Dec 26, 2010

favor yang praktikal

Eco-friendly & practical favor idea..

haloo..

uishh..lame tak mengepost..kehilangan rentak gaye bercerita..arini rase nk cerita psal wed favor lor..pencarian tema n favor da lame da wat..lepas2 je tunang ni la prep yg pertama kt wat..favor kt same gred je sume takde favor tuk guest kebanyakkan ke vip ke vvip ke vvvvvvvip ke..sume dapat yang same yer..cume kalo yang jumpe n salam ngan pengantin je dpt sumthing..so jgn lupe jumpe kt or dayang2 tuk dpt kan k..hehe..

dalam family kt mmg salu bg favor yang praktikal..maksud praktikal mengikut kamus turun temurun family kt ialah boleh diguna pakai..bukan sekadar perhiasan perangkap habuk..hehe..

antara favor praktikal yg kt pilih ialah:

1. perkakasan dapur:
bukan bagi periuk belanga yer kengkwn kang jenuh nk susun n simpan..so yg praktikal n byk dipasaran ialah mug. bukan mini2 mug tp normal size mug..so tetamu lei pkai pastu.ade gak kat tempat kt org bagi senduk then diorg hias n letak telur..tu pun ok tapi bg kt agak kurang sesuai kalo nk bg tetamu lelaki n sensitif kalo tetamu kt tak tau msk camne??..hehe..

2. tasbih /surah yassin /kitab ayat2 suci
favor ni tuk majlis nikah ..selain lei digunakan mudah2an kt dapat berkat n pahala berpanjangan kalo tetamu kt gunakan pemberian kt tu. tp pastikan pckaging yang digunakan sesuai sbb takut tetamu kt letak di tempat yang tak sesuai lak..dan2 dapat dosa berpanjangan plak.

3. alat tulis
yang ni kt wat..dapat idea dri newspaper metro tuk bg tetamu kanak2..instead kt just bg diorg snack or candy baik kt gubah ngan brg2 yang praktikal n maybe boleh di gunakan. btol x?? lgpun skang ngan sale kembali kesekolah kan so mengam bil kesempatan di situ..(sesape nk tgk contoh yang kt wat lei drop komen k)

4. cookies jar
kt suke favor ni sbb 2in1..mengiku tradisi family lagi kalo bg favor kn ade makanan sebagai tanda menghargai tetamu yang dtg..so favor ni sgt praktikal bg kt sbb tak yah pk packaging tuk mknan..msuk je dlm jar tu..then hias la sket2..n bile cookies da hbis dptla jar tu digunakan di rumah para tetamu yer..hehe..

owh tu je favor kt yang dirasakan praktikal n boleh diguna pkai..act byk lagi yangblei kengkwn sume fikirkan contohnya cam gambaryg ktdapat dari pak google ni

Dec 17, 2010

realiti: katil owh..katil

aloo cak..cak..boom..

adoyai pening pale pgi ni..terlebih tdonye kes..ye arr en.tunangan takde..so takde aktiviti nk wat so qada' tdo je la jwbnye dek non..arini nck crite story mory psal katil..last wik kt da bertungkus lumus menyiapkan cat whitey roomey kt..tampal wall paper bagai..kononnye sbb dis wik ol perabot katil+ lemari + lemari mekap2 sampei..tup2 pg td en.tunangan ckp katil tu takde..jeng * jeng*..hangin je en.tunangan kt tu..mau nye tak hangin da la die kat kuantan..nk2 lak dengar brite meruntun jiwa ni..

act ktorg da booked bed frame tu since august (haha..cam tak sabar je kan cri katil dulu).mase tu x plan nk bli bedroom set pon..tp sbb katil tu amat menarik hati ktorg so decide tu booked..katil tu simple je uols..takde yg menarik pon..tp kt & en.tunangan sgt sookaa..ktorg mnta deliver dis month..n last two week ktorg ade gi kdai perabot tu & tokey tu kate katil tu ade kat store diorg da..tggu nk hantar je..then ktorg sgt lega..

tup..tup..arini die kate katil tu ade rosak sket n kilang tak wat lagi da dat model..owh ktorg sgt bersedih hati (kt rase die da jual kat org lain la)..tokey tu kol soh plih katil2 lain yg ade kat kdai diorg..so kengkwn..ape patut kt wat eak..plih yg lain plih yg pricey sket then demand murah ngan alsan diorg da langgar pembookingan ktorg or..just say bubbye & give back wang deposit kami!!! n katil camne nk pilih nnti eak..aiyak..

nk katil camni la..shanteq..(verangan dok ngan en.tunangan kat atas ni)

p.s: mencari dan percaya hikmah disebalik ape yang berlaku..

cutie: my milk toof

hi
short update arini eak..jumpe blog ni ..best lak layan tak sbar nk tggu post2 yg terbaru..thanks fyda introduce ni kat kt eak..sengih je bace blog ni..yippie!!!!source: sini
p/s: tapi tak dapt layan kat opis..pic tak kuar..huhu..

Dec 13, 2010

looking for canopy....hwaaaa~~

aloo..

hwaa..sape lei tolong kt ni..kt ngah cri vendor tuk kanopi..senang nye kawen kat dewan tak yah pk kanopi..uishh..sape kwn kat sini lei tlg kt kot ade cntact for canopy vendor ni..nak kat area selangor..and pling penting yang simple,sweet, kemas n affordable..sbb sy perlukan byk khemah..yer..sgt byk..

putih itu suci

source: mr.google

yer sy mau camni...
source: di sini

Dec 12, 2010

pantang nampak..auwwmm..

aloo..

pantang nampak cam tak menyabor je gaye nyer..act arini topik pantang larang..oleh kerana sy ni tak pndai sgt menulis so suke la bace2 entry dimana.dan kemudian mere'post'kan artikel tu..haha..arini dok opis dok berjln2 dari satu blog ke blog yang lain(kantoi distu : berblogwalking ketika kerja) terasa nk cri psal pantang larang lor..sbb ade kate kn perintah berkurung 40 days b4 wed. ye ke?? meh ade 44 pantang larang / amalan ] yg sy dapat ade yg lei digunakan oleh sume bukan bakal pengantin je.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan. (x faham???)

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Dec 8, 2010

SIAPA SUAMI KITA DI AKHIRAT NANTI????

halo fwenss..

pagi ni bace email dapat story ni so rase nak share ngan kengkwn sume..kalo blog b2b sume sedang bercerita n merancang wee-day bersama pasangan terchenta kan tapi adakah tu suami kt di akhirat nnti?? meh kt bace..renung2kan dan selamat membaca!!! :)


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelAki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir". "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

p/s: huhu..post2 kt takde tips cam b2b lain..sgt tak pndai nk memberi tips..so kt post info2 camni tuk di kongsikan..

Dec 7, 2010

Tinggalkan alamat kamu!!!

raikan cinta kami
12 februari 2011


wat kengkawan,b2b,SR or sesape yang ingin sesame memeriahkan majlis sy ni tinggalkan la alamat eak..sume dijemput. no RSVP!! *peace*

Dec 3, 2010

"aci redah...." : sgt pasrah

source: mr.google

owh..postku ini..huhu..lately mmg rase sgt down menyembah bumi..tak tau nape tak semangat lgsg nk wat prep..rase cam sume tak kn.n rase majlis kucar kacir n tak cam yg diimpikan..camne ni kengkwn..skang kalo org tanye bout me nye prep me msti jwb " huhu..aci redah je la..."

why?? nape jd camni..normal ke perasaan ni?? aduh camne nk mengatasi eak..kengkwn lei tak tlg..smpikan aritu mimpi bout majlis ntah ape2..me rase prep me sgt kucar kacir sbb..

1. mua+ baju = da booked+da byr half+da jumpe diskas.. tapi... tak tau camne hasil sbb diskas just btau kaler n tema camne..takde diskas design pun..rase cam tak slese ngan vendor pun ade..cam layan nk tak nak je..tak rase kekimiaan..takut2 je me nk suakan pendapat...then die kate fitting a week b4..lagi la serabut...kalo tak suke camne??kalo ade prob camne??

2.pelamin=da btau nk camne tpi tak jumpe vendor lagi..ermmm..tp sbb vendor sgt kenal tak risau sgt kot

3.khemah /kanopi= lom jumpe vendor +tak tau nk camne+tak tau nk deal camne yng ni mmg haru biru hijau kelabu %&&*(^*

4.bilik= da cat halfway+da tempah perabot+da tempah langsir +da ade bed sheet tapi...tak try lagi..rase cam cac merba..campur aduk..takut the end..ermmmm cam pasar mlm jadinye


5.entertainment=huhuhu.....bdget da takde..camne ni..tak yah ent la..kompang mase perantin sampi je blei kan..


6.goodies+ hantaran=x lengkap ngan sempurna takut last2 minit jadi rupa ntah pape..da la kn pk sendri..


7.makan+minum=leave to mommy..tapi tak tau ape2..nk wat camne pon tak tau..nk blik kg pun ssh nk diskas lagi la shh..

act..down sbb rase wat prep sesorg..kalo la sibling bace ni..huhu...takpe la diorg ade tanggungjwb memsg kan..ape yg termampu just doa hari2 moga majlis berjalan lancar..amin..




p/s:hal2 borang + procedure pon tak sentuh lagi..huhu..misshh ayah so much...sob**sob** (al-fatihah)

Nov 20, 2010

Ministry of Moment : Just Like contest !!

hi u'olss..

act da bace entry bout dis contest kat page b2b mase blogwalking n ziarah menziarahi..hehe..tapi tak terwat2 entry sbb bz ngan keje n takde idea..but pas roe drop comment kat blog kt terase nk join..just try luck mane tau rejeki kan..lgpun tuk photog kt tak amek outdoor bdget amat ketat..so tgk2 je pic org lain n filing2 artis je la..


untuk bercerita byk tentang MOM mmg kt tak dapat sbb kt tak selalu melihat2 page photographer (hehe nk dpt up point la konon hint dari ROE ) ..tpi setelah tgk pic MOM wat pertama kalinye hati kt mmg amat tertarik..amat cantik..menarik..pic mmg da bomb!!


nk join meh klik sini or gi page roe

-------------------------------:):):):):):):):):):)----------------------------------


ok la mari kita ke subjek yg sebenar.owh stelah like kat page MoM sy sgt teruja ngan pic yg ade..yup..every moment yg di capture dapat gambarkan suasana n perasaan time tu..



cam pic kat atas ni..kt sookaa u'ols..nmpak kan moment ketika itu?? nmpak tak?? hehe..sgt santai & candid tapi tak tenggelamkanpengantin..pandangan msih tertumpu pd pengatin bila kt tgk pic ni.. n see how MoM capture the xpression on their faces..wah sy jatuh hati..




owh..sy tau kn plih satu pic je tapi sy juga sookaaaa!!! pic ni..ye bile soh bergaye kebanyakkan pengantin akan keras malu tersipu n hasilnye gambar keras n cam ahli poltiknye poster..but MoM dapat capture gambar posing yang nmpak sgt bersahaja..owh skali lagi saya jatuh hati & hati sy sudah cair..


kt join contest ni bkn mengharap menang semate2 tapi nk berkongsi sesuatu yg indah bersame..pd b2b yang lom dapat photographer Ministry of Moment mesti dapat membantu mengabadikan kenangan terindah kamoo sume..


Ministry of Moment merakamkan setiap detik, melakar memori, mengukir senyuman yang pasti terpahat di hati untuk di kongsi bersama



Nov 16, 2010

Our True Love Story {CST PRODUCTION}

ENTRY KHAS TUK CST..

entry ni khas tuk CST contest..1st time sy join online contest ni..tetibe tertarik lak nk join coz sambil2 tu lei kenang blik camne bermulanya cerita sy dan en.tunangan..


Sekolah Menengah Teknik Port Dickson..hehe..tu skul sy n en.tunangan tapi tu bukan la tempat cerita kami bermula pon..cume tau die skulmate..die kelas mane n sket la "karektor" die kat skul..tapi tuk minat n usha2 mmg tak penah yer..(coz kat skul lagi ramai yg ensem2 n cute2)..

CERITA BERMULA
selepas 6 tahun tinggalkan skul..sy belajar di uitm dan die di politeknik..ermmmm..tak penah tau pun die belajar sane haha..kat uitm kt ni dok bercinta sakan ngan sorg mamat..n final year degree tu kiciwa menonggeng2..azimah kwn since kat skul teknik tmpat luahan perasaan..sbb die pon same gak..mase ni cari pasangan da lei dikatakan cam pompuan desperate..(malunye..).

FRIENDSTER
tetibe je friendster kan..ni la tempat sy jumpe blik en.tunangan..ye la kate desperate kan..so belek frenlist mmg keje tetap sy mase tu..ternmpak page en.tunangan yg bergaye segak ngan kereta buruk die..haha..trus kol azimah..

kite: weyh zie..ensemnye tapet ni..(name gelaran en.tunangan kat skul), nk usha arr..
zie: ko nak ke?? aku ade no hp die
kite: ye ke?? nak..tapi malu arr

kring~~~~~yeah dapat contact no dari zie..

SMS
da dapat kontek no kan dgn slumber kt sms en.tunangan..uishh nk tau ke kt tulis ape?? tak yah kot malu arr..bile en.tunangan balas hepi ade malu pun ade..die kenal ke aku?? mase tu tuhan je yg tau..n mase die balas terigt blik beberape story aku n die (eh ade story kate tak penah kontek since skul)...

1st: kt penah jumpe die ngan dak skul kt..dak course lain tapi knal sgt la dak pompuan ni..rase2 en.tunangan pon tak perasan kt mase ni..mase ni kt kuar date ngan kwn skul ktorg gak..die la yg tegur en.tunangan..kt dok jauh2 memerhati.(dalam hati owh mamat ni ensem!!)

2nd: mase kat uitm. awek en.tunangan yg juga kwn kt tu same u ngan kt..tak tau nape classmate kt yg satu kolej ngan awek en.tunangan ni salu cite psal en.tunangan kat kt..so kisah cinta diorg secara tak langsung sy tau..hehe..

isk..jodoh ke ni?? haha..kt trus bersms ngan en.tunangan.tapi jap je..pastu die hilang..so oleh kerana malu sms n kol tak dilayan kt pon meneruskan hari2 cam biase.kuliah..mkn..tdo..kuliah..mkn..tdo..

PANGGILAN PULAU
haha..tetibe kan mase tu sy baru habis kelas..dlm keta on da way blik umah.da la kt ni tak pndi jwb kol time drive kelam kabut angkat gak sbb nama en.tunangan tertera..dalam hati eh mimpi ape mamat ni kol pas hilang sebulan ni..

kite: alooooo..
die : (dengar bunyi sengih dulu) hi..ngah watpe??
kite: eh..mimpi ape kol org ni..nape??
die : saje je..tgk2 phonebook nmpak name ko aku trus la kol.

huhu??? jodoh ka itu?? since panggilan tu la ktorg mula rapat..

GENTING n BIRTHDAY.
yezza..oleh kerana kt ni sekelas ngan ex bf..so mase birthday takmo dtg kelas sbb takut terkenang memori birthday ngan ex bf tu..so msg kat azimah."aku nk gi jejln la birthday aku sok, nnti sdey je tgk si polan tu"and kt tak tau zie btau en.tunangan n die pon ym "sok saye cuti jom gi genting" (eh die ni tau ke sok birthday kt) so berseronoklah kami di genting..weyhooo!!! die bagi kt jam tangan..hehe..

Malam tu..kring~~~en.tunangan sms "kite couple nak???" uish..tak berkias langsung..hehe..dats my en.tunangan..sgt berterus terang. setelah menimbang tara..kt pun terima.maka bermulala kisah kami cam pasnagan lain.rutin pun berubah..kuliah...makan..dating!! yeah..

HUJAN DI TENGAH HARI
tup tap tup da setahun perhubungan kt n en.tunangan.kt pon da keje mase ni.so kt pun mula la tanye tuk ke peringkat seterusnya..(kegatalan menjelma..haha..) tapi jawapan amat hampa..en.tunangan kate die tak sedia..msih awal lagi..n since tu pun en.tunangan lain je..satu hari kami berbincang and decide tuk mengakhiri hubungan tu..sob..sob..:(

DUA HATI BERHALUAN SENDIRI
hampir setahun kami berpisah.tapi masih amek berat pasal each other..jeles tu kalo dgr cite die ngan org lain..camtu gak sebaliknye..ruli n aboy org tengah sepanjang tempoh ni..diorg ni kwn baik en.tunangan.tanpa segan silu kt cite n risik ape je psal en.tunangan.smpi satu hari ruli kol die kate die ngan aboy da basuh en.tunangan (b..ayg tak upah diorg tau..:))

satu hari kwn2 skul wat reunion.ktorg bermalam kat PD kate skul pun kat sane kan..konon imbas memori la kan..en.tunangan organiser..kt join je..kental drive sesorg gi PD..1st time drive jauh2..masa kat sane wat2 jual mahal..wat pale sendri..padahal dalam hati asek tigt en.tunangan je..dok perhati die je..haha..aboy join n die tau kisah ktorg dok sengih2 je kalo kt wat pape..menci :P.mlm ktorg sume berkarok sakan..dak laki 1 blik..dak pompuan 1 blik..kt tak nyanyi pon.jap2 en.tunangan intai..mase tu dup dap dup dap..kluar2 dak laki da tggu ngan muka masam je..rupenye diorg da tggu lame..dak gegurl ni tambah mase tak puas melalak..kt tak perasan en.tunangan sms "takmo balik ke??dah mlm ni.." owh msih perasan kt rupenye..igt tak amek tau da..hehe..

DUA HATI BERTAUT KEMBALI.
lepas dari PD tu ktorg kwn blik..dulu takmo la memasing ego..so salu arr kuar lunch sesame n jumpe pas keje..lagipun opis sebelah2 je..die kat KKR kt kat ASWARA..(die yg soh apply situ dulu,bile da dapat break plak..:( )

satu petang..ala kt fail bab tarikh..kt n en.tunangan keluar minum pas keje..lepak kat kopitiam kat CM..cerita2 cam biase.sejak baik blik ni memasing cite cam best..konon cam ramai org minat la..haha..pdhal saje je wat2 cite..tapi en.tuangan lain je mase tu sentap memanjang. dan...jeng~~jeng~~suspen tak?? hehe..mase nk blik nk hantar en.tunangan nek bas (berulang dri seremban tiap hari tau..) dalam keta turn kt lak sentap.

die: awak..thanks eak sbb nk kuar arini. awak marah kt lagi ke?? awak boleh bg peluang?? kt nk tebus salah kt kat awak.

yer..kt sentap n terkesima seketika.n ta fikir panjang sy trus kate YES..eh tak ckp omputih..kt pun kate ye..tapi janji jgn ulang lagi..kt terima sbb kt yakin n percaye hati kt hanya tuk die..

ALHAMDULILLAH
camtu la kisah kt dan en.tunangan. panjang ceritanya..sepanjang tempoh tu..byk pahit manis yg kami harungi sesame..pengalaman berpisah tu wat kami hargai each other.tapi tuk memahami masih perlukan mase..proses tu wat kehidupan lebih bermakna.

terimalah pasangan kt seadanya.setiap manusia ade kekurangan dan keburukan.kekurangan chentahati kt dalah kelebihan pd dri kt.n keburukan chentahati kt adalah satu keunikan yg wat die sgt istimewa di hati.



idea asal & penglipurlara: rini & chentahati
penampilan khas: zie,ruli & aboy
lokasi: sudut hati.
rakamkan detik indah kisah dengan CST..Chenta Sejati Terindah..
p/s:owh..cerita sgt panjang tanpa gambar..sowi kalo bosan n kurang impak.tuk geng CST harap ini dapat di kongsi bersame eak.. (ganti name jap sy jap kt..haha..tungganglanggang di pagi raye)


Nov 15, 2010

vendor oh vendor

aloooo b2b sekalian!!!!

hah..cam xcited je intro tu..arini kt nk cite psal vendor for pelamin & MUA & OP &OV..nak mula mane dulu eak..btw boleh dikatakan vendor2 kt ni bukan yg menjadi fav b2b..sbb kalo kt wat blogwalking..name diorg takde pon..huhu...tp kt yakin diorg amat pro..amin...(ayat sedapkan hati)

1. pelamin
yeah vendor tuk pelamin..adik kawan kt..dak ni dari kecik kt knal..mase kecik2 tak tau lak die ni kretif..akak die bff kt..tp skang sbb bz ktorg da jarang jumpe..teman menjoyah time skul dulu..act vendor kt farid lorr ( yang wat pelamin xora) sila tgk hasil die kat page xora k..farid gak yg wat pelamin time kt tunang..tunjuk je pic memane yg kt nak..sure farid lei realisasikan.sebis titop kot..tanye xora (haha..xora lagi) sbb farid dak kg kt kang b2b ckp kt up die lebey2 plak.


2. MUA
hehe..so far sepanjang berblogwalking ke blog b2b len tak terlist pun MUA sy ni..baju nikah n sanding pun kt amek kat die..RIEN ZAID butik die kat s.alam..so far tgk profile n hasil die ok la..nnti pas wed kt cite hasilnye k..(berdebar nk tgk baju snding sbb tak diskas pun design just ckp kaler n material je nk songket n lace..coz nk moden+traditional).MUA kt ni kurang sket ckp so cam segan2..huhu..


3.OP&OV
owh..mereka di pilh sbb menepati bdget kt..n die ade combo pakej photog+vid..sume event pun pkai OP&OV yang same..senang cite..kt pun jrg dgr review OP kt ni kat b2b nye blog..tp OP kt yg wat vid acik (ida).
~~~tu la vendor2 sy..sume dipilih sbb hasil keje n menepati bdget sy yg amat2 ketat..hope sumenye ok.. :))

meh layan pic hasil vendor2 sy b4 ni


pic hasil kretiviti OP source di sini

makeup by rien zaid source disini

Nov 6, 2010

realiti: nape mase mencemburui aku ni.

huhu...mase owh mase...nakmo la jeles2 ngan kt..tgk ticker tu 3 bulan lorr..isk memula kate pd diri sendri ala lame lagi tu..tp bile tgk list..OMG!!! byknye tak wat lagi..keje kat opis lak melambak2..bukan keje hakiki pon..keje2 adhoc..keje hakiki aku lex2 je..kalo tak lei la lari2..jap2 cutikan..


ngan mase yg dirasakan semakin suntuk ni..weken je la yg ade tuk menunaikan misi2 impian mengarut tuk wed kt tu..tpi konflik yg berlaku adalah en.tunangan..rasa kesian yg amat sgt tuk mengheret die kesana-sini...alkisahnye en.tunangan smbung blaja..so weken full ngan kelas..n akhir tahun ni msti la bz ngan esemen n final exam..(owh rini tlg la belajar berdikari). yer..tu yg salu kt ckp kat dri sendri..sy ni sgt la penakut tuk kemane2 sesorg..kwn2 lak sume ade komitmen sendri n yg menggedik terlebih msti la harus n wajib suke gi ngan en.tunangan..


ermmm...wahai kwn2 b2b ape yg perlu sy wat eak dalam mase yg da suntuk ni..tulun!!!(ade ke sahabat b2b yg nk dengar rintihan ini)

perantin lari2..haha..

p/s:haha..mengupdate belog kat umah abg smbil tgk burung die..(eh jgn pk bkn2 abg soh tgk pets die ni die jemur burung2 tu pas mandi takut kn baham dek mr.meow..)

Nov 4, 2010

realiti : nape saye berBELOG..

haloo..

lame rasenye tak mengepost di sini..hehe..agakkebizian ngan kirija..n ketiadaan miss lappy..maklum arr lappy kn share ngan en.tunangan..haha..cara tak tajuk..nakmo cite wed prep arini..nak cite nape kt berBELOG..ermm...

1. kt berBELOG tuk dri sendri..tuk kt igt ape yg kt wat tuk wed kt..maklum la skang kempen sygkan bumi so kalo pkai diary yg kt salu guna zaman skul tu guna byk kroteh n mane nk simpan wat berabuk kat umah..so ngan menulih kat sini snang nk simpan n akses dimana-mana...weyhooo..sambil tu lei share ngan kengkwn idea2..tips2..(ade ke yg jenguk belog kt neyh??) takpe verangan la cam ade..

2. sonok2 je menulih kat sini..lei jadi tempat mencurah idea..verangan2..pling penting meluah perasaan syiok sendri..haha..(btul x??)

3. eh..menulih kat sini smbil berlink2 ngan b2b yg laen..smpikan wat rase dunia ni amat kecil (wat a small world..jenguk2 blog b2b len nmpak muke kwn kt..cepat2 email.."eh tu sipolan eak..dia kwn skul kt"..cam kt nengok blog huda bridemaid die kwn skul kt..hehe..)

haha..td cam byk ide nape kt berBELOG tetibe hilang..haha..ape2 pon kt menulihkat sini tuk dri kt sendri..sesape yg nk lik n share amat la dialu2kan syiok woo ade ramai kawan..selamat datang kawan MAYA ku...:))

Sep 30, 2010

realiti : tambahkan ilmu rumahtangga anda..

dalam sibuk2 jenguk blog b2b sempat gak la tgk2 page yg lei menambah ilmu rumahtangga..meh kt share..maybe ade yg da tau..tp nk share gak kat sini..


PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN ALLAH DI DALAM BERUMAHTANGGA

1. “Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam rumahtangga ialah yang sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah untuk membina keluarga bahagia)”. insyaallah sy wat ikut kemampuan..

2. “Ibnu Abad meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan maskahwinnya”. selangor RM 300 je kan..

3. Lakukan akad nikah di tempat yang mulia seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh dengan barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah perlu di dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat). ermmm..teringin nk wat kat umah..insyaallah mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T..Amin...

4. Lakukan akad nikah pada malam atau siang Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih oleh Allah dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga 70 kali ganda pahlanya. Insyaallah hari Jumaat selepas Asar.

5. Carilah saksi akad yang soleh dan bukan yang fasiq. sape saksi yer??

6. Suami isteri di dalam keadaan berwudhuk semasa akad nikah. ermmm..kn tukar MUA tuk nikah la camni..cadangan MUA..

7. Khalifah Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata; “Janganlah kamu meminta maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan maskahwin lebih daripada 4 dirham…” kalo pkai dinar?? sape tau pasal dinar meh la share..

8. 2 atau 3 hari sebelum akad nikah eloklah membaca ‘Istighfar’ 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100 kali akan mendapat 3 kebaikan; insyaallah..akan cuba di praktikkan.

a) dilepaskan dukacita
b) ditunjukkan jalan keluar jika bermasalah, dan
c) mendapat rezeki yang tidak diduga

9. Buat sembahyang Sunat Taubat (mohon keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga). Cara-caranya ialah;
a) Lakukan selepas solat Maghrib atau Isya’ atau sebelum tidur
b) Niatnya, (didalam hati – “sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rekaat kerana Allah Taala”)
c) Rakaat pertama; baca doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
d) Rakaat kedua; baca Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas
e) Selepas memberi salam bacalah;
f) Berdoa;


10. Kedua-dua pasangan kemudiannya hendaklah memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya. ingat ni RINI n AYIEN..

11. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin lelaki); B take note..
a) Solat Maghrib berjemaah, khatam Al-Quran, Tahlil dan doa selamat
b) Solat Isya’ berjemaah
c) Berselawat atas Nabi
d) Tazkirah ringkas
e) Jamuan sekadarnya

12. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin perempuan) – Malam Berinai, aturcaranya ialah;
a) Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat
b) Solat Isya’ berjemaah
c) Selawat dan Marhaban
d) Syarahan agama berkaitan rumahtangga
Pada keesokkan harinya diadakan majlis khatam Al-Quran. kalo khatam wat mlm pas nikah lei ke?

Sep 20, 2010

ceritera : menyepi


huhu..sgt menyepikan diri sbb blog sy sgt sepi..huhu takde sape nk meriahkan blog sy yer..lagipun kt telah memulakan gerak gempur kerja kawin...ok bala tentera..sedia!!!!!


p/s : ade ke bala tentera..kan awak sorg cik gal..awak la kapten awk la nakhoda..awak gak anak kapal...hehe...

saje nk selit pic ni..kaler tema wed sy...

Aug 25, 2010

realiti:penyenaraian

1. nikah, sanding & bertandang date- confirmed!

2. kursus kahwin & legal docs- done!
hiv test : belum
borang : belum

3. venue
nikah : homey
sanding : homey
bertandang : homey somban

4. makan & minum : assigned to bonda tempah makcik2 chef.

5. canopy: dpt qoutation & will make booking after raya

6. pelamin & decor
nikah & sanding: pengumpulan idea & diskas pas raye.
bertandang : belum (maybe dis wik)

7. photographer
nikah, reception & bertandang : booked + depo paid.

8. videographer-
nikah & sanding : booked + depo paid.
bertandang : decided with no videographer.

9. wedding outfit
nikah & sanding :design& measurement afta raye..
bertandang : belum decide (maybe songket)

10. makeup
nikah & sanding : block date.
inai : pakai sendiri

11. favors
nikah : belum
marhaban : belum
sanding : * all guest : done! (tinggal jlnkan kerja2 mengisi)
*rombongan family : belum
kids : belum

11. bunga pahar
sanding : sdah tempah sama NISA
bertandang : not yet decided

12. hantaran
for him : 0/11 completed
for her : 0/9 completed -
decorator : diy

13. rings
his : belum
hers : belum

14. invitation card - nikah : artwork ok (prepare map) then lei print on okt

15. cake
sanding : belum
bertandang : belum (ade ke??)

16. tok kadi- belum

17. handbouquet - nikah & sanding : FOC from pelamin maker.

18. guest list- ongoing

19. ceremony, entertainment & kompang-
sanding : live band assigned to big bro
marhaban : assigned to momma
slideshow for family nite : belum

20. pengapit
nikah & sanding : to be confirmed (msti tau on okt gak)

21. dresses for family.
s'ngor : variation of pink
bertandang : creme

22. wedding heels -
nikah :xperlu kat homey kan.
sanding : belum ...mencari-cari..

23.event itinerary- belum berfikir lagi (mula fikir on okt)

24. wedding props-
bunga manggar : FOC with canopy & DIY
signage : design dapat next week..pacak assigned to kazen mazen
guestbook : belum

25. spa treatment-depo paid.. 1 appnmnt pas raye.

27. honeymoon plan- assigned to my dear fiance (tlg plan yg menarik yer yayang)


p/s: merah: tak setel lagi
kuning: half way kn followup
hijau : dah setel..
uish nape byk lagi yg kaler merah ni...

Aug 19, 2010

fantasi: realiti: nye hal..

aloo...

huhu..gigih greet ntah sape yg bace ntah..ermmm arini sgt la moody..sebenarnye da 3 hari mood agak swing2..ermmm..ke'moody'an ini da mnyebabkan rase wed sy bakal huru hara n caca merba...n rase give up sgt..berserah je la..sume ni atas sbb2 berikut:

1. hari wed di pertikaikan..hwaaaa~~~~...sy da plan nikah on fri eve after solat jumaat n sanding on sat. but..mokcik sound "nnti sape nk tolong?? org msih keje lagi sabtu tu..kalo tak dtg jgn marah plak" sgt sdey n sentap dgr my aunt ckp camtu + disambut ngan anggukan kazen mazen sy..mereka ni la kekuatan sy nk urus wed ni sesorg..nk tukar ke?? nop then sy proceed gak ngan plan memule tapi add on 1 majlis tuk family belah malam..(tambah lagi keje)

2. sesorg wat sume ..my c's baru kawen takkan nk kaco die kan..abg2 lak sume ade family sendri + abg ngah baru pindah umah..cam baru mula hidup berdikari gak la..so tak lei kaco..tgk mak sgt berpnat lelah mase wed c's so sy bercita2 nk setelkan sendri..tapi takat yg termampu la..ermmmm (kusut lagi)

3.sume pon pending lagi...so sgt2 takut!!!!!!!!!!

4. huhu...salu terfikir..kalo la ayah ade..espcially bile terigt bab2 borang2..jumpe imam nikah..ermmm kan best kalo ayah ade..terigt mase skul dulu even da keje pon nk gi service keta pun ajak ayah..miss him soooo much...sob..sob...(Al-Fatihah)

Aug 16, 2010

ceritera: takut ke nebes???

aiittttt readerss..

haha...cam ade je pembace tegar kat blog kt ni..takpe la perasan ade je la kan..ermmm..tgk ticker kat atas ni wat kt takut je..biar benor 5 bulan..kalo tolak~~bahagi~~darab~~tamabah~~tggal bape bulan je lagi kan..pejam celik pejam..then kn celik je wat byk bnde2 yg pending aduh fining la...skang ni tak tau takut ke nebes..takut nagn nebes same ke?? sedia ke nk tawen ni??haissshhh...

tapi bile tgk kwn2 ade baby cumil..cam best je..ade hasben lagi best kan..even tggunjwb bertambah tapi kalo pikul sesame mesti blei..cam peribahase zaman skul tu.."berat sama dipikul,ringan same dijinjing"
puteri aqila..tomeinye..
k.hanan ade 3 hero da...
pwincess mira yg tomei..
k.ct n echa boolatt.
coming sooonn...baby ~~k.tini..boy eak kak??

Aug 13, 2010

ceritera : cincin

halooo...

arini kembali topik wed eak..huuhuu..kalo wed mesti kn ade jewellary kan..so arini nk cite perihal wed band..act me & mr.T da cari2 cincin...sebey2..isu pertame yg ktorg diskas pasal lei ke laki pkai jewellary ni??? tapi tgk skang ni ramai je pakai kan..kalo enggage ke wed ke..ermmm then search2 info type yg laki lei pkai n satu rujukan btau laki tak lei pkai suasa (klik lorr tuk tau lebih lanjut jgn malu2...)..selama ni igt blei je.. last week me & mr.T cri la wed band yg dri platinum n anything else janji bkan mas..lagipun ktorg decide wed band ni just tuk simbolik je bkn tuk mas kahwin or batal air sembahyang..so xkesahlah kalo bukan mas ponnn...hikhik... :)
cumilkan..tapi cincin g.a.l halus sgt arr..da la jari kt ni halus..

ha..ni cute gak..tapi b.o.y nye toooooo simple n g.a.l lak besor sgt diamondnye..sgt tidak seimbang..x bagus tuu....xmo..xmo...


haa....yg ni ok.but..b.o.y.&.g.a.l exz da same..but...simple sgt lor..
cam menan je..


yezza..ni la yg best so simbolik..b.o.y + g.a.l = l.o.v.e

weyhoooo...my dreamzz..sy mau yg ni..mr.T nnti kt cri yg camni eak..

mode: amat teruja..~~~~~:))








Aug 12, 2010

lari : topik


hehe..rase arini nk cite len arr dari topik wed ni..ptg2 hujan2 pose2 ni..lyan filin la jap..hehe..td ttertgk video ni..ter... maknenye mmg tak sengaje pun nk tgk..best la..meh layan nk??
<



bestkan..so moral of da vid..haha.. :) hargailah pilihan kt..yup..yakinlah pilihan anda tepat n pilihan sy......

him~~~ensem x??

Aug 11, 2010

ape:nak:mula


hi again..


kalo cite pasal wed prep. ni nak mula dari mane eak..serabut mase lpas2 tunang..tak tau nk mula dari mane..berangan banyak sgt..mcm2 konsep nak..ari2 keje dok tgk ols bout wed..haha..sampi kekdg jumpe en.T pun stress je..lagi2 bile dok bace b2b nye blog..haha..mule la nk wat camtu la..camni la..last2 ape pun tak jadi..so pk bek mula dgn bdget..memula wat bdget sendri..tunjuk kat en.T..uishh die kate camni 10 tahun lagi kt kawen..wink**wink**..


then 1 pagi yang hening bukak page xora..huhu..ade entry psal bdget wooo..ape lagi dgn pantas hantar komen kat xora request for that excel file..yeah..sgt bermurah hati dak xora..kt dapat da file tu..tapi.......


ha..ha.....sume pun lari bdget kot kalo diteruskan sbb asal gi jln nmpak cam sweet je trus grab..

blei ke camtu????


sape nk file tu mnta kat xora eak...hehe..(xora tak marah kan i cite bout dat file kat sini~~~sharing is caring~~~)


my e'days

Aug 10, 2010

h.e.l.l.o...

hi..

cobaan.~~~cobaa~~test!!! hehe 1st entry ni..sume bermule bile dok salu bace blog kengkwn.. terpanggil lak nk berblog ni..hehe.sempat luahkan perasaan kat k.ct (pendengar setia~~~x kn chargenye kaunselor) huhu...die kate mmg best tp pndi ke nk tulis..btul gak tu aku ni manede bakat tulis menulis ni..ntah2 org nak bace pun takde..oleh kerana ni entry pengenalan..nk isi ngan pic2 je la..layannn!!

aku

bikin bingit di wed kengkwn

cukup la eak...hehe..nnti ade story baru baru lei add lagi..haha sebenarnye takde pic kat komputer ni..kate time keje kan ..

p/s: salam ramadhan semua..semoga dapat manfaat dari bulan mulia ni.. (al-fatihah tuk ayah)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...