Apr 14, 2015

IBU HAMIL PERLU KE DETOX?

Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia. Akak tahu ramai yang beranggapan toksin berpunca dari sistem pembuangan yang tidak baik. Tapi sebenarnya HATI adalah elemen utama yang perlu kita jaga dalam menyingkirkan toksin dari badan. Hati merupakan organ yang penting kerana segala yang kita makna akan melalui hati untuk proses penyingkiran atau tapisan kemudaian baru memalui proses perkumuhan atau penyingkiran.

Gambarannya macam ni.. Kita buang sisa makanan dalam sinki. Penapis yang kat lubang SINKI tu adalah HATI.. jadi die tapis segala kotoran sebelum melalui saluran ke LONGKANG yang diibaratkan USUS  kita berjalan segala kotoran tu ke tempat pembuangan. Jadi kotoran ni adelah yang tak tercerna habis di penapis SINKI jika lubang singki tak berkeadaan baik bila lama-lama makin banyak yang tertinggal. LONKANg pula bila banyak minyak lepas tu tak dapat keluar lelama tersumbat. Bila tersumbat keluarlah BAU yang boleh diibaratkan TOKSIN.Faham kan ayat akak ni.

ok akak nk cerita pasal PERANGKAP SINKI ni eh HATI. Pada tubuh manusia, hati adalah organ tubuh yang sangat penting untuk kelangsungan hidup. Ia terletak pada bahagian kanan di atas rongga perut (otot diafragma) dan mempunyai berat sekitar 2 kg atau 3-5% daripada jumlah berat tubuh kita.
Hati yang kecil ini amat bermakna dalam hidup kita. Ia memainkan peranan penting dalam melaksanakan perkara berikut:


  • Meneutralkan toksik tubuh
    Sebelum bahan toksik sampai ke ginjal, ia akan sampai ke hati terlebih dahulu untuk dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing. Ubatan secara umumnya adalah untuk menyembuhkan penyakit tetapi ianya juga merbahaya kepada sistem tubuh. Justeru, ia perlu dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing.
     
  • Regenerasi Sel darah merah
    Sel-sel darah merah yang mengandungi hemoglobin yang telah tua dan hampir tamat jangka hayat akan diuraikan kepada zat besi, heam dan globin. Zat besi akan dikembalikan kepada sum-sum tulang untuk pembentukan sel-darah merah dan globin akan digunakan semula bagi pembentukan hemoglobin. Heam akan diuraikan kepada bilirubin dan disalurkan ke usus yang menyebabkan warna najis yang unik. Apabila berlaku gangguan pada salur hempedu, bilirubin tidak dapat disalurkan ke usus
    menyebabkan bilirubin ini beredar dalam edaran darah sehingga mengakibatkan warna kekuningan kelihatan pada tubuh. Gejala ini dikenali sebagai penyakit jaundis.
     
  • Produksi cecair hempedu
    Cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati membantu dalam sistem pencernaan lemak. Lemak akan ditukarkan kepada asid lemak dan gliserol dengan bantuan cecair hempedu dan seterusnya diserap dalam sistem tubuh.
     
  • Produksi protein dan sistem imun
    Protein tubuh yang dihasilkan oleh hati amat penting dalam menentukan sistem ketahanan tubuh dalam melawan serangan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
     
  • Tempat penyimpanan simpanan glukosa
    Glikogen adalah merupakan simpanan karbohidrat tubuh. Dalam keadaan kekurangan glukosa, hati akan menukarkan glikogen kepada glukosa dan seterusnya di metabolismekan bagi pembentukan tenaga.

Kegagalan organ ini berfungsi boleh membawa kepada menyebabkan masalah kesihatan yang tiada ubatnya. Jika kegagalan fungsi ginjal boleh diganti dengan dialisis. Namun kegagalan fungsi hati tiada instrumen yang dapat mengambil alih tanggungjawabnya. Oleh itu DETOX perlu dilakukan untuk BOOST fungsi hati.
 

Tanda-tanda anda perlu DETOX

  • Masalah penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Jerawat
  • Penuaan pra-matang
  • Letih
  • Berat badan berlebihan
  • Insomnia

Boleh ke ibu hamil melakukan proses DETOX?

Jawapannya adalah DETOX atau Buang toksin tidak sesuai untuk ibu hamil .

Ibu mengandung atau yang sedang menyusukan bayi tidak dicadangkan membuang toksin, tetapi bagi ibu yang sedang merancang untuk hamil boleh mengamalkan detox sambil mengambil ubat seperti asid folik untuk perkembangan janin. Selain itu, membuang toksin menyediakan tubuh badan yang lebih bersih untuk bakal ibu mengandung kelak.

Selepas bersalin dan menyusukan anak adalah disarankan untuk seseorang ibu itu melakukan detox untuk mengembalikan kesegaran serta susuk tubuh yang lebih segar dan menawan dengan mengamalkan pemakanan yang mengandungi kunyit dan halia.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

Bagi anda yang tak hamil atau para suami boleh cuba DTX Complex Shaklee.
 
DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
 
TONIK HATI
 
  • Biji ‘milk thistle’
    • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
    • Merupakan bahan utama dalam DTX
    • Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
 
  • Biji schizandra chinensis
    • Menghalang Toksin berada dalam badan
    • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
    • Mengandungi Antioksida
 
  • Cendawan Reishi
    • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
 
  • Dandelion
    • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
    • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
 
  • Kunyit
    • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
 
  • Ekstrak artichoke
    • Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal

No comments:

Post a Comment