Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox
sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia. Akak tahu ramai yang beranggapan toksin berpunca dari sistem pembuangan yang tidak baik. Tapi sebenarnya HATI adalah elemen utama yang perlu kita jaga dalam menyingkirkan toksin dari badan. Hati merupakan organ yang penting kerana segala yang kita makna akan melalui hati untuk proses penyingkiran atau tapisan kemudaian baru memalui proses perkumuhan atau penyingkiran.
Gambarannya macam ni.. Kita buang sisa makanan dalam sinki. Penapis yang kat lubang SINKI tu adalah HATI.. jadi die tapis segala kotoran sebelum melalui saluran ke LONGKANG yang diibaratkan USUS kita berjalan segala kotoran tu ke tempat pembuangan. Jadi kotoran ni adelah yang tak tercerna habis di penapis SINKI jika lubang singki tak berkeadaan baik bila lama-lama makin banyak yang tertinggal. LONKANg pula bila banyak minyak lepas tu tak dapat keluar lelama tersumbat. Bila tersumbat keluarlah BAU yang boleh diibaratkan TOKSIN.Faham kan ayat akak ni.
ok akak nk cerita pasal PERANGKAP SINKI ni eh HATI. Pada tubuh manusia, hati adalah organ tubuh yang sangat penting untuk
kelangsungan hidup. Ia terletak pada bahagian kanan di atas rongga perut
(otot diafragma) dan mempunyai berat sekitar 2 kg atau 3-5% daripada
jumlah berat tubuh kita.
Hati yang kecil ini amat bermakna dalam hidup kita. Ia memainkan peranan penting dalam melaksanakan perkara berikut:
-
Meneutralkan toksik tubuh
Sebelum bahan toksik sampai ke ginjal, ia akan sampai ke hati terlebih dahulu untuk dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing. Ubatan secara umumnya adalah untuk menyembuhkan penyakit tetapi ianya juga merbahaya kepada sistem tubuh. Justeru, ia perlu dineutralkan sebelum disingkirkan melalui air kencing.
-
Regenerasi Sel darah merah
Sel-sel darah merah yang mengandungi hemoglobin yang telah tua dan hampir tamat jangka hayat akan diuraikan kepada zat besi, heam dan globin. Zat besi akan dikembalikan kepada sum-sum tulang untuk pembentukan sel-darah merah dan globin akan digunakan semula bagi pembentukan hemoglobin. Heam akan diuraikan kepada bilirubin dan disalurkan ke usus yang menyebabkan warna najis yang unik. Apabila berlaku gangguan pada salur hempedu, bilirubin tidak dapat disalurkan ke usus
menyebabkan bilirubin ini beredar dalam edaran darah sehingga mengakibatkan warna kekuningan kelihatan pada tubuh. Gejala ini dikenali sebagai penyakit jaundis.
-
Produksi cecair hempedu
Cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati membantu dalam sistem pencernaan lemak. Lemak akan ditukarkan kepada asid lemak dan gliserol dengan bantuan cecair hempedu dan seterusnya diserap dalam sistem tubuh.
-
Produksi protein dan sistem imun
Protein tubuh yang dihasilkan oleh hati amat penting dalam menentukan sistem ketahanan tubuh dalam melawan serangan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
-
Tempat penyimpanan simpanan glukosa
Glikogen adalah merupakan simpanan karbohidrat tubuh. Dalam keadaan kekurangan glukosa, hati akan menukarkan glikogen kepada glukosa dan seterusnya di metabolismekan bagi pembentukan tenaga.
No comments:
Post a Comment