Oct 31, 2015

RM 2k sebulan?


Apr 30, 2015

TINDIK TELINGA ANAK GADIS

Anak dara akak dah gadis-gadis gitu..haha..ok jangan salah faham kisahnya dak Ra.ifa tu orang dok cakap dak laki. Bukan je sebab die lincah tak reti dok diam tapi sebab rambut tak berapa nak adoo.tapi bagi akak comel je anak dara tu, takde pun muka dak laki sebab memang beza rupa Ra.ifa dengan Abang Rizq die.

Oleh itu, ada peristiwa tragik yang buat akak nekad nak tindik telinga Ra.ifa bila dalam lif di sebuah hotel. Akak ngan Ra.ifa je masa tu cantik berbaju PINK anak dara akak..ada makcik  ni tegur " LELAKI KE PEREMPUAN?" ohoi nak je akak jawab " TAK NAMPAK KE BAJU PINK NI SIAP ROPOL-ROPOL OPKO PEREMPUAN".. tapi memandangkan kewarasan akak masih tinggi akak senyum je jawab perempuan.. anak makcik tu terus sound mak die " PEREMPUAN LA MAK KAN BAJU PINK TU" akak dalam hati "TERIMA KASIH DIK"..haha..

Ok cukup sebenarnya nak share pasal tindik telinga ni. Ra.ifa rileks je mungkin sebab die tak tahu apa ibu die nak buat kan. Tapi akak ni seriau bukan main. Dok lah tanya kat adik tu sakit tak ? Nak kena makan berpantang ke nanti? Berapa lama nak ok?. Kalah nak menghantar anak berkhatan. Jadi dak kedai emas tu pun kata dan meyakinkan akak ok je kak jangan takut yang penting anak akak lei dok diam tak?

Sebab kedai emas  ni di kelilingi cermin proses nak menindik dan potensi Ra.ifa dok diam adalah tinggi. Ra.ifa memang suka tengok cermin. Alhamdulillah proses berjalan lancar. Mujur kedai emas ni tindik dedua telinga sekaligus dan adik yang mengukur dan tindik tu lemah lembut dan cermat. Jadi tak adalah masalah. 5 minit kemudian Ra.ifa mula rasa tak selesa dan menangis.

Tips akak kalau nak tindik telinga anak:

1. Umur setahun pun dah ok kalau dari bayi lagi sennag sebab tak pantai nk menarik-narik lagi.
2. Cari kedai yang ada alat tindik tu 2 so boleh tindik serentak. Maunya kang sebelah bertindik sebelah tidak lak nanti.
3. Penindik mesra dan cermat.Kot muka pun dah garang blom tindik pun anak kita dah meronta.
4. Tukar kesubang emas bila dah 2 minggu..sebab kekadang lepas tindik tu bengkak sikit so 2 minggu just nice lah nak buka.

Kalau korang kat area Sungai Buloh ke Kuala Selangor atau Shah Alam boleh gi KEDAI EMAS D'TREE. Kedai ni emas die tak ikut harga persatuan emas jadi sedikit murah. Owh berkaitan tindik ni upah kat sini RM 20 je. 

Kedai Emas D'tree
No 51 G, Jalan Bidara 10,
Saujana Utama 3, 
47000 Sungai Buloh,
Selangor
03-60389224



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...