Showing posts with label DTX Complex. Show all posts
Showing posts with label DTX Complex. Show all posts

Apr 14, 2015

5 PETUA HILANGKAN LINGAKARAN HITAM BAWAH MATA

petua

Aha! Sentap akak dik..haha..biasalah bila dah jadi mak rutin harian pack. Pastu macam Ra.ifa lak masih bangun malam tuk SUSU. So akak memang handbag mahal gitu dok bawah mata. BLACK BOLD METALLIC..haha...

SO akak nak share 5 PETUA nak hilangkan MATA PANDA ni. Bahan-bahan pun mudah didapati kat rumah. Melainkan kalau korang memang tak masak langsung..haha..AH! akak berani cakap salah satu mesti ada punyalah.

1. UNCANG TEH
Cuci bersih uncang teh yang telah digunakan kang bersemut lak mata korang, kemudian simpankan didalam peti sejuk selama beberapa minit. Selepas itu, aplikasikan pada mata antara 15-30 minit pada waktu pagi bagi merasai kesegaran dan menghilangkan lingkaran hitam bawah mata.
2.  HIRISAN KENTANG
Kentang mengandungi nutrisi seperti A, B, C , Kalsium, Fosfor, Potasium , Zat Besi, Serat dan Protein, jadi sangat baik untuk kecantikan. Cara pun mudah, hiris kentang nipis-nipis dan lekapkan pada mata selama setengah jam. Boleh juga guna TIMUN dan TOMATO.
3. MASKER TELUR.
Campurkan kuning telur + perahan LEMON + Madu. Campur semua bahan kemudian sejukkan sebelum diratakan keseluruhan wajah termasuk bawah mata. Buat pada sebelah malam , sekali sehari cuci bersih pada keesokkan hari. Behave tau masa tidur mau sepah satu katil nanti.
 4. LEMON
Cara ini paling mudah selain lei buat tuk minum terus untuk DETOX boleh sapu sedikit bawah mata. Caranya Campurkan perahan air lemon dengan air suam dan sapukan ke bawah mata dua kali sehari.
5. MINYAK ALMOND
Urutkan sedikit minyak almond pada bwah mata secara perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Biarkan selama 10-15 minit, kemudian bersihkan dengan tisu basah sebelum cuci bersih dengan air. Selaim masalah lingkaran hitam bawah mata amalan ini boleh mengatasi masalah liang pori tersumbat.

LINGKARAN BAWAH MATA TANDA TUBUH BERTOKSIN

Lingkaran bawah mata ni bukan sahaja kerana kita penat tidak cukup tidur, Ianya juga salah satu tanda badan kita mengandungi toksin. Jadi perlu tambah dalam diet makanan yang beralkali atau boleh mengambil makanan tambahan yang menggalakkan FUNGSI HATI sebab hati organ utama yang menapis toksin dalam badan.

▐▐▐▐▐▐▐▐▐▐▐▐▐▐▐

Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda : 
  • Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segla Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.
  • DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu  biji benih milk thistle,  kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati 
  • Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh
  • Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva),  kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit
info:http://bigsmilezone.blogspot.com

IBU HAMIL PERLU KE DETOX?

Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia. Akak tahu ramai yang beranggapan toksin berpunca dari sistem pembuangan yang tidak baik. Tapi sebenarnya HATI adalah elemen utama yang perlu kita jaga dalam menyingkirkan toksin dari badan. Hati merupakan organ yang penting kerana segala yang kita makna akan melalui hati untuk proses penyingkiran atau tapisan kemudaian baru memalui proses perkumuhan atau penyingkiran.

Gambarannya macam ni.. Kita buang sisa makanan dalam sinki. Penapis yang kat lubang SINKI tu adalah HATI.. jadi die tapis segala kotoran sebelum melalui saluran ke LONGKANG yang diibaratkan USUS  kita berjalan segala kotoran tu ke tempat pembuangan. Jadi kotoran ni adelah yang tak tercerna habis di penapis SINKI jika lubang singki tak berkeadaan baik bila lama-lama makin banyak yang tertinggal. LONKANg pula bila banyak minyak lepas tu tak dapat keluar lelama tersumbat. Bila tersumbat keluarlah BAU yang boleh diibaratkan TOKSIN.Faham kan ayat akak ni.

ok akak nk cerita pasal PERANGKAP SINKI ni eh HATI. Pada tubuh manusia, hati adalah organ tubuh yang sangat penting untuk kelangsungan hidup. Ia terletak pada bahagian kanan di atas rongga perut (otot diafragma) dan mempunyai berat sekitar 2 kg atau 3-5% daripada jumlah berat tubuh kita.
Hati yang kecil ini amat bermakna dalam hidup kita. Ia memainkan peranan penting dalam melaksanakan perkara berikut:


  • Meneutralkan toksik tubuh
    Sebelum bahan toksik sampai ke ginjal, ia akan sampai ke hati terlebih dahulu untuk dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing. Ubatan secara umumnya adalah untuk menyembuhkan penyakit tetapi ianya juga merbahaya kepada sistem tubuh. Justeru, ia perlu dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing.
     
  • Regenerasi Sel darah merah
    Sel-sel darah merah yang mengandungi hemoglobin yang telah tua dan hampir tamat jangka hayat akan diuraikan kepada zat besi, heam dan globin. Zat besi akan dikembalikan kepada sum-sum tulang untuk pembentukan sel-darah merah dan globin akan digunakan semula bagi pembentukan hemoglobin. Heam akan diuraikan kepada bilirubin dan disalurkan ke usus yang menyebabkan warna najis yang unik. Apabila berlaku gangguan pada salur hempedu, bilirubin tidak dapat disalurkan ke usus
    menyebabkan bilirubin ini beredar dalam edaran darah sehingga mengakibatkan warna kekuningan kelihatan pada tubuh. Gejala ini dikenali sebagai penyakit jaundis.
     
  • Produksi cecair hempedu
    Cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati membantu dalam sistem pencernaan lemak. Lemak akan ditukarkan kepada asid lemak dan gliserol dengan bantuan cecair hempedu dan seterusnya diserap dalam sistem tubuh.
     
  • Produksi protein dan sistem imun
    Protein tubuh yang dihasilkan oleh hati amat penting dalam menentukan sistem ketahanan tubuh dalam melawan serangan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
     
  • Tempat penyimpanan simpanan glukosa
    Glikogen adalah merupakan simpanan karbohidrat tubuh. Dalam keadaan kekurangan glukosa, hati akan menukarkan glikogen kepada glukosa dan seterusnya di metabolismekan bagi pembentukan tenaga.

Kegagalan organ ini berfungsi boleh membawa kepada menyebabkan masalah kesihatan yang tiada ubatnya. Jika kegagalan fungsi ginjal boleh diganti dengan dialisis. Namun kegagalan fungsi hati tiada instrumen yang dapat mengambil alih tanggungjawabnya. Oleh itu DETOX perlu dilakukan untuk BOOST fungsi hati.
 

Tanda-tanda anda perlu DETOX

  • Masalah penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Jerawat
  • Penuaan pra-matang
  • Letih
  • Berat badan berlebihan
  • Insomnia

Boleh ke ibu hamil melakukan proses DETOX?

Jawapannya adalah DETOX atau Buang toksin tidak sesuai untuk ibu hamil .

Ibu mengandung atau yang sedang menyusukan bayi tidak dicadangkan membuang toksin, tetapi bagi ibu yang sedang merancang untuk hamil boleh mengamalkan detox sambil mengambil ubat seperti asid folik untuk perkembangan janin. Selain itu, membuang toksin menyediakan tubuh badan yang lebih bersih untuk bakal ibu mengandung kelak.

Selepas bersalin dan menyusukan anak adalah disarankan untuk seseorang ibu itu melakukan detox untuk mengembalikan kesegaran serta susuk tubuh yang lebih segar dan menawan dengan mengamalkan pemakanan yang mengandungi kunyit dan halia.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

Bagi anda yang tak hamil atau para suami boleh cuba DTX Complex Shaklee.
 
DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
 
TONIK HATI
 
  • Biji ‘milk thistle’
    • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
    • Merupakan bahan utama dalam DTX
    • Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
 
  • Biji schizandra chinensis
    • Menghalang Toksin berada dalam badan
    • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
    • Mengandungi Antioksida
 
  • Cendawan Reishi
    • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
 
  • Dandelion
    • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
    • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
 
  • Kunyit
    • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
 
  • Ekstrak artichoke
    • Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...