CUBA renungkan wajah ibu dan ayah yang semakin
dimamah usia yang dilakari dengan garis-garis halus, terbayang pula
bagaimana wajah kita pada usia mereka.Usia yang melangkah tahun demi tahun bakal mengubah bentuk fizikal
menyebabkan ramai yang sanggup berbelanja besar untuk 'mengekalkan
keremajaan' masing-masing.
Ada yang menjalani pembedahan plastik yang dikatakan mampu mengembalikan penampilan fizikal seseorang.Ada juga yang mengambil pelbagai makanan tambahan serta suntikan untuk mengekalkan keremajaan.Apa yang perlu diketahui penuaan merupakan proses semulajadi
sememangnya dijangka dan tidak siapa boleh menghalangnya daripada terus
berlaku.
Meskipun penuaan satu proses semula jadi, mengapa manusia menjadi tua masih dilihat sebagai misteri kehidupan yang kompleks.
Ada beberapa teori mengapa manusia menjadi tua.
Pertama berkait dengan faktor genetik iaitu sesuatu yang sudah
diprogramkan, misalnya berapa kali sel akan membiak dan menggantikan sel
yang lama telah dikodkan dalam program genetik.Contohnya sel yang diprogramkan untuk 60 tahun, apabila sampai usia 60 tahun, graf aktivitinya mula menurun.
Teori kedua pula apabila seseorang menjadi tua mungkin disebabkan kesan toksin di dalam persekitaran atau pemakanan.Toksin yang terdapat secara semulajadi di dalam bentuk radikal atau
ion bebas atau yang dihasilkan bahan kimia, contohnya rokok menyebabkan
kematian sel lebih awal daripada kematian secara semulajadi.Ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.
Bagaimanapun kajian sains mendapati proses penuaan boleh
diperlahankan manakala penyakit yang berkaitan dengannya boleh dicegah.
Kajian saintifik mempunyai bukti yang kukuh menunjukkan bahan
semulajadi yang terdapat dalam anggur yang dikenali sebagai resveratrol
berupaya mengubah kesan negatif akibat pengambilan makanan dengan kalori
tinggi dan meningkatkan jangka hayat pada tikus yang diuji.
Menggunakan hasil kajian berkenaan, sebuah syarikat yang membekalkan
makanan kesihatan tambahan Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd,
meneruskan kajian berkenaan bagi menjadikan resveratrol sebagai tonik
anti penuaan yang sedang dalam proses permohonan paten.
Cabaran revolusi dalam menangani penuaan peringkat sel, Campuran
Minuman Botanikal Vivix telah diperkenalkan buat kali pertama di negara
ini oleh Shaklee.
Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation Dr. Carsten R. Smidt berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian inovasi Vivix."Pasukan kami telah melaburkan masa bagi mencipta dan menghasilkan
campuran unik kandungan polifenol yang apabila ditambah dengan
resveratrol telah menunjukkan hasil kajian makmal yang positif terhadap
empat punca mekanisme penuaan sel," katanya.
Empat mekanisme berkenaan adalah melindungi dan membaiki DNA,
menyelaras genetik, pengeluaran tenaga sel dan memperlahankan proses
penuaan.
Cuba bayangkan, makanan tambahan anti-penuaan, hidangan Vivix lebih
baik berbanding dengan kandungan resveratrol yang terdapat dalam produk
anti penuaan biasa yang terdapat di persekitaran.
Kajian makmal menunjukkan kandungan Vivix didapati 10 kali ganda
lebih berkuasa berbanding dengan mekanisme utama resveratrol tunggal.
"Pada masa resveratrol menangani tiga hingga empat mekanisme penuaan,
ini tidak berkesan dalam menangani pembentukan protein AGE yang
meningkatkan integriti dan hayat sel," katanya.
Oleh sebab itu jelas Carsten, saintis mereka di Shaklee telah
mengenalpasti dan mencipta campuran polifenol yang 10 kali lebih
berkuasa berbanding hanya resveratrol dalam menangani empat mekanisme
penuaan sel.
Pengguna boleh mengambil sekurang-kurangnya satu sudu teh Vivix sehari semasa sarapan atau makan tengahari.Kandungan utama Vivix adalah anggur Muscadine, Elderberry, Polyganum cuspidatum dan lobak ungu.Buat masa ini Vivix keluaran Shaklee telah mendapat Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
No comments:
Post a Comment