Mar 30, 2015

2015 PADAT! : Rugi kalau duduk diam.

Alhamdulillah 2015 tahun ketiga akak sebagai pengguna Shaklee dan tahun kedua akak sebagai Leader Shaklee. Dalam 2 tahun tu banyak yang akak pelajari dengan group Shaklee akak tu. Mentor kami tu memang tak pernah kering dengan idea-idea yang bernas dan mantop. Memang segala resipi kejayaan dikongsi. Kata moto pun " Seeking knowledge. Work Hard. Work Smart. Help Others to Help Others"

Kalau nak cakap business MLM ni memang cam musim kan ..orang kata time ngah hot tu segenap negeri kita tengok ada je ahlinya. Pastu lama sikit yang suam kuku jadi sejuk..bila sejuk tu orang kata basi dah. Tapi dengan join PAF tak pernah lak akak rasa sejuk..hangat je..asal rasa nk membeku tu ada je ilmu baru yang wat akak cair dan menggelegak semula..Sungguh bukan propa ni.

SBS #1 : gambar ehsan blog puteriandrichfriends.blogspot.com
Jadi 2015 ni Start Bright Series (SBS) memang HOT! perkongsian nya memang padat. akak kongsi sikit sejarahnya  SBS ni. SBS ini kelas untuk beginner yang dianjurkan oleh Master Puteri Yusof . Terbuka untuk semua PAFian.. kelas pertama masa tu hujung ogos 2013. Akak preggy time tu memang tunggu hari je...seminggu pastu kot poppa! Beranak!..time pantang tulah memang fokus dan applied segala tips yang dapat masa SBS #1.




Setelah 13 Series yang terakhir 2014 modul-modul semakin ditambah baik sebab pengalaman mentor pun makin luas. Alhamdulillah akak memang dapat join SBS yang pertama dan terakhir tu. Masa SBS ni jugalah leader yang berjaya dalam PAF akan di beri peluang untuk bercakap dabn berkongsi cara masing-masing. secara tak langsung beri idea pada yang baru nak mula atau yang masih berjuang can akak.

SBS #1 2015/2016


Perkongsian oleh Blogger cikbellarina
SBS kali ini diadakan 1 hari dimulakan dengan Asas nutrisi. Kemudian ada sesi  untuk kenali keperluan nutrisi dengan sistem badan. Sangat informatif untuk SID yang baru, masa nilah nak tahu kaitan vitamin dengan fungsi tubuh dan penyakit yang biasa dihidapi macam masalah kolestrol dan jantng. Trainer pun bukan calang-calang certified trainers for product consulting. Paling seronok bila dapat perkongsian or testimoni dari pengguna yang dapat selesaikan masalah kesihatan dengan product shaklee. Kadang kalau kita google memeng banyak info set itu..set ini..tapi bukan semua cvara pengambilan berkesan. Testimoni live dari penguin sendiri..so kita boleh tanya contoh sesi lepas, ada perkongsian tentang masalah wanita iaitu fibroid. Bila dah ada asas senang la nak konsult kan..

Pada sesi petang barulah masuk bab perniagaan. Bukan sahaja ada topik tentang pemasaran dan peluang yang ditawarkan Shaklee (6 sumbertunai dan 3 C) tapi kali ini di ajarjuga tentang pengurusan kewangan. Sesi ni memang paling ditunggu-tunggu sebab kalau nak ikuti ceramah luar yuran mahu kos beRIBU tapi khas untu PAF ilmu dikongsi dengan bayaran sangat minimum. Kelas yang lepas tentang 6 JARs teknik kewangan yang digunakan oleh orang-orang yang berjaya dengan kewangan mereka.

Tentatif SBS #1 2015/2016 : gambar ehsan mummuyfiras.blogspot.com

Selain tui sesi petang juga ada tentang pemasaran dengan social media. Cara masakini pemasaran banyak dilakukan secara Online. SBS #2 nanti pada sesi ini akan kongsi tentang FB Ads. Yang tu wat tak sabar nak join sebab baru mula nak explore. Belajar kan kena ada sifu kalau tak sesat..

Bestkan SBS! its our brand PAFians.. Jadi sesiapa tyang berminat dengan Shaklee. Dah lama jadi pengguna? itu lagilah extra point tuk korang join dan fokus.. Bak kata pakcik yang akak jumpa kat branch minggu lepas walau dia tak kenal susur galur dia sangat semangat kata " buatlah sungguh-sungguh nak..sebab peluang Biz Shaklee ni besar"

betul tull..akak setuju sangat.. Jom daftar SBS #2 2015/2016 Hubungi akak ok 0126278520 sms/wapp .

Mar 11, 2015

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Jarang gak join GA ni..tapi kalau ada mas aterluang syok gak join kan..lagipun teringin nak try hadiahnya tu..

Tak ada orang TAG pun tapi nak join gak..hehe.. Syarat nak join pun senang:

http://cikjelita899.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html

SYARAT-SYARAT

1. FOLLOW Blog Cik Puan Jelita aka cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899  
 (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!) 
**wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde.
 
DONE : follow ig: rinie borhan pun DONE

2. Copy PICTURE di atas ni dan link kan ke 
(Link kan ke entri "2nd Giveaway Cik Puan Jelita)
DONE 

3. Sila letak TITLE entri dengan "2nd Giveaway Cik Puan Jelita" ye.
DONE

4. Sila TAG kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye!
(minimum 3 orang!)
DONE
 
 
5. Sila TINGGALKAN LINK penyertaan di ruangan komen entri  "2nd Giveaway Cik Puan Jelita
(Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira)

DONE
 
+++++++++++++++++++++++++++++


Giveaway ni bermula pada hari ini! 

(01 -20 Mac 2015)

Hadiah-hadiahnya :
1. BBCREAM SEQYBEAUTY x 1


2. CLEANSER SEQYBEAUTY x 1

Mar 9, 2015

Trauma Perinial : 3 rd Degree Tear.

Entry akak cam serius je kali ni. Sebenarnya nak kongsi tentang trauma perinial ni. Akak pernah sikit pasal luka perinium ketika bersalin normal dalam entry sebelum ni. Maklumlah akak dah rasa bersalin normal dengan 3rd degree tear dan Ceasaran. Jadi penjagaan kedua ni memang tak jauh beza. Trauma ini boleh berlaku secara semula jadi atau kerana kaedah Episiotomy. 

Kesan trauma?

Trauma bahagian perineum boleh memberi kesan negatif dari aspek fizikal, psikologi dan sosial wanita tersebut terutama semasa peringkat awal dan lewat pantang. Ada kalanya ia boleh mengganggu wanita memberi susu badan dan menjejaskan kehidupan keluarga dan hubungan seks.

Di United Kingdom, lebih kurang 23-42 peratus daripada ibu-ibu ini akan mengalami kesakitan dan ketidakselesaan sehingga 10-12 hari selepas bersalin manakala 8-10 peratus pula mengalami kesakitan yang berpanjangan sehingga 3-8 bulan selepas bersalin. Dianggarkan 23 peratus pula mengalami kesakitan di bahagian luar semasa hubungan seks selepas 3 bulan.

Dianggarkan 3 hingga 10 peratus pula dilaporkan mengalami faecal incontinence (kegagalan mengawal pembuangan najis) dan 19 peratus mengalami urinary incontinence (kegagalan mengawal kencing).

Keadaan luka / Koyak (tear)

Koyak (tear) bahagian posterior perineum ini boleh di bahagikan kepada 4 stage:
1. 1st degree tear iaitu melibatkan kesan melecet yang terhad kepada fourchette dan kawasan luar kulit perineal atau mucosa vagina (bahagian dalam vagina)

2. 2nd degree tear kesan melecet di luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina kepada otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai ke sfinkter dubur.
Luka bersalin
3. 3rd degree tear melibatkan koyak pada bahagian anal sphincter sama ada sebahagian (partial) atau kesemua (complete). (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur)

4. 4rd degree tearmelibatkan koyak kesemua lapisan, internal dan external anal sphincter sehingga ke lapisan mucosa anus (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur) 
third degree tear

Faktor yang menyebabkan koyak Perineum:

Risiko trauma perinial ini disebabkan oleh 2 situasi iaitu faktor kelahiran dan faktor ibu ketika melahirkan.

Faktor kelahiran:
  1. Pernah mengalami trauma perinial pada kelahiran sebelum
  2. Kelahiran vagina (normal ) yang pertama
  3.  Saiz bayi
  4.  Cara proses kelahiran termasuk teknik ketika melahirkan dan melahirkan dengan bantuan alat.
  5. .Posisi bayi tidak normal (muka diatas)

Faktor Individu
  1. Umur ketika melahirkan
  2.  Jarak anta pembukaan faraj dan dubur pendek.
  3. Jenis tisu
  4. Diet atau status pemakanan seseorang.
Cuba bayang akak masa bersalin Rizq 3rd Degree Tear..mau tak seriau nak bersalinkan Ra.ifa lepas tu. ampai doktor pun nasihatkan Czer. Tapi Czer ok pula sebab dah mula kenal SET PANTANG SHAKLEE pula.




.

Mar 5, 2015

Nak cari buat apa?

MASALAH tu datang sendiri ke kita buat ye.. Buat apa nak cari masalah? Masalah datang bila kita cari SALAH?

INGAT SATU JE LAH

Jangan dicari salah orang sebab kita pun belum tentu BETUL.

" Bukan kebahagiaan membuatkan kita bersyukur tapi bersyukurlah membuatkan kita rasa BAHAGIA"

 

Inilah kerja akak bila rasa motivasi diri jatuh..selain mengadu pada yang ESA kan..belajar gak dari persekitaran. Fynn Jamal ni walau ramai haters die tetap hidup je...ada yang kata dia tunjuk yang gembira je memang rasa hidup die PERFECT!. daaa..manaada orang PERFECT sedikit sebanyak ada celanya. Ada masa akak pun tak setuju..tapi tengok sajalah kan..ambil yang baik-baik..ambil yang POSITIF.

Cam akak..suka tengok sebab kekadang memang buat akak rasa positif. Jangan fikir apa die rasa tapi fikir apa yang kita nak rasa. Kisah dia kita tengok jadikan contoh..kisah kita kita lukislah sendiri. Tak gitu?