Linda Rafar anak die yang kecik main Water Doodle Book. Nasib die bagi link Ig yang jual tu. Terus belek-belek sok browse pula kat imternet. Ok yang menarik buku ni :
  1.   Dah tentu tak comot sebab pen nye tu hanya disisi air. 
  2. Bahan yang digunakan NON-TOXIC so memang selamat kalau anak-anak pegang dan apa lagi masukkan mulut kan.
  3. Boleh guna semula sebab semua yang kita dah warnakan akan bersih balik selepas satu jam. Jadi REUSEABLE maknya jimat kan tak perlu beli Coloring Book bebanyak.
  4. Kulit keras jadi tak ada masalh buku tu dikoyakkan.
Rezeki pula IG yang jual tu buat GIVEAWAY. ibu sesaje join kot dapat. Nak beli pun tak sure lagi Rizq minat. haha kedekut betul ngan anak sendiri..bad Ibu! Bila dah dapat ibu tentulah teruja lebih. Terus buka dan isi air. Rizq bila tahu tu die punya memang lah tak bagi orang lain pegang.

Seperti yang dijangka Rizq suka tapi satulah die tak lah dapat ikut bebetul lukisan yang ada tu
die lebih pada menconteng je. Selamat di situ sebab contengan die terpadam blik. Contenglah camne pun ibu tak kisah hehe.. Jadi sangat lah berbaloi kalau nak beli lagi sebab ada 4 design semuanya. kita dapat 1 design je mewarna menulis dan mengira. 

So kalau nak dapatkan buku ni boleh usha kat IG @prettychase atau terus je beli online kat web diorang prettychase.com. Lagi satu yang menarik buku ni. Gambar tu menarik dan ada penceritaan. so selain aktiviti mewarna  tu boleh lah kita baca sama-sama Rizq.




Oct 4, 2014

Kompleks tapi bagus.

Bukan komplek membeli belah ye. yang tu tak berapa bagus terutama time dapat gaji.satu dari kalau pergi tiap floor habis gaji sebulan. hehe..ok kita nak cerita pasal VITAMIN B KOMPLEKS terdini dari B1, B2, B3, B5,B6,B7,B9,B12. Setiap satu penting dan mempunyai pernan yang tersendiri. Vitamin BKompleks amat penting untuk membantu penghasilan sel darah merah dan ianay amat berkait rapat dengan fungsi saraf. Jom kita lihat faedah setiap satu jenis vitamin B:

B1 (Thiamine)

B1 membantu badan membuat sel-sel baru yang sihat. Ia sering dipanggil vitamin anti-stress kerana keupayaannya untuk melindungi sistem imun. Vitamin B1 berperanan penting dalam metabolisme karbohidrat untuk membantu memecahkan karbohidrat yang mudah.

Dapatkan dari: Seluruh bijirin, kacang, kacang, bayam, dan gandum.

Vitamin B2 (Riboflavin)

Vitamin B2 berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu melawan radikal bebas (zarah dalam badan yang merosakkan sel) dan boleh mencegah penuaan awal dan perkembangan penyakit jantung. Riboflavin juga penting untuk pengeluaran sel darah merah, yang diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh badan.  

Beberapa kajian menunjukkan B2 boleh membantu mencegah migrain, tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk kepastian. Cahaya ultraungu mengurangkan kandungan riboflavin dalam sumber makanan, sebagai contoh jika kita membeli susu pilihlah botol yang legap (tidak lutsinar) untuk mengekalkan kandungan Vitamin B2.

Dapatkan dari: Badam, susu, yogurt, telur, bayam dan kacang soya.

B3 (Niacin)


Salah satu kegunaan utama niasin adalah untuk meningkatkan HDL kolesterol (kolesterol baik). Kekurangan vitamin B3 adalah sangat jarang berlaku di negara-negara maju, walaupun alkohol telah ditunjukkan untuk menurunkan paras B3 dalam sesetengah individu. Niacin, juga baik untuk merawat jerawat.

Dapatkan dari: Ragi, daging merah, susu, telur, kacang dan sayur-sayuran hijau

B5 (Pantothenic Acid)

Sedikit vitamin B5 terdapat dalam hampir setiap kumpulan makanan. Pantothenic berasal dari kata pantothen Yunani, yang bermaksud "dari mana-mana." Selain menukarkan lemak dan karbohidrat menjadi tenaga, ia adalah bertanggungjawab untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan termasuk testosteron. Kajian menunjukkan B5 juga menggalakkan kulit yang sihat dengan keupayaan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kulit kemerahan dan bintik kulit.

Dapatkan dari: Avokado, yogurt, telur, daging dan kekacang

B6 (Pyridoxine)

Bersama-sama dengan rakan-rakan vitamin B 12 dan 9, B6 membantu mengawal tahap asid amino homocysteine ​​ (yang dikaitkan dengan penyakit jantung). Pyridoxine berperanan utama dalam mood, tekanan dan corak tidur kerana ia membantu tubuh menghasilkan hormon serotonin, melatonin dan norepinephrine, . Beberapa kajian menunjukkan vitamin B6 boleh mengurangkan keradangan untuk p[enghidap artritis rheumatioid.

Dapatkan dari: Ayam, ayam belanda, tuna, salmon, kacang, biji bunga matahari, keju, beras perang dan lobak merah

B7 (Biotin)
 
Vitamin ini juga di kenali sebagai  "vitamin kecantikan" kerana kaitannya dengan rambut , kulit dan kuku yang sihat. Ianya membantu pesakit diabetes mengawal paras glukosa yang tinggi. Vitamin B7 adalah penting diamabil terutamanya semasa mengandung kerana  penting bagi pertumbuhan normal bayi.

Dapatkan dari: Barli, hati, yis, daging babi, ayam, ikan, kentang, kuning telur dan kacang

B9 (Folat)
Anda mungkin pernah mendengar nama lain bagi B9 iaitu Asid folik. Kajian menunjukkan asid folik boleh membantu mengawal simptom kemurungan dan mencegah hilangan daya ingatan. Vitamin ini juga sangat penting bagi wanita yang hamil kerana ia menyokong pertumbuhan bayi dan mencegah kecacatan kelahiran neurologi.

Dapatkan dari: sayur-sayuran berdaun gelap, asparagus,salmon, sayur-sayuran akar, susu, gandum dan kacang

B12 (Cobalamin)

Vitamin B adalah sejumlah pasukan. Cobalamin bekerja dengan vitamin B9 untuk menghasilkan sel darah merah dan membantu Zat Besi menjalankan tugasnya: menghasilkan oksigen yang dibawa oleh protein.  Vitamin B12 boleh didapati dari sumber daging, bagi mereka yang tidak makan daging, mereka mungkin perlu untuk menambah diet dengan B12.

Dapatkan dari: Ikan, kerang, susu, telur, daging lembu dan daging babi

==========================================================================
Jom kita lihat kandung dala sebi B Complex with Folic Acid Shaklee:

Vitamin B1: 10.12mg
Vitamin B2 : 11.47mg
Vitamin B3 : 135mg
Vitamin B6 : 13.5mg
Vitamin B9 : 200mcg
Vitamin B7 : 150mcg
Vitamin B5 : 67.5mg.

Cara pengambilan : Sebiji sehari selepas makan. Saya cadangkan ambil selepas sarapan pagi. 


 

Oct 3, 2014

SOLAT!

 Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak
tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan
selalu nampak salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

  Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun,
bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB
tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

  Tidak solat punca utama penceraian dalam
rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

  Selalulah Solat berjemaah walau payah macam
mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat
menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , at least
kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin

  Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca
Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar
33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal

  Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk
Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

  Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah
hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

  Menjaga solat boleh membersihkan dalaman
kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa
seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

  Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api
neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk
SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din

  Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana
mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan
ada orang yang mengamalkan, maka walaupun
yang menyampaikan sudah tiada (meninggal
dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

Oct 2, 2014

Kenapa saya pilih Vitamin tidak Jamu Tradisional

Harini nak share dengan korang semua berdasarkan pengalaman kita sndiri bukan sebagai SID. So harap dapatlah guide ibu-ibu muda yang baru anak pertama nak buat pilihan. Memang bingung tau macam kita memula dulu. Berjam kadang search internet, tanya sana tanya sini. Tapi cam biasalah asal BERPANTANG mestilah JAMU dalam list kan.

Macam kita dulu memang ada list lengkap keperluan ibu ke anak semua lah. termasuk list untuk suami sekali. tu list bebarang nak bawa gi spital lah. Takut laki sama naik panik kan. ( en.suami kita tenang dalam kekalutan) haha..

Kita memang survey habis-habis bab jamu sebab tak  nak makan jamu kampung yang air tu. Yang kompom-kompom takkan mampu ditelan walau itu lah yang terbaik sebab fresh di buat ikut permintaan kan. Survey punya survey kita jumpa page http://bidanbersalin.blogspot.com/ kalau masuk page tu memang rambang mata. segala jenis set berpantang ade. Lengkap tak lengkap separuh lengkap semua lah..Time tu yang paling popular set NR. Kita baca satu-satu dan decide untuk beli loose je sebab ada yang kita yakin tak pakai punya contoh cam teh-teh herba tu la. aku just amik:
  •  Phytonatal (90 Tablets) ~ Untuk kegunaan dalaman
  • Herbanika Barut Krim (60 gm) ~ Untuk kegunaan Luar
  • Uncang Cuci Herbanika (10 Paket) ~ Untuk kegunaan Luar
  • Minyak Herbanika (100 ml) ~ Untuk kegunaan luar
Nampak tak semua untuk kegunaan luaran dan satu je jamu dalam bentuk pil tu.Senang kan pilih ikut kemampuan diri..tak puas hati nanti kita topup jamu kampung bidan kat kampung lei bekalkan. Nak di jadikan cerita kebetulan Rizq Rafiqi ni kena prolonged jaundice makanya memang tak berusik lah Phytonatal tu. Masa tu stress, penat luka pun sakit. Hari-hari dok google untuk breastfeeding jadi kita jumpa SET MENYUSU SHAKLEE. dan baca-baca set tu pun baik untuk berpantang. memula beli dari kawan balance die punya pastu baru beli full set dengan my mentor sekarang.

Bila lahirkan Raifa Rakhiya dah ada pengalaman sikit. Jadi lagi senang nak pilih set yang kita nak. Masa tu memang masih lagi makan VITAMIN SHAKLEE sebab Rizq masih menyusu badan. Jadi saya hanya tambah beberapa keperluan luaran je. saya suka Minyak Herbanika tu sebab memang sedap berangin tapi bau die kuat so lepas mengurut tu tak dapat lah nk terus menyusukan atau gomol-gomol baby. So, untuk minyak saya beli minyak herbanika untuk urut kaki dan sapu sebelum berstokin dan minyak Herbal Massage Oli Tanamera.

Alhamdulillah pilihan kali ni SET BERPANTANG SHAKLEE, Minyak Herbanika, Herbal Massage Oli Tanamera dan Herbanika Barut Krim memang pilihan terbaik. Semua habis digunakan sepenuhnya.

Kita tak dapat lah nak beza macamana rasa berjamu dan bervitamin moden tapi apa yang saya boleh kongsi dengan set vitamamin Shaklee saya rasa lebih segar. Pinggang tak sakit macam masa berpantang Rizq. Luka pun cepat kering..risau juga luka czer orang kata susah nak jaga. Dan yang paling menyeronokkan tiada mimpi ngeri semasa MEMBUANG..hehe..ubat yang hospital bagi tuk elak semelit tu pun kita tak usik. Alhamdulillah tempoh berpantang berlalu dengan riang.

Harap perkongsiankita ni dapatlah membantu para ibu yang mencari-cari tu.Sebenarnya Jamu ini memang elok sebab herba yang jadi bahan utama semua memanaskan badan tapi kena ikut keserasian ibu dan keadaan bayi masa tu. Kalau kita ni yang seumur hidup sentuh jamu pun tak pernah memang susah nak sesuaikan diri. Beli je jamu lepas bersalin nanti..anak dah 6 bulan kita pulun lah jamu.

Nak tahu langsung tentang set  pantang Shaklee atau ape juga set boleh sms/wapp saya 0126278520 pasti dilayan dengan pantas.

Oct 1, 2014

WW: PROTEIN = RANTAIAN ASID AMINO.

DAPATKAN SEKARANG! SOY PROTEIN ISOLATED POWDER (ESP) SHAKLEE
  • Diperbuat dari kacang soya yang asli (NON GMO)
  • Mengandungi 9 asid amino yang diperlukan tubuh manusia (yang tak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh)
  • 5 jenis Vitamin B, juga dilengkapkan dengan separuh keperluan kalsium untuk setiap hari
  • 1 tin ESP dibuat dari 20kg kacang soya