Jan 16, 2015

Product Mastery : kelas nutrisi

Semalam akak join kelas "product mastery"  yang diorganize oleh supermommies dan PAF. Kelas ni memang best. Ini siri yang pertama ada 4 siri semuanya. Dalam setiap siri ni kita akan diberitahu setiap nutrisi yang badan kita perlukan untuk setiap sistem tubuh badan.

Tahukan tubuh kita bekerja setiap hari dan ada sistem tertentu yang menggerakkan tubuh kita ni. Ala..masa sekolah kita dah belajar kot masa kelas sains. Tapi opkos la lupakan...20 tahun dah tinggalkan sekolah..hehe..
Actually master-master yang bagi talk dalam kelas ni dah gi program TTT so diorang dah di latih tuk jadi mini nutrionist Shaklee produk. Uisshh kami tak suggest produk suka-suka tanpa penerangan ok..
Slot yang pertama kitorang diterangkan tentang nutrisi asas yang diperlukan tubuh. Makronutrient yang badan perlukan dengan jumlah yang banyak. Mikronutrient vitamin yang diperlukan untuk boost fungsi tubuh. Phytonutrient nutrisi yang sedikit diperlukan oleh badan iaitu antioksida dan mineral.
Semua yang peserta yang hadir. My mentor Master Puteri dah balik pulak.
Kelas ni santai-santai tapi berinformasi. Master ni present sesambil dukung anak lagi. So tak stress pun yang penting masih fokus dengan tujuan utama kelas dibuat.Faizworld training centre ni pun selesa. Boleh cuba produk-produk shaklee lagi. Sambil dengar talk sambil pekena Performance Drink..memang sel- sel otak berhubung dengan baik la.

Oleh kerana kelas ni sebulan sekali dan dibuat hari bekerja akak dah allocate siap2 cuti tuk datang kelas ni. Sebulan sekali je pun so dah sesiap reserve cuti 4 hari..hehe..tak apa tahun ni kan banyak boleh jimat cuti.

Ok meh kongsi sikit gambar masa kelas semalam..biar gambar berbicara gitu. Ehsan gambar dari faizworld training centre. Akak khusyuk x snap pic pon

Bersama PM Cery.Master Aishah. Master Alin..otai ni..
Sambil dukung anak tu.. sampai tertidur baby Iman.
Master Alin memula kenal Shaklee sebab follow blog dia la

No comments:

Post a Comment