Sep 28, 2014

Pentingnya Vitamin B6

Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine.Vitamin B adalah vitamin larut air.Kekurangan Vitamin B6 pada orang dewasa boleh menyebabkan masalah kesihatan yang menjejaskan saraf, kulit, membran mukus, dan sistem peredaran darah. Pada kanak-kanak, kekurangan Vitamin B6 akakn memnjejaskan sistem saraf utama. Kekurangan boleh berlaku pada orang yang menghadapi  komplikasi kegagalan buah pinggang, ketagihan arak, tiroid terlalu aktif, masalah untuk menyerap nutrien, dan kegagalan jantung. Mereka yang menngambil ubata-ubatan tertentu juga boleh mengalami kekurangan Vitamin B6 yang kronik.

Sumber utama vitamin B6 termasuk bijirin, kekacang, sayur-sayuran (lobak merah, bayam, kacang, dan kentang), susu, keju, telur, ikan, hati, daging, dan tepung. Bagaimanapun vitamin ini senang hilang ketika proses memasak. Memasak terlalu lama akan mengurangkan zat Vitamin B6. Cara memasak dengan mengukus menghilangkan 10-20% , ini lebih baik dari memasak merebus atau reneh. 

 Fungsi Vitamin B6


Penghasilan sel darah merah 

Hemoglobin adalah  protein kompleks yang terdapat dalam sel-sel darah merah, dan salah satu peranan utamanya adalah untuk membantu membawa oksigen ke seluruh tubuh. Heme satu bahagian utama molekul hemoglobin dan pengeluaran awal heme dalam badan memerlukan kehadiran vitamin B6. (Walaupun pengeluaran heme boleh berlaku di pelbagai tempat di seluruh badan, tempat-tempat yang utama melibatkan hati dan tulang sum-sum.)

Metabolisma Karbohidrat

Vitamin B6 yang terlibat di beberapa langkah-langkah dalam metabolisme karbohidrat. Khususnya, enzim yang menarik karbohidrat daripada simpanan di dalam sel (dalam bentuk molekul yang dikenali sebagai Glikogen) .Pecahan karbohidrat adalah satu proses yang berterusan yang berlaku dalam badan kita sepanjang hari untuk membantu mengekalkan tahap tenaga fizikal.

Fungsi otak dan kesihatan sistem saraf. Vitamin B6 adalah salah satu daripada beberapa vitamin B yang diperlukan untuk proses penghantaran masej dalam sistem saraf dan otak ianya dipanggil neurotransmitter. Tiga neurotransmitter-utama iaitu GABA, dopamin dan serotonin semua memerlukan vitamin B6 untuk sintesis.  

Vitamin B6 yang mencukupi dapat menghasilkan Serotonin
aitu salah satu neurotransmitter, serotonin membantu untuk menyampaikan mesej dari satu bahagian otak yang lain. Oleh kerana pengedaran sel yang luas, ia dipercayai mempengaruhi pelbagai fungsi tubuh psikologi dan lain-lain. Kira-kira 40 juta sel-sel otak, yang dipengaruhi sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh serotonin. Ini termasuk sel-sel otak yang berkaitan dengan perasaan, keinginan seksual dan fungsi, selera makan, tidur, daya ingatan dan pembelajaran, peraturan suhu, dan beberapa tingkah laku sosial.

Dari segi fungsi badan kita, serotonin juga boleh menjejaskan fungsi sistem  kardiovaskular, otot, dan pelbagai elemen dalam sistem endokrin. Para penyelidik juga mendapati bukti bahawa serotonin boleh memainkan peranan dalam mengawal selia pengeluaran susu dalam payudara, dan bahawa kecacatan dalam rangkaian serotonin yang boleh menjadi salah satu penyebab SIDS (Sindrom Kematian Bayi mengejut

Lain-lain Peranan Sokongan Kesihatan

Tahaphomosistein asid amino yang tinggi dalam darah boleh menjadi faktor risiko untuk penyakit jantung. Mengambil makanan tambahan vitamin B6 dengan vitamin B lain (asid folik dan vitamin B12) telah terbukti berkesan untuk merendahkan tahap homocysteine​​.

Vitamin B6 telah dikaji untuk rawatan pelbagai keadaan, termasuk anemia (rendah sel darah merah), kekurangan vitamin B6, sawan tertentu dalam bayi yang baru lahir, dan kesan sampingan cycloserine dadah


Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin B6 adalah B-Complex with Folic Acid dan Shaklee Collagen Powder.

Sep 26, 2014

Biarkan ianya kebuluran.

Apa yang kebuluran tu? Ini adalah penerangan tentang video yang saya kongsikan pada post lepas. Banyak kali dengar pun agak sukar nak faham sebab term-term dan kelajuan beliau menerangakan. Mujur ada my mentor Puteri Yusof yang dah berdiskusi dengan seorang teman kami di PAF meringkaskan apa yang diperkatakan oleh Dr.Li.

Term2 yang banyak digunakan adalah seperti berikut..so kita fahami dulu ape maksudnya.
  • Blood vessel = salur darah
  • Angiogenesis = proses pembentukan salur darah
  • Inhibitors = penyekat proses pembentukan salur darah
  • Stimulators = merangsang proses pembentukan salur darah
====================================================================
  1. Pembentukan salur darah kita ni sangat magical, ianya boleh dirangsang dan disekat bila diperlukan. Contoh, bila kita luka di bahagian kulit, proses pembentukan salur darah akan dirangsang untuk baiki luka tersebut. Dan bila luka dan sembuh, pembentukan salur darah disekat jadi sebab dah cukup tugasnya untuk perbaiki tisu kulit kita. Sepanjang kita hidup, proses ini sentiasa mencari keseimbangan untuk rangsangan atau sekatan. Kita tidak mahu ada terlalu banyak salur darah, atau terlalu sedikit salur darah. Badan yang sihat perlu seimbang.
  2. Masalah2 yang berkaitan dengan masalah salur darah yang terlalu sedikit termasuklah luka lambat sembuh, penyakit jantung, strok, pre-eclampsia, rambut gugur, erectile dysfunction. Maknanya badan tak boleh nak ransang pembentukan salur darah, jadi dapat lah masalah2 kesihatan ni. 
  3. Masalah2 yang berkaitan dengan masalah salur darah yang terlalu banyak termasuklah cancer, psirosis, buta, athritis, endeometriosis, Alzheimers, obesiti etc. Maknanya badan tak boleh nak kawal pembentukan salur darah, jadi dapatlah masalah2 kesihatan ni. 
  4. Dan lebih menakutkan ialah, ketidakseimbangan ini (terlalu kurang atau terlalu banyak salur darah) 30-35% disebabkan oleh diet kita seharian. Dan dalam video ini Dr. Li menekankan bagaimana diet boleh menyebabkan kita dapat cancer dan kita sebenarnya memang "beri makan" sel kanser setiap hari, dan sel kanser pun membiak dan semakin "sihat" dalam badan kita. 
  5. Dalam badan kita memang terdapat sel kanser, dan semakin kita tua, semakin mudah sel kanser dalam badan ditemui. Yang membezakan samada ia boleh jadi penyakit ialah cara diet kita seharian. Adakah kita makan untuk bagi sel kanser sihat, atau kita makan untuk bagi sel kanser kita kebulur? 
  6. Dalam video ini Dr. Li beri contoh salah satu sumber makanan yang boleh membantu masalah ketidakseimbangan dalam proses pembentukan salur darah kita (imbalance in angiogenesis), ialah makanan2 yang ada sumber RESVERATROL yang tinggi, seperti anggur merah. Dan ia boleh menyekat ketidakseimbangan (dalam hal kanser, terlebih pembentukan salur darah) tersebut sebanyak 60%! Begitu juga dengan strawberries dan extract soya bean. 
  7. Senarai makanan lain yang boleh kita makan untuk memastikan sel kanser kita "kebuluran" termasuklah blackberries, raspberreis, blueberries, oranges, grapefruit, lemons, apples, pineapples, cherries, red wine, bok choy, kale, soy beans, ginseng, maitake mushrooms, licorice, turmeric, nutmeg, artichokes, pumpkin, sea cucumber, tuna, parsley, garlic, tomato, olive oil, grape seed oil, dark chocolatedan sebagainya.
  8.  Bila kita asyik dengan makanan2 yang tidak elok, kita makin bagi sel kanser sihat, lama- lama salur darah kita tidak seimbang lagi, ia akan terlebih- lebih (bayangkan ia berakar tanpa henti), jadi makin banyak lah laluan makanan ke sel kanser tersebut
 Kesimpulannya:
Kita perlu semak balik apa yang kita makan. Sama ada ianya memberi makan kepada sel kanser dan menyihtakannya didalam badan kita atau kita membiarkan ianya kebuluran. Jika anda pengguna VIVIX Shaklee anda bertuah kerana Vivix  paling tinggi untuk kandungan resveratrol daripada muscadine grapes bukan sekadar awet muda, tapi kita sedang berusaha mengkebelurkan sel kanser yang sememangnya ada dalam badan. 
ps: info diolah dari http://puteriandrichfriends.blogspot.com/2014/09/jangan-beri-makan-kepada-sel-kanser-anda.html 

Sep 24, 2014

WW : Pemakanan lumpuhkan KANSER







 Can we eat to starve cancer? - William Li .

Sep 23, 2014

Segarnya! : Resipi Detox Drink

Lemon + Timun + Pudina
Tembikai + Timun + Pudina

Tembikai/ Timun:
Tembikai membantu tubuh mengepam keluar toksin kerana ia mengandungi citrulline sebatian organik,yang merupakan asid amino yang  membantu  hati dan buah pinggang menapis dan menyingkirkan ammonia.Ammonia datang dalam bentuk luaran, dan terhasil dari protein yang tubuh kita bakar untuk tenaga dan ia nya juga merosakkan sel-sel kita . 
Timun juga mengandungi citrulline , tetapi tidak sebanyak tembikai Tembikai juga boleh merangsang fungsi hati secara keseluruhan.

Lemon/ Limau:
Lemon atau jus limau membantu merangsang dan mengawal saluran pencernaan (membantu simptom sembelit, pedih ulu hati dan gas), merangsang pengeluaran hempedu, dan menipis hempedu, yang membolehkan ia dibuang dengan lebih mudah. Hempedu dihasilkan oleh hati dan berakhir di usus kecil untuk memecahkan lipid (lemak) yang telah digunakan.

Pudina: 
Daun pudina untuk memberikan rasa segar. Selain itu, ia boleh membantu anda mencerna dengan lebih berkesan, meningkatkan aliran hempedu dari hati, untuk pundi hempedu, ke usus kecil, di mana ia memecah lemak . Mint juga membantu otot perut lebih relax.
Cara-cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dengan 1:1 . 1 liter air dengan 1 bahagian setiap bahan. Pastu simpan semalaman dalam peti sejuk. Esok pepagi boleh minum Segar gitu.

ps: kalau suka boleh tambah strawberry atau adik beradik berry  yang lain sebab tingi antioksida dan halia yang kita semua tahu boleh buang angin.hehe.. 

SELAMAT MENCUBA! Bila dah menyahtoksin ni baru lah segala  nutrisi vitamin yang kita ambil sehrian dapat diserap secara optimum.
 

Sep 22, 2014

Raifa 1 tahun 20 hari : Semakin bijak

Hi.. Raifa Rakhiya.. tenag setenang namanya. Dah setahun 3 September lepas tapi masih belum berjalan. Gaya mula nak jalan tu ada dok tertonggeng-tonggeng tapi bila soh bertatih tak mahu. Jalan gak lah kalau dipimpin itu pun 2-3 langkah. Ibu dah excited keluarkan walk and play abang dulu tapi takut pulak sebab benda tu laju. raifa lak masih tak pandai seimbangkan badan.mau tergolek kebelakang.

Dalam tak pandai jalan lagi tu bab memanjat Raifa memang champion. Masa bawa die jumpa doktor masa genap setahun tu, dengan slumber die hulur kaki panjat meja doktor. Uishh adik Raifa awak tu gegirl ok. Sekarang hobi terbaru panjat kerusi untuk intai kengkawan anak-anak sepupu kita kat rumah sebelah. Siap memanggil-manggil walau takde pun abang kakak kat luar tu. Pantang ada bunyi motor ke kertea lalu kelam kabut die nak panjat mengitai.

Dah faham gak bila orang baca bismillah cecepat die angkat tangan sapu muka terus aminkan. Kalau dengar azan kat tv pun die cecepat angkat tangan. Alhamdulillah happy ibu tengok perkembangan yang satu ni. At least adik Raifa dah kenal adab bila berdoa dan azan kan. Mesti die belajar tiap kali ibu nak suap abang makan baca doa kuat-kuat dan suruh Raifa join sekali.

Raifa ni lebih tekun sikit kalau bermain. Maybe fokus dak perempuan lain kot dengan lelaki. Kalau time main blok die mesti lagi cepat dari abang..kekadang dah siap die membina die kacau pula abang punya.hehe...kuat menyakat dak Raifa ni. Lagi abang marah lagi seronok die kacau. Yes memang dah pandai gaduh. Berebut ikut kalau mood baik selalu die menang sebab die akan rebut habis-habisan sampai abang mengalah. Tapi kalau kena mood tak baik berebut sikit terus melalak. Pening gak bila dah pandai berebut ni tapi selalu ibu suka tengok diorg gitu..jahat kan ibu...

Orang kata bila anak sulung lelaki anak kedua perempuan si adik mesti follow je abang die buat. Itulah Raifa sekarang. tu yang jadi punca perebutan tu. kekadang die nak main je tapi abang dah memang tak boleh berkongsinye oarang.. memang berebutlah jadinya. Semualah apa abang buat die pun buat. Idola sangat dah abangnye tu. Bangun tidur memang terus bergolek ke abang.

Alhamdulillah tu la sikit cerita si Raifa ni..ahh! gigi ada 6 batang baru pandai menggigit..seriau je time menyusu. selalu time die nak terlelap atau tengah menyusu abang kacau kompom menggigit. Semoga Raifa jadi anak sihat dan solehah. 

ps: orang tua-tua kata kalau nak adik beradik rapat simpan tali pusat diorang dalam satu bekas. wallhualam..

Sep 21, 2014

Peratusan kehilangan Kolagen mengikut umur.

APA ITU KOLAGEN?
Kolagen adalah protein yang unik untuk memperbaharui sel-sel dalam pembentukan rambut , kulit , kuku , mata , gigi, tulang rawan , tulang, tendon , organ , arteri, saluran darah, hemoglobin , sel-sel imun dan sistem imun. 

Kolagen bertanggungjawab untuk 80% daripada semua tisu penghubung dan 75% daripada kulit. Sebab tu pengambilan kolagen selalu dikaitan dengan kecantikan kulit.Kolagen, apabila dihidrolisiskan kepada molekul-molekul yang lebih kecil bagi memudahkan penyerapan dan digabungkan dengan jumlah yang cukup vitamin C dan asid amino tertentu.

Ok nak share graph yang kita jumapa ni.Graf ni tunjuk paras kolagen menurun ketika umur kita 30 tahun sebanyak 1.5%. Jadi dari usia kita 30 ke 40 tahun peratusan kekurangan kolagen adalah 15%. Wah tinggi tu. Kalau tak di tambah dengan pengambilan makanan tambahan tu yang ada masalah kulit berjeragat, kedutan halus tepi mata. Ini kesan yang paling ketara yang kita akan nampak.

Bila dilihat ramai tak mengambil kira sanagt kekurangan kolagen ni sebab konon ikut lumrah alam untuk merasa tua. Tapi perlu diingat 80% dari tubuh kita memerlukan kolagen kerana kolagen adalah sumber protein yang penting untuk pembentukan sel dan otot. kiranya kekurangan kolagen akan memberi kesan kepada keseluruhan fungsi tubuh. 

Badan kita boleh menghasilkan 28 jenis kolagen dengan sendirinya setiap hari kerana badan kita memerlukannya. Bagaimanapun kekurangan nutrisi seperti Vitamin C yang merangsang penghasilan kolagen dan Asid amino boleh menyebabkan kolagen ini tidak dapat dibentuk. 

Kelebihan bahan-bahan yang terkandung dalam Shaklee Collagen Powder:

Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal

Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir bg sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidak selesaan mata

Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen

Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan

Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,

Vitamin c: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.

Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.


Rinie Borhan
SID 919511
0126278520 sms/wapp




Sep 20, 2014

Berapa kerap anda membersihkan mainan anak-anak?

Wah entry sekarang mak-mak sangat kan. Berapa kerap eak korang bersihkan mainan anak-anak? Kita ni tak lah rajin tiap minggu dok bersihkan tapi sebab sekarang ni Raifa dalam fasa memasukkan semua benda dalam mulut nak tak nak memang kena rajin gak cuci.Tu belum lagi bola yang abang dok usung kejap main kat ruang tamu kejap main kat dapur kang tetiba tengok ada kat luar rumah pula.

Terbayang kuman yang dok berpesta ria kat mainan anak-anak tu. Kita tak basuh setiap minggu kecuali walker dan kerusi makan tu memang kena bersihkan setiap hari dan basuh setiap minggu. Mau tak nya tu memang tempat Raifa buat uji kaji apa kegunaan makanan selain masuk kan dalam mulut. Boleh hilang tak kalau gesek, lenyek kat walker / kerusi makan die.

Sebenarnya pada kita kekerapan tu tak penting, asal nampak kotor kita basuh kan tapi apa sabun yang kita gunakan tu penting. Pilih yang semulajadi, mesra alam dan bebas toksik. ye lah kita selalu cakap toksik dari pemakanan tetapi tak tengok bahan pencuci kita juga mengandungi toksik yang boleh menyerap melalui kulit. Ni kan pula nak dok pegang hari-hari dan isap2 kan.

Kita pernah tengok serbuk pencuci khas untuk bersihkan peralatan dan toys anak-anak ni. Harganya memang agak mahal . Yang buat leceh tu sabun basuh baju lain, basuh toys lain..kang nak mop lantai lain. tu baru anak-anak punya, mak pak dan ahli keluarga lain lagi. Uish sabun je dah makan kos nak membeli.

Jadi , solusinye kita cari bahan pencuci yang multipurpose dan mesra alam. bukan je selamat untuk anak-anak selamat gak untuk seluruh ahli keluarga.Kegunaan pun menyeluruh kan ke senang gitu. Jadi kita pun pilih Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dari Shaklee ni. 

Dulu kita gunakan pencuci antiseptic yang ada dipasaran tu tapi bila ada Basic H2 ni rasa lebih lembut dan tak ada bau yang kuat jadi kita pun tukar lah. Kelebihan Basic H2 ni ianya di perbuat dari bahan semula jadi iaitu ianya diekstrak daripada jagung dan kelapa tanpa bahan kimia berbahaya. Satu lagi yang kita suka sebab senang nk hilangkan kesan tumpahan susu. Rizq ni suka sangat tumpahkan susu kekadang habis kat mega blok die bersusu, kita just rendamkan blok-blok die dengan air dan letak setitik je Basic H2 nak letak lebih pun boleh. cuma kalau banyak akan berbuih la..

Untuk kotoran pada walker dan kerusi makan kita just gunak water spray tu..letak 1/4 sudu teh Basic H2. setiap kali nak bersihkan kita just spray dan lap. Basic H2 ni tak perlu bilas dan tak melekit pun. even skang kalau ada semut kat mainan anak-anak kita sembur dengan bancuhan Basic H2 tak guna dah penyembur aerosol tu. Sambil bunuh semut sambil membersih skali.. Serbaguna sangat kan.

Ini info tentang Basic H2 yang korang kena tahu.
========================================================================
Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!

Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam     
 =======================================================================
Shaklee ada juga rangkaian bahan pembersihan rumah yang lain boleh tengok entry kita yang lepas
Harga Basic H2 RM 46 sahaja. tahan berbulan gak lah. memang berbaloi. nak lagi berbaloi PM kita kakn cerita kelebihan membeli dengan harga ahli.

0126278520 sms/wapp
Rini Borhan.
SID : 919511

Sep 19, 2014

Produk penjagaan rumah yang selamat dan berkesan.




Kalau kita pergi ke pasaraya pergi bahagian bahan pencuci pelbagai jenama ada. Biasanya kita akan tengok jenama pilihan then mesti cari yang paling wangi. Kalau boleh nak try satu-satu..Kalau shopping barang rumah kena lak sabun basuh baju habis dan sabun-asabun lain pun dah tinggal sikit minta di beli yang baru. Mahunya kita pitam kan nak bau semua. Haha..berbuih mulut gitu.


Kita pun camtu gak tapi setiap kali nak beli sabun kita teringat cikgu kimia pesan sebenarnya sabun yang paling wangi adalah yang kita hidu tak berbau wangi. Maksudnya kita bau cam ubat gitu pahit-pahit kelat. Kalau tak percaya cuba bau sabun TOPS  baunya tak sedap tapi bila dah siap basuh baunya memang wangi kekal lama tak bau kepan cer try sabun yang wangi semerbak lepas basuh..bau wanginya tak kekal bila kain dah kering.

Bau wangi pilihan kan tapi tanpa kita sedar kebanyakkan bahan pencuci di pasaran mengandungi toksin yang boleh diserap kulit terutama bahan pencuci serbaguna kerana ianya berkepekatan tinggi. Banyak lagi toksin berbahaya dalam serbuk pencuci seperti pelarut organik seperti BUTYL CELLOSOLVE merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.MORPHOLINE, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggangdan pencuci cermin  mengandungi AMMONIA sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk pula mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.

Jadi keutamaan kita dalah pilih bahan pencuci yang selamat, berkesan dan mesra alam. Rangkaian Produk Pencuci Shaklee menepati 3 kriteria ini.

Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate

  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.

Dish Wash Concentrate

  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki 

Fresh Laundry Concentrate

  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri

Soft Fabric Concentrate

  • Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
  • Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan
Keunikan dan kelebihan rangkaian produk pencuci Shaklee berbanding produk lain kerana ianya SELAMAT dan MESRA ALAM :

Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang asli (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate : RM 64
Fresh Laundry Concentrate                                : RM 80
Dish Wash Concentrate                                        : RM28
Soft Fabric Concentrate                                       :RM40
Get-Clean Home Care System                             :RM 194


Dapatkan sekarang dan mendaftar sebagai ahli untuk lebih kelebihan.
Hubungi saya SID anda
Rini Borhan 0126278520 sms/wapp
 

Sep 18, 2014

Penjagaan Luka Bersalin .

Bila tahu kita mengandung seronok kan. Kena pula yang gap anak jejauh..lama tak bau baby. Teruja kan.. aha! tapi ada juga kalangan kawan kita yang rasa serik bila memikirkan saat kelahiran. Antara sebab pengalaman kelahiran yang lepas atau kalau yang baru anak pertama dok banyak sangat baca pengalaman orang bersalin. Kalau yang lagi berani dok tengok video bersalin kat youtube.

Pengalaman bersalin kita lahirkan Rizq dan Raifa memang berbeza. Dah sorang keluar ikut pintu sorang keluar ikut tingkap. Dah terang-terang lain lah pengalamannya. Ok nak cerita tentang luka bersalin ni. Kita tahu bersalin normal dan Czer je kan.. Sebenarnya bila kita bersalin normal luka yang dialami tidak sama. Ada darjah ukuran setiap luka samada ianya koyak semulajadi atau episiotomy ( kena gunting). Sebab tu kita tak boleh nak cakap ala ko bersalin normal sekejap je tu sakitnya. Lainlah kalau bersalin melalui pembedahan.

Luka perineal ada 4 darjah. ok yang ni kita copy je dari Wikipedia. Nak translate macam complicated lak. Wikipedia kata:

 ========================================================================
Perineal tear classification is a system used to quantify the severity of trauma to the perineum during vaginal childbirth. Delivery may lead to overstretching of the vagina, causing tears in the perineal tissue between the vagina and rectum.

Lacerations are classified into four categories:
  • First-degree tear: laceration is limited to the fourchette and superficial perineal skin or vaginal mucosa
  • Second-degree tear: laceration extends beyond fourchette, perineal skin and vaginal mucosa to perineal muscles and fascia, but not the anal sphincter
  • Third-degree tear: fourchette, perineal skin, vaginal mucosa, muscles, and anal sphincter are torn; third-degree tears may be further subdivided into three subcategories:[3]
    • 3a: partial tear of the external anal sphincter involving less than 50% thickness
    • 3b: greater than 50% tear of the external anal sphincter
    • 3c: internal sphincter is torn
  • Fourth-degree tear: fourchette, perineal skin, vaginal mucosa, muscles, anal sphincter, and rectal mucosa are torn.   
=========================================================================

Ok masa kita bersalin kita kena 3rd degree tear. Puncanya doktor buat episiotomy time tengah teran. Dah kau anak memang meluncur laju. Sudahnya kena repai kat OT. 2 jam gak lah baru selesai. Keluar tu Rizq pun dah selamat disusukan dengan susu formula. Jadi penjagaan luka samada kelahiran normal atau pembedahan sama sahaj cuma jika luka perinial darjah pertama lebih mudah di jaga kerana hanya lapisan tisu yang koyak bukan otot.

Semasa pantang saya mengambil set berpantang Shaklee yang terdiri daripada ESP, B Complex, Vitalea, Vitamin C dan Zinc Complex. Bagaimana kesemua vitamin ini mebantu pemulihan luka saya dengan baik dan cepat. Pengamalan SET PANTANG ini bukan sahaja memulihkan luka bersalin tetapi juga membantu pemulihan dalaman dan pengecutan rahim. Tak perlu jamu-jamu dah.


ESP: membekalkan protein yang mana merupakan makan untuk sel. Otot-otot kita terdiri dari sel. Jadi luka pada otot perinial dapat dipulihkan kerana sel sihat dihasilkan setiap hari.

B Complex : membekalkan vitamin Bmemulihkan kesihatan saraf dan memberi tenaga serta menjaga "mood" selepas melahirkan.

Vitalea: Multivitamin yang diperkaya dengan zat besi juga  untuk menghasilkan sel darah merah. Kita banyak kehilangan darah semasa proses kelahiran.


Vitamin C : Tingkatkan imun supaya luka tidak dijangkiti. Ianya membantu penghasilan kolagen  jadi parut pun tak lah teruk

Zinc Complex: Kandungan zinc ini membantu proses penyembuhan luka lebih cepat. Semasa berpantang Raifa kita ambil Zinc memang cepat luka pembedahan baik. dalam seminggu luka dah kering dan luka rata je tak ada timbul-timbul ( keloid).

Sep 17, 2014

Taman Burung Kuala Lumpur.

Selamat Hari Malaysia!

Ye hari Malaysia 16 September. Aha! kemana kita cuti hari malaysia? Kena pula tahun ni cuti hari Malaysia pada cuti sekolah, senang mak ayah nak bawa pergi jalan tak perlu mohon cuti ye dak? Ni nak share ni, kita pepagi dok mikior nak kemana eak sebab cuti 1 hari je. Nak pilih tempat yang dekat dan boleh beraktiviti sambil belajar dengan Rizq dan Raifa. Bosan dah asik bawa diorang jejalan kat shopping mall je. sudahnya ibu TERshopping..haha..

Tetiba muncul dalam kepala TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR. dekat dengan office selalu kalau keluar lunch dok tengok je taman burung tu. Memula En.suami reject idea ni sebab katanya Rizq mana suka burung die suka ikan. Ala dalam taman burung ni ade ikan gak, lagipun sampi bila nak bagi die tengok ikan je bagilah kenal binatang lain pula.

Oleh kerana plan last minit bertolak pun agak lambat kol 12 baru gerak dari rumah. Ok ni satu drama dalam perjalanan anak-anak tidur pula tu pun tertidur bila dah dekat nak sampi. Maka mood memasing pun swing-swing..Rizq lah yang moody Raifa ok je,,jap je dah ok. So peringatan untuk diri sendiri, kalau nak palan pape fikirkan gak waktu-waktu tidur rehat anak. Kalau tak kita juga yang susah..Lelagi kalau anak kecik berderet yer.

Taman Burung Kuala Lumpur ni di buka dari Jam 9pg hingga 6 petang. Ada lebih 3000 spesis burung yang berterbanga secara bebas. Bilangan tu menurut penerangan dalam web rasminya lah, tapi memang banyak pun burung cuma spesis setiap zon cam sama je kita tengok. Oleh kerana Rizq baru bangun tidur kita ngan En. Suami je lah yang excited..mau tak excited masuk-masuk merak dok iring kitorang masuk. Owh! adik Raifa pun teruja dok jerit-jerit je.

Bayaran masuk so far oklah, berpatutan sebab kawasan sangat luas. Banyak aktiviti nak berbalaoi tunggu lah birdshow pukul 12.30 dan 3.30 petang setiap hari. Ada gak lah aktiviti lain cam demo bagi helang makan, yang tu kitorang tak tunggu..so bayaran masuk seperti berikut:

Nak dijadikan cerita kitorang bawa anak abang 2 orang..boleh pula en. suami beli 2 tiket kanak-kanak padahal kakak dah tingkatan 2. Mujur akak kecik so lepas. Seharian lah kami dalam tu dari pukul 1 ptg sampailah 4 petang. Tu pun Rizq tak nak balik sebab die baru seronok jumpa playground. Playground tu kat area bird show tu so abang akid ngan kakak izzah layan birdshow, ibu layan adik Raifa yang nak tidur, ayah terpaksa layan Rizq main gelongsor buaian. Jadi semua pulang dengan happy.


Seronok juga beraktiviti camni sekali sekala . Berpeluh-peluh kita berjalan, kitorang memang round semua 4 zon dalam taman tu. Bayangkan luas taman burung tu 20.9 ekar. Mau tak peluh ketiak, owh mujur cuaca tak panas sangat. Balik rumah ibu dah standby nak telan Ostematrix dan Omega Guard.

Vitamin ni memang untuk kesihatan tulang dan sendi:

Ostematrix: membekalkan kalsium dan memeberikan tidur yang lena.Lengkap dengan Vitamin D dan Magnesium yang membantu tulang menyerap kalsium denga optimum. jadi tulang kuat dan sihat.

Omega Guard : Mengurangkan simptom rengsa atau rasa ketegangan. Tak adalah tidur malam tu cramp kaki.

Sesiapa yang tak tahu nak kemana hujung minggu jom kita ke Taman Burung Kuala Lumpur. Untuk lebih info boleh ke laman web : http://klbirdpark.com




Sep 16, 2014

WW : Sweet enough Challenge

Jom follow IG @sweet_enough_challenge. Setiap hari kami akan kongsikan info tentang GULA. Jom kurangkan pengambilan gula seharian anda.

Boleh juga ikut cabaran 14 hari tanpa gula kami ni. Berani? Bayangkan sarapan pagi tanpa TEH TARIK. 

Sakit pinggang : Reput tulang.

Eh! kenapa cerita sakit pinggang.. reput tulang cam orang tua. Ohoi dah 30 tahun kot takkan muda lagi. Sebenarnya sakit pinggang bila bangun pagi sebab mengiring menyusukan si cantik manis Raifa tu. Raifa masih bangun setiap 1-2 jam tuk menyusu. Masa Raifa dah 6 bulan baru kita pandai susukan die sambil baring ni. Kalau masa dalam pantang sehingga 6 bulan tu memang lah bangun duduk bangun duduk susukan dia.


Kekadang rasa macam baru letak baring tak sempat nk luruskan tulang belakang lagi Raifa dah menangis lagi. Rasanya dilema ibu menyusu badan kot ni..k kita sorang rasa camni. Ibu menyusu ni memelerkuan 1300mg-1500mg kalsium setiap hari. Kalu kurang tu yang boleh kramp kaki..sakit pinggang oatau reput tulang cam aziz satar dalam cerita bujang lapuk..krukk krakkk kukkk krakk bunyi tulang..haha..

 
Pastu memuda gigi luruh.. banyang muka cantik badan slim sengih uishh gigi tak dak!.Jadi untuk memenuhi keperluan kalsium kita perlu tambah makanan membekalkan kalsiaum. yang paling sinonim ngan kita adalah SUSU. aha1 bab susu ni lah yang lemah. memang payah sangat nk minum.

Jadi untuk melengkapkan nutrisi dalam diet harian kita ambil Pil Kalsium OSTEMATRIX Shaklee. Kenapa Ostematrix padahal bersepah pil kalsium kat farmasi ada beza ke? Yup .. selain semulajadi dan selamat Ostematrix ada juga kandungan VITAMIN D dan Magnesium. Apa fungsi kedua vitamin ni pula. Kedua ni lah yang membantu penyerapan KALSIUM ke dalam tulang dengan lebih maksimum. Cam kita ambil susu setiap hari ada ke kita lengkapkan sekali denga 2 vitamin ni? Jadi berapa % kalsium yang dapat di serap.


4 biji Ostematrix sehari membekalkan 1000mg kalsium. Jadi kita gak ambil ESP .. ESP pula mengandungi 500mg kalsium dalam satu hidangan (3 sudu ESP) Jadi total seharian kita dapat dah 1500mg kalsium.

Ahamdulillah sejak mengamalkan OSTEMATRIX dan ESP ni masalah lenguh sendi sakit pinggang dapat di atasi. yang lebih mengujakan susu pun makin meriah. Ye lah susu tu pun memebekalkan kalsium kat anak kita., bila kalsium dalam badan kita cukup maka hasil susu pun memberangsangkan lah. ostematrix ni memang terkenal dengan tagline " bukan sekadar kalsium".

Nak order Ostematrix dan ESP boleh hubungi kita. Nak dapat harga best nanti kita explain kelebihan menjadi ahli. 0126278520 sms/wapp.

Sep 14, 2014

Selamat hari Jadi Raifa Rakhiya

Sebenarnya dah lepas dah hari jadi Raifa. Raifa lahir 3 September 2013. Yeay! Alhamdulillah adik dah setahun. membesar dengan sihat dan bijak. Ibu baru nak cerita sebab baru je celeb birthday adik hujung minggu aritu. Sorry adik tak ada majlis kat luar macam birthday abang, tapi tak apa kita wat birthday adik sekali ngan abg eshan. Meriah! makan lak disediakan dengan penuh kasih sayang oleh Uwan. Sedap adik layan segala menu kan. 




Sempena hari lahir Raifa ni nak mengimbau lah detik kelahiran RAIFA RAKHIYA BINTI NORAZREEN. Adik lahir pada 3 September 2013 ohoii..ibu tak ingat pukul berapa..haha..dah setahun baru nak mengimbau kan kekdahnye. adik lahir emergency czer atas nasihat doktor masa tu dah bukaan 5 cm..ibu yakin je boleh bersalin normal. Tapi masa doktor datang consult tu die explain kenapa  kena czer barulah ibu akur.

Bersalin adik ni rasanya lebih tenang sebab kekonon dah ada pengalaman kan. Pagi 2 Sept tu sempat lagi bagi taklimat pada pelajar baru. Turun pentas terus ke toilet sebab terasa senak kan. tengok dah ada spot. Ok tenang sangat kekonon asuk opis telan B Complex tak tau ape kena mengena nya tapi masa tu fikir nak elak stress. haha.. wapp kengkawan PAF.. baru teringat nka wapp ayah @ en.suami.

Pergi hospital baru 2 cm bukaan, dah agak dah memang ingat nak gi lambat-lambat tapi sebab GDM ikut jelah pesan doktor ada tanda terus datang hospital. Jangan nak amik risiko sangat degil pesan doktor kan. dah tu merasa la selukan padu doktor. Eh boleh pulak kan doktor pelatih datang cakap nak check lagi sekali bukaan. of course lah tak bagi kan.

Then tunggu lah bukaan seterusnya. Alhamdulillah kali ni dapat layan kontraksi dengan tenang. takdelah sakit sangat sebab baru buka sikit atau sebab dah lali atau sebab telan B Complex pagi tadi. Konpius..haha.. Ayah kata nak gi opis amik GL ibu ok je tapi separuh jalan ayah gi kena patah balik sebab doktor nak jumpa. Doktor nak bincang yang ibu di cadangkan untuk czer.

Masa lahirkan Rizq ibu lahirkan normal tapi 3rd degree tear, so doc check baru 1 tahun ++ luka tu. Diorang takut luka tu terjadi balik dan lagi parah tak boleh di repair  (amboi cam mesin basuh lak nak  main repair2) Doktor bagi masa berbincang, so akirnya kami ikut cadangan doktor sebab terbayang doktor cakap " nanti awak muda2 dah kena pakai pampers tak terasa nak kencing berak" Choii!! mestilah ibu takutkan.

Alhamdulillah setelah melayang tingtong dalam OT. Bau daging salai bila perut di hiris..dengar doktor, nurse, pakar bius wat story telling yang kekadang cam nyampah, Lahirlah si Cantik Manis puteri ibu.


Tepat 7 hari baru dapat nama RAIFA RAKHIYA ni setelah puas berdrama swasta ngan ayah sebab die reject nama yang ibu pilih Rania Raisyah. kalau tak lebih kurang nama Felixia Yap..haha..Apa makna RAIFA RAKHIYA?Maknanya yang penyayang yang tenang. Ibu pilih dari Group FB Nam-nama Indah yang Bermakna. Nama dalam ni semua dari bahasa arab. so sesiapa nak cari nama anak boleh cari kat sini eak.

Sekarang dah setahun adik dah pandai memacam.. asik melekat dengan ibu. masih tak nak berjalan tapi galak memanjat.ape abang buat semua nak ditiru. Pening tapi bahagia sangat rasa. adik sesatu bunga dikalangan jejaka bila balik Seremban. Tapi tak mahu ikut orang..payah benar.


Gambar dengan atuk & wan..tengok saya dia apit oleh jejaka-jejaka kacak.





Sep 12, 2014

Samsung Premium Care & Experience Centre : Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara

Ini cerita rentetan dari kisah Hp ibu yang rosak. Dijadikan cerita survey rege screen sana sini dalam RM 600++ termasuk workmanship. Jadi bincang dengan En.Suami kita tukar kat Samsung Service Centre je lah. Sebab akak ipor dah penah tukar kat sana. Puas hati dah tentu spare part tu ori kan. Dah tu die kena RM100 je.

So yang kitorang tau Samsung Service tu kat PJ. sebelah federal highway tu. Kat deretan kedai kereta-kereta mewah. So jumaat dari Hospital Sungai Buloh gigih terus ke sana. Alang-alang dah cuti kan. Dah lah nak masuk tu jam, federal pun memang setiap masa penuh kereta..tup..tup..dah TUTUP diorang dah pindah ke Mutiara Damansara. Adoiii..dah lah plannya lepas gi sini nak ke The Curve, kalau tahu awal-awal tak lah pusing-pusing gini.

 Samsung Premium Care & Experience Centre ni terletak kat tingkat 2 Wisma Bentley Music. Depan TESCO Mutiara Damsara je. Memang besar dan best. Husband kata atas bawah ade LCD Screen. Nak bawa anak-anak pun ok sebab tak ramai orang dan ade Tab3 Kids tuk diorg explore. Kaunter service pun tiptop pantas dan friendly sangat.

Hantar repair kalau ada stok spare part boleh terus hantar repair tunggu dalam 1 jam. 1 jam tu korang leh je pusing-pusing dalam ni..main cuba segala gadget atau boleh je gi The Curve ke..IKEa ke..dekat area2 tu je.


pic credit : rasakalbu.blogspot
Ok pasni boleh terus gi sini kalau ade prob ngan SAMSUNG Produk. Gerenti..Puashati... Ini berita masa pembukaan  Samsung Premium Care & Experience Centre

Sep 11, 2014

Duniaku tanpa Telefon Bimbit

haha tajuk tak menahan drama sangat kan. Kalau tak nak letak tajuk Gelap..punah hidupku tanpa Android. Drama tapi nampak gadgetnism sikt..sesuka je wat term sendiri. marah dewan bahasa dan pustaka nanti

oit sudahlah merepek ni nak cerita tanpa HP ni. Biasalah kalau HP share ngan anak kan. Kecai berderai tu memang tak dapat dielakkan. Mulanya HP tu ade cover dah hancur barai di kerjakan dek Rizq. Baru berniat nak beli petang tu sebab kat depan office ade karnival Gadget, tapi belum sempat mentara tunggu husband sampi HP terhempas kat jalan masa turunkan Rizq dari kereta. Kalau Crack je ibu tak kisha pun ni tahap tak boleh guna dah touch screen tu..lumpuh separuh screen

Kejadian hari Jumaat. Jadi hari minggu hari yang biasa mak berBIZ Shaklee sepenuh masa tergendala. 3 hari tak ada HP masa tu ok lagi sebab pinjam HP En.Suami kejap-kejap. Ingat nk repair hari Isnin tapi banyak kerja lak kat opis. Selasa tu lak adik Raifa demam so gi hantar klinik sampi ke petang kekdahnya. So, ingat rabu..Anak2 ade appoinment kat KKIA pulak. Senang cerita sampai ke Jumaat tak sempat nk hantar repair sebab adik Raifa kena amik Vaksin 1 tahun kat hospital.

Sepanjang seminggu banyak sangat drama. Arghh sebenarnya sekarang banyak sangat transaksi ONLINe dan segalany berhubung kait dengan HP.

1. Nak SHOPPING ONLINE tak dapat sebab TAC hantar kat HP mak kan. dah lah kira urgent kena beli puting botol Rizq. Ibu suka beli online selain tak bersesak gi kedai .Ianya menyelamatkan dari TERbeli yang tak perlu.

2. Dah tak lei nak buka FB kat opis, Meroyan jap so rasa nak update blog. Haru lak bila nk sign in kena bagi verification Code. Celah mana nak dapat bila dihantar ke HP yang rosak itu. lagi pandai sebab tak buat backup kan.

3. Info pantas dari WAPP satu pun tak dapat. ok yang ni meroyan sebab tak dapat info BIZ Shaklee dengan pantas. sudahnya ibu lambat tahu PROMO SEPTEMBER : SHAKLEE COLLAGEN POWDER. Beli 6 PERCUMA 1 uolls. dan berganda lagi dengan MEALSHAKE beli 3 percuma 1. Shaklee ni pun masa HP ibu rosaklak nk wat promo GEMPAK!

Ok banyak lagi drama benornya.kang jenuh korang membaca. Eh kalau korang nak order Shaklee Collagen Powder boleh sms/wapp ibu di 0126278520 HP dah ok hantor repair kat Samsung Service Center. RM 500++ kalau pakai kredit kad atau debit kad dapat diskaun 10%

Sep 9, 2014

September: Join Segmen rakan blogger

Hi uolls

Berabuk ahkak tengok blog ni. Tu lom tengok draft bersusun semua separuh jalan. bila nak punblish pun tak tau..banyak sangat info menarik nak kongsi tapi sebab takde gambor best stop dulu kasi perap..haha..

oklah bulan ni nak join segmen lah. bertahun akak berblog ni sekali dua je join segmen, give away bagai ni. Jom join akak skali kita berNETWORKING.

 


SEGMEN : BLOGLIST SEPT-OKT oleh blog notashalimar . entry kat blog ni pun best macam-macam panduan berguna ada. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...