Showing posts with label anti aging. Show all posts
Showing posts with label anti aging. Show all posts

Sep 11, 2014

Duniaku tanpa Telefon Bimbit

haha tajuk tak menahan drama sangat kan. Kalau tak nak letak tajuk Gelap..punah hidupku tanpa Android. Drama tapi nampak gadgetnism sikt..sesuka je wat term sendiri. marah dewan bahasa dan pustaka nanti

oit sudahlah merepek ni nak cerita tanpa HP ni. Biasalah kalau HP share ngan anak kan. Kecai berderai tu memang tak dapat dielakkan. Mulanya HP tu ade cover dah hancur barai di kerjakan dek Rizq. Baru berniat nak beli petang tu sebab kat depan office ade karnival Gadget, tapi belum sempat mentara tunggu husband sampi HP terhempas kat jalan masa turunkan Rizq dari kereta. Kalau Crack je ibu tak kisha pun ni tahap tak boleh guna dah touch screen tu..lumpuh separuh screen

Kejadian hari Jumaat. Jadi hari minggu hari yang biasa mak berBIZ Shaklee sepenuh masa tergendala. 3 hari tak ada HP masa tu ok lagi sebab pinjam HP En.Suami kejap-kejap. Ingat nk repair hari Isnin tapi banyak kerja lak kat opis. Selasa tu lak adik Raifa demam so gi hantar klinik sampi ke petang kekdahnya. So, ingat rabu..Anak2 ade appoinment kat KKIA pulak. Senang cerita sampai ke Jumaat tak sempat nk hantar repair sebab adik Raifa kena amik Vaksin 1 tahun kat hospital.

Sepanjang seminggu banyak sangat drama. Arghh sebenarnya sekarang banyak sangat transaksi ONLINe dan segalany berhubung kait dengan HP.

1. Nak SHOPPING ONLINE tak dapat sebab TAC hantar kat HP mak kan. dah lah kira urgent kena beli puting botol Rizq. Ibu suka beli online selain tak bersesak gi kedai .Ianya menyelamatkan dari TERbeli yang tak perlu.

2. Dah tak lei nak buka FB kat opis, Meroyan jap so rasa nak update blog. Haru lak bila nk sign in kena bagi verification Code. Celah mana nak dapat bila dihantar ke HP yang rosak itu. lagi pandai sebab tak buat backup kan.

3. Info pantas dari WAPP satu pun tak dapat. ok yang ni meroyan sebab tak dapat info BIZ Shaklee dengan pantas. sudahnya ibu lambat tahu PROMO SEPTEMBER : SHAKLEE COLLAGEN POWDER. Beli 6 PERCUMA 1 uolls. dan berganda lagi dengan MEALSHAKE beli 3 percuma 1. Shaklee ni pun masa HP ibu rosaklak nk wat promo GEMPAK!

Ok banyak lagi drama benornya.kang jenuh korang membaca. Eh kalau korang nak order Shaklee Collagen Powder boleh sms/wapp ibu di 0126278520 HP dah ok hantor repair kat Samsung Service Center. RM 500++ kalau pakai kredit kad atau debit kad dapat diskaun 10%

Feb 27, 2013

Vivix : Tonik Anti Penuaan

CUBA renungkan wajah ibu dan ayah yang semakin dimamah usia yang dilakari dengan garis-garis halus, terbayang pula bagaimana wajah kita pada usia mereka.Usia yang melangkah tahun demi tahun bakal mengubah bentuk fizikal menyebabkan ramai yang sanggup berbelanja besar untuk 'mengekalkan keremajaan' masing-masing.

Ada yang menjalani pembedahan plastik yang dikatakan mampu mengembalikan penampilan fizikal seseorang.Ada juga yang mengambil pelbagai makanan tambahan serta suntikan untuk mengekalkan keremajaan.Apa yang perlu diketahui penuaan merupakan proses semulajadi sememangnya dijangka dan tidak siapa boleh menghalangnya daripada terus berlaku.
Meskipun penuaan satu proses semula jadi, mengapa manusia menjadi tua masih dilihat sebagai misteri kehidupan yang kompleks.

Ada beberapa teori mengapa manusia menjadi tua.

Pertama berkait dengan faktor genetik iaitu sesuatu yang sudah diprogramkan, misalnya berapa kali sel akan membiak dan menggantikan sel yang lama telah dikodkan dalam program genetik.Contohnya sel yang diprogramkan untuk 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf aktivitinya mula menurun.

Teori kedua pula apabila seseorang menjadi tua mungkin disebabkan kesan toksin di dalam persekitaran atau pemakanan.Toksin yang terdapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal atau ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi.Ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.
Bagaimanapun kajian sains mendapati proses penuaan boleh diperlahankan manakala penyakit yang berkaitan dengannya boleh dicegah.

Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam anggur yang dikenali sebagai resveratrol berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan dengan kalori tinggi dan meningkatkan jangka hayat pada tikus yang diuji.
Menggunakan hasil kajian berkenaan, sebuah syarikat yang membekalkan makanan kesihatan tambahan Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd, meneruskan kajian berkenaan bagi menjadikan resveratrol sebagai tonik anti penuaan yang sedang dalam proses permohonan paten.


Cabaran revolusi dalam menangani penuaan peringkat sel, Campuran Minuman Botanikal Vivix telah diperkenalkan buat kali pertama di negara ini oleh Shaklee.
Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation Dr. Carsten R. Smidt berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian inovasi Vivix."Pasukan kami telah melaburkan masa bagi mencipta dan menghasilkan campuran unik kandungan polifenol yang apabila ditambah dengan resveratrol telah menunjukkan hasil kajian makmal yang positif terhadap empat punca mekanisme penuaan sel," katanya.

Empat mekanisme berkenaan adalah melindungi dan membaiki DNA, menyelaras genetik, pengeluaran tenaga sel dan memperlahankan proses penuaan.

Cuba bayangkan, makanan tambahan anti-penuaan, hidangan Vivix lebih baik berbanding dengan kandungan resveratrol yang terdapat dalam produk anti penuaan biasa yang terdapat di persekitaran.
Kajian makmal menunjukkan kandungan Vivix didapati 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding dengan mekanisme utama resveratrol tunggal.

"Pada masa resveratrol menangani tiga hingga empat mekanisme penuaan, ini tidak berkesan dalam menangani pembentukan protein AGE yang meningkatkan integriti dan hayat sel," katanya. 


Oleh sebab itu jelas Carsten, saintis mereka di Shaklee telah mengenalpasti dan mencipta campuran polifenol yang 10 kali lebih berkuasa berbanding hanya resveratrol dalam menangani empat mekanisme penuaan sel. 

Pengguna boleh mengambil sekurang-kurangnya satu sudu teh Vivix sehari semasa sarapan atau makan tengahari.Kandungan utama Vivix adalah anggur Muscadine, Elderberry, Polyganum cuspidatum dan lobak ungu.Buat masa ini Vivix keluaran Shaklee telah mendapat Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...