May 4, 2014

Menu Baby 7 bulan: Bila Raifa mula makan ibu excited

Assalam..hai..ahalloo

Harini nak share kat korang la resepi bubur Raifa. Even dah ade pengalaman abg Rizq dulu, ibu tetap study balik bab-bab makan ni..lupa la..lagipun abang Rizq dulu banyak sangat experiment bab-bab makan tu yang ibu konpius.

Aha! Citer lahir takde tup..tup bab makan dah. Actually nak share experience menyusukan Raifa pun masih tersimpan rapi kat draft tu..haha..ibu sibuk post pasal Shaklee je. Yelah info baik kena la kongsikan kan.

Ok..ok dah cukup lah bebel tu ibu meh la kita share resepi yer. 7  bulan baby dah ready tuk makanan yang kasar sikit tapi Raifa still kena lenyek halus..kasar-kasar kang die luakkan balik.. Teapt 7 bulan ibu kenalkan protein pada Raifa iaitu Ikan. Untuk pertama kali ibu kenalkan ikan tenggiri kenapa tak ikan Salmon? sebab nak bagi tekak melayu makan.. haha..

Ini resepinye yer

BUBUR IKAN TENGGIRI PELBAGAI RASA

3 scoop Beras perang ( disangan dan blend)
2 kiub isi ikan tenggiri (anggaran besar ibu jari)
1 kiub 2 oz Puree Lobak + Sawi + Kentang
1 Kiub 2oz Puree Labu
3oz Stok Sayur.

 Cara Masak:

Masak beras perang dengan stok sayuran gunakan la periuk nasi letrik ka.. dapur arang ka ikut suka korang. Saya gunakan slow cooker dalam 5 min beras kembang masukkan semua bahan-bahan lain. 5 min dengan gunakan mode Slow Cookin nampak bubur cam kering gitu boleh tggu sejuk sikit tehen lenyek. Lenyek la guna apapun kalau rasa payah sangat lenyek tu boleh blend je.

Walla siap dah. Sayur tu boleh Boh la ikut kesukaan korang..Saya suka gabungan ni sebab dah lepas rules 4 days dan rasa lemak-lemak..manis labu..sayur pelengkap lobak dan sawi dan rasa mengancam ikan..

ps: Macamana nak buat stok sayur tu? Aha! potong kiub lobak + kentang + Sawi + saderi  isi air penuh periuk pastu renehkan . Air sampai setengah periuk tu tutup api sejukkan dan frozenkan. Rasa bau saderi tu buat lagi ummphh. dan bagi rasa masin.


Selamat mencuba. Kalau nak mencuba Vitamin Shaklee boleh hubungi saya juga ya..hehe..sambil layan anak sambil layan order.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...