Showing posts with label b-complex. Show all posts
Showing posts with label b-complex. Show all posts

Oct 4, 2014

Kompleks tapi bagus.

Bukan komplek membeli belah ye. yang tu tak berapa bagus terutama time dapat gaji.satu dari kalau pergi tiap floor habis gaji sebulan. hehe..ok kita nak cerita pasal VITAMIN B KOMPLEKS terdini dari B1, B2, B3, B5,B6,B7,B9,B12. Setiap satu penting dan mempunyai pernan yang tersendiri. Vitamin BKompleks amat penting untuk membantu penghasilan sel darah merah dan ianay amat berkait rapat dengan fungsi saraf. Jom kita lihat faedah setiap satu jenis vitamin B:

B1 (Thiamine)

B1 membantu badan membuat sel-sel baru yang sihat. Ia sering dipanggil vitamin anti-stress kerana keupayaannya untuk melindungi sistem imun. Vitamin B1 berperanan penting dalam metabolisme karbohidrat untuk membantu memecahkan karbohidrat yang mudah.

Dapatkan dari: Seluruh bijirin, kacang, kacang, bayam, dan gandum.

Vitamin B2 (Riboflavin)

Vitamin B2 berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu melawan radikal bebas (zarah dalam badan yang merosakkan sel) dan boleh mencegah penuaan awal dan perkembangan penyakit jantung. Riboflavin juga penting untuk pengeluaran sel darah merah, yang diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh badan.  

Beberapa kajian menunjukkan B2 boleh membantu mencegah migrain, tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk kepastian. Cahaya ultraungu mengurangkan kandungan riboflavin dalam sumber makanan, sebagai contoh jika kita membeli susu pilihlah botol yang legap (tidak lutsinar) untuk mengekalkan kandungan Vitamin B2.

Dapatkan dari: Badam, susu, yogurt, telur, bayam dan kacang soya.

B3 (Niacin)


Salah satu kegunaan utama niasin adalah untuk meningkatkan HDL kolesterol (kolesterol baik). Kekurangan vitamin B3 adalah sangat jarang berlaku di negara-negara maju, walaupun alkohol telah ditunjukkan untuk menurunkan paras B3 dalam sesetengah individu. Niacin, juga baik untuk merawat jerawat.

Dapatkan dari: Ragi, daging merah, susu, telur, kacang dan sayur-sayuran hijau

B5 (Pantothenic Acid)

Sedikit vitamin B5 terdapat dalam hampir setiap kumpulan makanan. Pantothenic berasal dari kata pantothen Yunani, yang bermaksud "dari mana-mana." Selain menukarkan lemak dan karbohidrat menjadi tenaga, ia adalah bertanggungjawab untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan termasuk testosteron. Kajian menunjukkan B5 juga menggalakkan kulit yang sihat dengan keupayaan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kulit kemerahan dan bintik kulit.

Dapatkan dari: Avokado, yogurt, telur, daging dan kekacang

B6 (Pyridoxine)

Bersama-sama dengan rakan-rakan vitamin B 12 dan 9, B6 membantu mengawal tahap asid amino homocysteine ​​ (yang dikaitkan dengan penyakit jantung). Pyridoxine berperanan utama dalam mood, tekanan dan corak tidur kerana ia membantu tubuh menghasilkan hormon serotonin, melatonin dan norepinephrine, . Beberapa kajian menunjukkan vitamin B6 boleh mengurangkan keradangan untuk p[enghidap artritis rheumatioid.

Dapatkan dari: Ayam, ayam belanda, tuna, salmon, kacang, biji bunga matahari, keju, beras perang dan lobak merah

B7 (Biotin)
 
Vitamin ini juga di kenali sebagai  "vitamin kecantikan" kerana kaitannya dengan rambut , kulit dan kuku yang sihat. Ianya membantu pesakit diabetes mengawal paras glukosa yang tinggi. Vitamin B7 adalah penting diamabil terutamanya semasa mengandung kerana  penting bagi pertumbuhan normal bayi.

Dapatkan dari: Barli, hati, yis, daging babi, ayam, ikan, kentang, kuning telur dan kacang

B9 (Folat)
Anda mungkin pernah mendengar nama lain bagi B9 iaitu Asid folik. Kajian menunjukkan asid folik boleh membantu mengawal simptom kemurungan dan mencegah hilangan daya ingatan. Vitamin ini juga sangat penting bagi wanita yang hamil kerana ia menyokong pertumbuhan bayi dan mencegah kecacatan kelahiran neurologi.

Dapatkan dari: sayur-sayuran berdaun gelap, asparagus,salmon, sayur-sayuran akar, susu, gandum dan kacang

B12 (Cobalamin)

Vitamin B adalah sejumlah pasukan. Cobalamin bekerja dengan vitamin B9 untuk menghasilkan sel darah merah dan membantu Zat Besi menjalankan tugasnya: menghasilkan oksigen yang dibawa oleh protein.  Vitamin B12 boleh didapati dari sumber daging, bagi mereka yang tidak makan daging, mereka mungkin perlu untuk menambah diet dengan B12.

Dapatkan dari: Ikan, kerang, susu, telur, daging lembu dan daging babi

==========================================================================
Jom kita lihat kandung dala sebi B Complex with Folic Acid Shaklee:

Vitamin B1: 10.12mg
Vitamin B2 : 11.47mg
Vitamin B3 : 135mg
Vitamin B6 : 13.5mg
Vitamin B9 : 200mcg
Vitamin B7 : 150mcg
Vitamin B5 : 67.5mg.

Cara pengambilan : Sebiji sehari selepas makan. Saya cadangkan ambil selepas sarapan pagi. 


 

Mar 22, 2013

Set Breastfeeding Shaklee : Milk Booster

Aha! betul ke ni?? Cam best je dengar kan.Sebenarnya Set Breastfeeding Shaklee ni hanya melengkapkan salah satu perkara asas dalam penyusuan, ia bukan magic potion- tak buat apa-apa, tak pam, kurang minum air tapi susu terus memancut. Tidak sama sekali ok! Ia tidak melawan fitrah alam. Tapi ia membantu ibu menyusukan anak dengan lebih selesa dan merangsang penghasilan susu yang lebih berkualiti.


Set Breastfeeding Shaklee mengandungi beberapa supplement asas untuk breastfeeding. Boleh ambil semua untuk kesan yang mabeles gitu.

#1 : ESP
ESP ni membuatkan kita rasa tak letih, sentiasa bertenaga sepanjang hari,dan salah satu MILK BOOSTER sebab ia nya melengkapkan salah satu komponen utama susu ibu, iaitu protein

#2: Vitalea: 
Tahukah anda, bila susu kita drop, maksudnya badan kita sedang kekurangan nutrisi? Apa kaitannya? Contoh ye, bila kita kurang makan dalam sehari, kita puasa lah kata kan. Adakah kita akan lembik, atau bertenaga sepanjang hari? Ni bila kita disekat untuk makan. Sah- sah lah kita akan lembik sepanjang hari kan?

Macam tu jugak lah badan kita. Bila badan kurang nutrisi, organ- organ dan sistem- sistem dalam tubuh yang bekerja untuk menghasilkan susu ibu menjadi lembik, dan production pun menurun. Sebab tu dikenalkan Vitalea.

Vitalea ni nama lain bagi multivitamin. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Jadi kalau mak- mak yang selalu makan luar, kita pun tak sure cukup tak nutrisi seharian kita sebab ye lah, makanan pun bergoreng, minyak org kedai dah guna reuse berapa kali, semua nutrisi hilang semasa penyediaan makanan, maka mak- mak ni dicadangkan sangat untuk ambil Vitalea.

Lagi satu, Vitalea ni memang power sebagai ENERGY BOOSTER. Fuhhh!! Betul power. Tapi kena ambil 2 bijik lah sehari. Sebijik je tak jalan. Ikut cadangan kat botol vitamin tu

#3: B Complex

Tahukah anda, orang perempuan ni nak tak nak memang kerap bermain dengan emosi. Kalau period lah senang nampak, nampak beremosi sungguh. Sikit- sikit nak marah, ada je yang tak kena. Dan bila emosi ni tak terkawal, production susu lah yang akan terjejas. Kalau si ibu sering stress dengan urusan pejabat, urusan pembantu rumah atau pengasuh, atau apa- apa urusan lah- keyword nya STRESS-- maka susu pun susah nak flow dengan lancar. Dan ini lah salah satu punca kenapa susu mula down.

Kat sini lah pengambilan B Complex memainkan peranan. Ye lah, nak de-stress kat tepi tasik sah- sah takda masa. B Complex merangsang penghasilan serotonin kat otak. Hormon serotonin ni nama lain dia adalah hormon happy. Jadi bila ada banyak hormon happy, ibu happy, milk production pun bertambah lancar

#4: Vitamin C

Tahukah anda, masa kita duk menyusukan anak, boleh jadi kelenjar susu kita tercedera. Lebih -lebih lagi dengan gabungan keadaan yang kita stress. Bila kelenjar susu luka, tu pasal milk production boleh jadi low. Jadi vitamin C kat sini berperanan sebagai melindungi kecederaan kelenjar susu. Dalam vitamin C ada sedikit unsur collagen. Collagen dalam vitamin C ni lah yang akan tolong seal kan luka jika luka terjadi

#5: Alfalfa

Alfalfa ni memang tak yah sebut, semua ibu pun tahu Alfalfa ni salah satu milk booster. Biasa yang femes milk booster herba ni samada fenugreek, atau alfalfa. Lagi yang best tentang alfalfa yang saya suka sangat! -Alfalfa ni semacam pengganti kacip fatimah ;) Kenapa? Ia menghilangkan keputihan, dan mengetatkan bahagian faraj, jadi ala- ala anak dara gitew ;) Hubby sendiri cakap kalah masa mula- mula kahwin. Haha. Jadi ibuk- ibuk yang perasan hubungan dengan suami bertambah dingin, saya cadangkan cuba ambil ESP, Vitalea dan Alfalfa. Gabungan ENERGY BOOSTER dan vitamin wanita ^_<

Kalau untuk ibu dalam pantang, kita suggest Alfalfa sebagai pelawas- dose dia berbeza sikit kalau taknak melawas. Kalau untuk ibu preggy, kita suggest amalkan alfalfa di akhir kehamilan untuk elak anak jaundis dan memastikan tak tumpah darah semasa bersalin nanti.

#6: Ostematrix

Ostematrix ni adalah nama lain bagi kalsium. Dan sapa tak tahu? Kalsium adalah komponen utama dalam susu ibu. Kalau sebut susu je, mesti kita boleh relate dengan kalsium kan? Kalau takda unsur kalsium, tak jadi lah dia susu. Ostematrix ni salah milk booster.

Lebih -lebih lagi bila susu mula merudum semasa period. Kat sini lah Ostematrix memainkan peranan penting.  Sebab apa? Tubuh kita kehilangan banyak darah. Kalsium akan membantu replenish darah yang hilang sebab memang salah satu fungsi kalsium adalah membantu penghasilan darah. Kalau ibu hamil, kita akan tekankan pengambilan kalsium, salah satu nya untuk elak risiko tumpah darah semasa bersalin, ia membantu blood clot dengan baik

Ostematrix juga membantu mengatasi rasa lenguh- lenguh badan ibu menyusu, sebab ia mengandungi kalsium yang padatkan tulang dengan kalsium. Ye lah, bila menyusukan anak, tubuh kita akan hasilkan susu menggunakan kalsium dalam badan. Bila jarang minum susu atau makan sayur segar, tubuh kekurangan kalsium, dan tubuh kita akan ambil kalsium dari tulang, gigi, etc. Sebab tu kalau perasan ibu menyusu ni cepat letih, cepat sengal- sengal badan. Kat sini lah Ostematrix membantu.

#7: Omega Guard

Omega Guard ni adalah minyak ikan yang dihasilkan oleh Shaklee. Untuk baby baru lahir, kita tak bagi apa- apa makanan kecuali susu ibu. Hatta air kosong sekalipun. Walaupun minyak ikan shaklee ni sangat bagus untuk imunisasi bayi dan perkembangan otak si manja, kita takkan cadangkan untuk bagi direct kepada baby. Tapi secara alterntif, ibu menyusu boleh ambil Omega Guard ni dan salurkan khasiat kepada bayi.

Omega Guard ni sangat bagus untuk imunisasi anak, dan mengurangkan radang eczema jika bayi anda ada masalah eczema. Ada orang tanya, apa beza Vitamin C dan Omega Guard untuk imunisasi bayi? Saya boleh bagi analogi- Omega Guard ni lebih cepat merawat berbanding Vitamin C. Omega Guard ni ibarat kapal terbang, Vitamin C ibarat berbasikal ;)

sumber: Diaryofmuhammad.

hubungi saya untuk konsultasi dan tips-tips penyusuan secara percuma.

FB : Rinie borhan (SID: 919511)
012-6278520 whatsapp/sms
email:izariniborhan@gmail.com

Feb 26, 2013

Set Penyusuan Shaklee

Susu ibu memang terbukti sumber makanan terbaik untuk bayi. Ramai yang berjaya menyusukan bayi tanpa mengambil sebarang makanan tambahan sepanjang tempoh penyusuan selama 2 tahun. Tetapi badan manusia berbeza2 penghasilan vitamin dan penyerapan vitamin dari sumber makanan seharian setiap dari kita berbeza-beza. 

Kita sendiri dulu dengan masalh anemia selepas kelahiran. Penghasilan susu yang kurang memberangsangkan memerlukan kita lebih masa untuk menyusukan bayi dan mengepam. Penat, lesu, STRESS semua ni mempengaruhi penghasilan susu ibu. 

Pengambilan supplement untuk penyusuan bukan sahaja untuk meningkatkan hasil penyusuan tetapi yang lebih penting adalah untuk kesihatan ibu & bayi itu sendiri. Tentunya itu antara sebab ibu-ibu memilih untuk menyusukan sendiri bayi.


Apakah kegunaan supplemen-supplemen ini untuk penyusuan?

ESP (Protein) – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitalea (Multivitamin) – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Vitamin C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B kompleks – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Ostematrix (Kalsium) – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Alfalfa – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Omega Guard – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.

Feb 19, 2013

RISIKO IBU HAMIL MENGALAMI ANEMIA

Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. 

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.

Simptom awal anemia
  1. Sentiasa letih
  2. Pening kepala atau pitam
  3. Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  4. Warna kulit bertukar menjadi pucat
  5. Penurunan berat badan
  6. Kadar denyutan jantung yang cepat
  7. Lemah daya ingatan
Antara punca masalah HB low
  1. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
  3. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Risiko anemia di kalangan ibu hamil
  1. Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
  2. Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
Ilustrasi Sel darah merah normal dan Anemia

Supplement yang dicadangkan

Vitalea iron formula:
Mengandungi zat bei yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel
Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan
B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Tip Penting!!
  1. Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi
  2. Pengambilan sumber vitamin c bersama-sama dengan sumber zat besi  akan membantu penyerapan zat besi secara optimum.
  3. Elakkan mengambil sumber zat besi bersama-sama dengan sumber kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi
  4. Pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi iron.

Shaklee ketika Hamil

Alhamdulillah nak masuk 2nd trimester da..ye..second baby  2013 ni..rezeki datang cepat..pengalaman mmg beza sgt mase preggy RIzq..dulu selera mkanan takde prob lagsung..tapi kena kawal sbb GDM (diabetic)..sy tak amik supplement lain dari yg KK bagi..ank sulongkan sume pun takut ikut je ape org bagi. Selain diabetic, HB kt mmg rendah cukup2 mkn je..lepas bersalin anemia la plak..nasib tak tumpah darah..igtkan pas bersalin makin putih rupenye pucat da darah tak ckp. sengal...hehe..

Second preggy ni da kenal vitamin shaklee..sy mmg amik shaklee since Rizq sebulan sume sebab anemia and sgt lemah tuk menyusukan Rizq..Maklumlah 1st xperience time tu time management mmg hancus..x ckp tdo memanjang. Preggy kali ni  sgt tak selera makan..loya tapi tak muntah adoi yg tu lagi payah..mkn ikut dan je paling suke maggi and snek lazat sgguh rasenye..so vitamin shaklee mmg sgt membantu..mase 1st checkup HB sgt cantik BP pun cantik..nurse yg check senyum je..(kalo x mesti kena bebel) tapi GDM ttp ade yang tu tak lei watpe kot family history..so dari skang kena la jaga pemakanan.

Sepanjang preggy.. vitamin shaklee yg saya amik adalah b complex, vitamin c, vitalea, ostematrix , omega dan esp.. keperluan vitamin2 nie pada wanita hamil adalah seperti dibawah. 

B-Complex : Lengkap dengan asid folic yg penting pembinaan tulang dan bg mengatasi kecacatan janin. mereka yg merancang utk hamil digalakkan juga utk mengambil b complex ini.. 

Vitamin c : membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Vitalea : kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.vitalea adalah multivitamin dan si ibu tidak perlu lagi mengambil obimin

Ostematrix : kalsium sgt penting bg pembentukan tulang bayi, pembinaan sel dan pertumbuhan gigi. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Omega Guard: sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan (baru tau nape kengkwn dulu mkn Neurogain)

ESP :
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus. (suke amik ni kalo rase lapar & tak tau nk mkn ape)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...