Apr 9, 2015

5 TIPS MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Masa akak preggy Rizq memang nekad sangat nak menyusukan dengan susu ibu secra eksklusif. Tapi sebab tak fully prepared mental dan fizikal terpaksa juga campur. Banyak faktor kalau nak menyusu susu ibu secara eksklusif ni. Tapi bila preggy Ra.Ifa akak dah bersedia. Baca segala buku..sedia segala gadget..Alhamdulillah 5 bulan pertama dapat menyusukan Ra.Ifa secara eksklusif dan mula campur bila lagi sebulan nk masuk 6 tahun..Jiwa raga ibu tak kental dengan kerja-kerja di pejabat.
susu ibu mudah

1. ILMU PENYUSUAN

Ini adalah antara PERSIAPAN MENTAL yang perlu untuk ibu yang nak menyususkan anak. Kena belajar cara nak stimulate susu. fahami keperluan bayi, cara nak handle EBM bila dah kerja. Kenapa kena ada ilmu ni sebab persekitaran kita tak sama macam zaman mak-mak kita dulu berpantang fokus untuk susukan bayi je..kita sekarang berpantang pun dapat panggilan telefon dari pejabat. Masa akak lahirkan Rizq jadi stress bila tak cukup ilmu kan..susu memula memang tak ada langsung..baru lah terhegeh-hegeh search GOOGLE cari tips nak stimulate dan banyakkan susu. Jadi kena buat persiapan awal. Boleh siap buat BREASTFEEDING PLAN dan beri pada doktor di hospital, sebab kena mula dari awal kelahiran babay. 

2. MAKAN YANG SEIMBANG

Pemakanan semasa berpantang pun penting. Kalau ikut menu berpantang mak kita sediakan memang pantang habis. Mana nak hasilkan susu yang banyak dan badan yang letih pun boleh mengganggu pengahsilan susu Macam akak masa Rizq sakan berjamu masa berpantang tapi tak boleh nak makan sebab Rizq Jaundice jadi memang letih dan stress. Then bulan kedua dapatkan SET PANTANG SHAKLEE aha..Vitamin bukan sekadar MILK BOOSTER tapi lebih kepada nak cukupkan nutrisi. Bila nutrisi dah cukup badan bertenaga barulah dapat menghasilkan susu dengan baik. Badan dah bertenaga barulah ambil MILK BOOSTER, booster yang serasi ngan akak KURMA, ALFALFA COMPLEX, MINUMAN MALT ( milo,horlick).

Alhamdulillah bila Ra.Ifa lahir tak ada masalah sangta tempoh pantang dan penyususan pun baik-baik sahaja sebab ambil vitamin dari awal kehamilan lagi. Masa Ra.Ifa susu meriah boleh buat stok persediaan bekerja lah gak.

EBM minggu pertama berpantang.

3. PILIH PAM YANG SESUAI

Pemilihan pam yang sesuai pun penting. Pam perlu sediakan awal macam akak memang masukkan dalam beg ibu kehospital sebab incase baby diasingkan or tidur je bolehlah mengepam dulu untuk stimulate susu awal dan kumpul KOLESTRUM.  Sebagai Ibu bekerjaya sudah semestinya anda akan menggunakan Pam Susu ini lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, anda kena pastikan motor breastpump adalah jenis Heavy Duty. Jangan lah sesekali memandang pada harga murah tanpa mengambil kira aspek ini. Bagi ibu yang tidak bekerja pam manual pun memadai. 

Pemilihan corong pada Breastpump pun memainkan peranan kalau terlalu besar atau terlalu kecil nanti puting akan mudah luka atau melecet. Rasa tidak selesa bila mengepam biasanya buat ibu-ibu giveup nak mengepam dan susu jadi sedikit. Kalau dapat cuba dulu pam sebelum beli pun ok. (Pumponthego kedai yang akak suka sebab boleh cuba dulu)


4. JADUAL PAM KONSISTEN

Bagi ibu yang berkerja jadual mengepam perlu konsisten. Bagi yang produksi kurang macam akak, sekali pam dapat 2-3 oz perlulah sekurang-kurangnya 4-5 kali pam pada waktu pejabat. Power Pumping pada jam 4-7 pagi pun dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Kalau mengepam pun ikut sempat tak sempat boleh mempengaruhi penghasilan. Bila makin drop dan bekalan susu untuk anak tak cukup kebanyakkan akan terus berhenti. Jangan gitu ibu!!
 

5. SOKONGAN

Sokongan dari SUAMI dan ahli keluarga rakan sekeliling juga penting. Kalau boleh masa kita buat BREASTFEEDING PLAN tu maklum pada semua yang berkaitan. Beritahu niat kita tu, dengan suami mungkin kita boleh beritahu apa yang kita perlukan dari die. Ajak sesama timba ilmu dari awal pun bagus juga. 

Dengan rakan-rakan di pejabat juga kita perlu beritahu macam akak Alhamdulillah rakan-reakan faham dan kekadang diorang yang ingatkan. Cuma bila mesyuarat sentiasa memenuhi jadual memang lari lah rutin mengepam tu.

Itulah 5 Tips bolehlah cuba dan tips ini adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman akak sendiri. So far nampak beza masa menyusukan Rizq dan Ra.Ifa.Selamat mencuba!


============================================================
SET PANTANG DAN MENYUSU

 Rinie Borhan
919511
+6012-6278520 sms/wapp


No comments:

Post a Comment