Entry akak cam serius je kali ni. Sebenarnya nak kongsi tentang trauma perinial ni. Akak pernah sikit pasal luka perinium ketika bersalin normal dalam entry sebelum ni. Maklumlah akak dah rasa bersalin normal dengan 3rd degree tear dan Ceasaran. Jadi penjagaan kedua ni memang tak jauh beza. Trauma ini boleh berlaku secara semula jadi atau kerana kaedah Episiotomy.
Kesan trauma?
Trauma bahagian perineum boleh memberi kesan negatif dari aspek
fizikal, psikologi dan sosial wanita tersebut terutama semasa peringkat
awal dan lewat pantang. Ada kalanya ia boleh mengganggu wanita memberi
susu badan dan menjejaskan kehidupan keluarga dan hubungan seks.
Di United Kingdom, lebih kurang 23-42 peratus daripada ibu-ibu ini
akan mengalami kesakitan dan ketidakselesaan sehingga 10-12 hari selepas
bersalin manakala 8-10 peratus pula mengalami kesakitan yang
berpanjangan sehingga 3-8 bulan selepas bersalin. Dianggarkan 23 peratus
pula mengalami kesakitan di bahagian luar semasa hubungan seks selepas 3
bulan.
Dianggarkan 3 hingga 10 peratus pula dilaporkan mengalami faecal
incontinence (kegagalan mengawal pembuangan najis) dan 19 peratus
mengalami urinary incontinence (kegagalan mengawal kencing).
Keadaan luka / Koyak (tear)
Koyak (tear) bahagian posterior perineum ini boleh di bahagikan kepada 4 stage:
1. 1st degree tear iaitu melibatkan kesan melecet yang terhad kepada fourchette dan kawasan luar kulit perineal atau mucosa vagina (bahagian dalam vagina)
2. 2nd degree tear kesan melecet di luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina kepada otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai ke sfinkter dubur.
3. 3rd degree tear melibatkan koyak pada bahagian anal sphincter sama ada sebahagian (partial) atau kesemua (complete). (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur)
4. 4rd degree tearmelibatkan koyak kesemua lapisan, internal dan external anal sphincter sehingga ke lapisan mucosa anus (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur)
Faktor yang menyebabkan koyak Perineum:
Risiko trauma perinial ini disebabkan oleh 2 situasi iaitu faktor kelahiran dan faktor ibu ketika melahirkan.
Faktor kelahiran:
- Pernah mengalami trauma perinial pada kelahiran sebelum
- Kelahiran vagina (normal ) yang pertama
- Saiz bayi
- Cara proses kelahiran termasuk teknik ketika melahirkan dan melahirkan dengan bantuan alat.
- .Posisi bayi tidak normal (muka diatas)
Faktor Individu
- Umur ketika melahirkan
- Jarak anta pembukaan faraj dan dubur pendek.
- Jenis tisu
- Diet atau status pemakanan seseorang.
Cuba bayang akak masa bersalin Rizq 3rd Degree Tear..mau tak seriau nak bersalinkan Ra.ifa lepas tu. ampai doktor pun nasihatkan Czer. Tapi Czer ok pula sebab dah mula kenal SET PANTANG SHAKLEE pula.
3 comments:
Salam kak. Berapa lama proses sembuh akak masa 3rd degree tear?
Salam kak. Berapa lama proses sembuh akak masa 3rd degree tear?
Salam. Kak, kalau luka lubang dubur kita terkoyak masa buang air besar Sbb sembelit macamana ye? Dia boleh bercantum semula ke? Sy baru 15hr berpantang hari ni..
Post a Comment