Apr 9, 2015

5 TIPS MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Masa akak preggy Rizq memang nekad sangat nak menyusukan dengan susu ibu secra eksklusif. Tapi sebab tak fully prepared mental dan fizikal terpaksa juga campur. Banyak faktor kalau nak menyusu susu ibu secara eksklusif ni. Tapi bila preggy Ra.Ifa akak dah bersedia. Baca segala buku..sedia segala gadget..Alhamdulillah 5 bulan pertama dapat menyusukan Ra.Ifa secara eksklusif dan mula campur bila lagi sebulan nk masuk 6 tahun..Jiwa raga ibu tak kental dengan kerja-kerja di pejabat.
susu ibu mudah

1. ILMU PENYUSUAN

Ini adalah antara PERSIAPAN MENTAL yang perlu untuk ibu yang nak menyususkan anak. Kena belajar cara nak stimulate susu. fahami keperluan bayi, cara nak handle EBM bila dah kerja. Kenapa kena ada ilmu ni sebab persekitaran kita tak sama macam zaman mak-mak kita dulu berpantang fokus untuk susukan bayi je..kita sekarang berpantang pun dapat panggilan telefon dari pejabat. Masa akak lahirkan Rizq jadi stress bila tak cukup ilmu kan..susu memula memang tak ada langsung..baru lah terhegeh-hegeh search GOOGLE cari tips nak stimulate dan banyakkan susu. Jadi kena buat persiapan awal. Boleh siap buat BREASTFEEDING PLAN dan beri pada doktor di hospital, sebab kena mula dari awal kelahiran babay. 

2. MAKAN YANG SEIMBANG

Pemakanan semasa berpantang pun penting. Kalau ikut menu berpantang mak kita sediakan memang pantang habis. Mana nak hasilkan susu yang banyak dan badan yang letih pun boleh mengganggu pengahsilan susu Macam akak masa Rizq sakan berjamu masa berpantang tapi tak boleh nak makan sebab Rizq Jaundice jadi memang letih dan stress. Then bulan kedua dapatkan SET PANTANG SHAKLEE aha..Vitamin bukan sekadar MILK BOOSTER tapi lebih kepada nak cukupkan nutrisi. Bila nutrisi dah cukup badan bertenaga barulah dapat menghasilkan susu dengan baik. Badan dah bertenaga barulah ambil MILK BOOSTER, booster yang serasi ngan akak KURMA, ALFALFA COMPLEX, MINUMAN MALT ( milo,horlick).

Alhamdulillah bila Ra.Ifa lahir tak ada masalah sangta tempoh pantang dan penyususan pun baik-baik sahaja sebab ambil vitamin dari awal kehamilan lagi. Masa Ra.Ifa susu meriah boleh buat stok persediaan bekerja lah gak.

EBM minggu pertama berpantang.

3. PILIH PAM YANG SESUAI

Pemilihan pam yang sesuai pun penting. Pam perlu sediakan awal macam akak memang masukkan dalam beg ibu kehospital sebab incase baby diasingkan or tidur je bolehlah mengepam dulu untuk stimulate susu awal dan kumpul KOLESTRUM.  Sebagai Ibu bekerjaya sudah semestinya anda akan menggunakan Pam Susu ini lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, anda kena pastikan motor breastpump adalah jenis Heavy Duty. Jangan lah sesekali memandang pada harga murah tanpa mengambil kira aspek ini. Bagi ibu yang tidak bekerja pam manual pun memadai. 

Pemilihan corong pada Breastpump pun memainkan peranan kalau terlalu besar atau terlalu kecil nanti puting akan mudah luka atau melecet. Rasa tidak selesa bila mengepam biasanya buat ibu-ibu giveup nak mengepam dan susu jadi sedikit. Kalau dapat cuba dulu pam sebelum beli pun ok. (Pumponthego kedai yang akak suka sebab boleh cuba dulu)


4. JADUAL PAM KONSISTEN

Bagi ibu yang berkerja jadual mengepam perlu konsisten. Bagi yang produksi kurang macam akak, sekali pam dapat 2-3 oz perlulah sekurang-kurangnya 4-5 kali pam pada waktu pejabat. Power Pumping pada jam 4-7 pagi pun dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Kalau mengepam pun ikut sempat tak sempat boleh mempengaruhi penghasilan. Bila makin drop dan bekalan susu untuk anak tak cukup kebanyakkan akan terus berhenti. Jangan gitu ibu!!
 

5. SOKONGAN

Sokongan dari SUAMI dan ahli keluarga rakan sekeliling juga penting. Kalau boleh masa kita buat BREASTFEEDING PLAN tu maklum pada semua yang berkaitan. Beritahu niat kita tu, dengan suami mungkin kita boleh beritahu apa yang kita perlukan dari die. Ajak sesama timba ilmu dari awal pun bagus juga. 

Dengan rakan-rakan di pejabat juga kita perlu beritahu macam akak Alhamdulillah rakan-reakan faham dan kekadang diorang yang ingatkan. Cuma bila mesyuarat sentiasa memenuhi jadual memang lari lah rutin mengepam tu.

Itulah 5 Tips bolehlah cuba dan tips ini adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman akak sendiri. So far nampak beza masa menyusukan Rizq dan Ra.Ifa.Selamat mencuba!


============================================================
SET PANTANG DAN MENYUSU

 Rinie Borhan
919511
+6012-6278520 sms/wapp


Apr 7, 2015

PETUA ATASI SENGGUGUT SECARA ALAMI

Sebelum ni akak dah kongsikan BAHAYA SENGGUGUT ni. Ini adalah petua untuk mereka yang hadapi masalah senggugut. Petua dah pastinya guna bahan semulajadi dan sedia maklum tindakbalas seseorang pun berbeza-beza. Antara petua yang boleh diamalkan:
petua

♥ Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid. 

♥ Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri. 

♥ Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

♥ Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya. 

 ♥ Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid . 

♥ Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku. Rasanya memang kurang enak tetapi pasti akan berhasil.

♥ Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

♥ Buah petola  boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

♥ Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

♥ Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

♥ Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

♥ Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

♥ Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

♥ Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.


Sumber: http://www.beritahariann.org/

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Rasa susah nak amalkan petua-petua ni tiap kali senggugut meyerang taua nak ulang setiap bulan. Akak cadangkan untuk amalkan makanan tambahan ni:
 DAN GLA adalah PRODUK pilihan akak minggu ni. Apa tunggu lagi hubungi 0126278520 atau klik gambar di bawah untuk sertai GIVEAWAY mana tau dapat GLA Complex free!

Apr 6, 2015

Gembira hadapi GST

Wah minggu lepas penuh wall FB dengan GST. 1 April yang paling diingati oleh rakyat Malaysia. dan ramai juga blogger cerita pasal GST kan..Akak lambat tau..haha.. Ok sebelum akak tanya camne kehdupan korang selepas seminggu GST dijalankan akak nak selak semula apa itu GST?

Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah. Berbeza dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat, GST adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan.

OK cukup nak tahu lebih lanjut boleh buka WEB KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA.

Tapi akak gembira ngan GST yang ni.. Get Shaklee Today! sebabnya tengah dok sibuk orang bercakap kos living yang meningkat. Shaklee dok umum Bonus Bonanza tuk ahli-ahlinya. Mau akak tak seronok. 100% Matching Bonus lagi..

Reward #1

Untuk semua ahli berdaftar yang dapat menaja 6 orang dengan minumum 100 uv layak dapat extra bonus. BINGO! Terus jumpa mentor berguru.
 
GST
TERBUKA UNTUK SEMUA AHLI

Reward #2
Yang ini untuk Leader (Supervisor-Master). Syarat mesti efektif pada oktober 2014- Mac 2015.


KELAYAKAN : LEADER YANG EFEKTIF.

Reward #3
Insentif Tunai bila kita naik rank dan kekalkan Rank.


Syiokkan April ni tu lom lagi Promo Apri. Produk yang sangat sesuai yang nak RAMPING, KURUS, LANGSING dengan selamat dan berkesan.





JADI GET SHAKLEE TODAY ! Happy GST semua..Hubungi akak 0126278520 sms/wapp untuk menSHAKLEE kan uolls.

 

Apr 5, 2015

3 CARA CEGAH EPISIOTOMI

Akak dah rasa luka bersalin normal dan ceasarean yang pernah akak kongsi kat entry sebelum ini. Caeserean tu dah tentu kena toreh tapi episiotomi ni ikut juga ada yang bersalin NORMAL tanpa episiotomi.  Ada ke cara nak CEGAH?





1. Urutan Perineal

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Cara urutan: 
  • Gunakan 1/2 ajari masukkan kedalam vagina (1-1.5 inc). Tekannkan jari kebawah (arah dubur) untuk merenggangkan perinium.
  • Biarkan regangan selama 1-2 minit (tarik nafas ketika melakukan proses ini)
  • Ulangkan beberapa kali dengan gerakan U ( kekiri & kanan)

2. Senaman Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.

Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.


3. Pemakanan

 Amalkan pemakanan kaya PROTEIN yang terdiri dari 9 asid amino perlu. Protein dapat membantu penghasilan otot yang sihat dan anjal. Asid amino Valine, penting untuk membaikpulih tisu rosak dan metabolisma otot.  Jika sumber protein yang diambil tidak lengkap dengan kesemua 9 asid amino juga boleh menyebabkan  sel tidak dapat dibaikpulih dan otot tidak terbina dengan baik.

ESP Shaklee sumber protein pilihan akak. Selain dapat sumber protein lengkap 9 asid amino ianya juga lengkap dengan vitamin lain seperti vitamin B6 dan mineral kalsium.
set hamil
Boleh juga baca entry Penjagaan luka bersalin, yang mana akak ada kongsikan pengalaman akak jaga luka bersalin semasa lahirkan Rizq & Ra.ifa. Beza sebelum guna produk Shaklee dan selepas.

========================================================================

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f625c0ef85e8e6d96ec0a1bc16c2741d

Apr 2, 2015

BAHAYAKAH SENGGUGUT?

Alhamdulillah dari zaman anak dara sehingga dah beranak 2 ni akak tak pernah lagi kena senggugut. Ada kawan akak kata dia dah bebas senggugut lepas berkahwin dan bersalin. Ada juga yang baru merasa lepas melahirkan anak. Bahaya ke Sengugut ni?

petua senggugut

SENGGUGUT bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) tumbuh di luar rahim samada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menumpang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik.

Tisu endometrium juga boleh berkumpul di hampir semua lokasi dalam badan, antaranya pundi kencing, usus, faraj, apendiks, rektum (dubur), parut pembedahan Caeserean (pembedahan ketika bersalin) termasuk tempat terpencil seperti otak, saraf siatik, paru-paru dan kulit.

Apabila ada di luar rahim, tisu endometrium menjadi pertumbuhan menyakitkan. Ia akan berubah bersama perubahan hormon ketika pusingan haid. Ketika haid, tisu ini juga akan pecah dan berdarah.

Bezanya, lapisan endometrium dalam rahim akan tanggal dan dikeluarkan bersama cecair uterin (sebagai darah haid) tetapi pendarahan daripada endometriosis tidak mempunyai jalan keluar. Pengumpulannya menyebabkan tisu di kawasan ia melekat menjadi radang dan berparut.

Sebagai tindak balas terhadap keadaan tidak normal ini, badan menghasilkan tisu parut untuk melingkungi tempat berkenaan. Keadaan ini menyebabkan wanita mengalami kesakitan dan tekanan pada pelvik atau senggugut setiap kali haid. Mereka juga akan berasa sakit ketika mengadakan hubungan seks.

Punca endometriosis masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya ia disebabkan aliran haid retrograd atau menyongsang; iaitu darah haid mengalir masuk ke dalam tiub Fallopian. Sel endometrium dalam darah haid akan melekat di tempat tertentu dan mula mendatangkan masalah.

Dianggarkan 10 hingga 20 peratus wanita mengalami gejala endometriosis sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, endometriosis boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak atau tidak.

Semua gejala endometriosis mungkin kekal, berkurang walaupun tanpa dirawat atau meningkat dengan tiba-tiba. Namun biasanya gejala ini berkurang ketika mengandung atau selepas menopaus.

Bagaimanapun, ada wanita mempunyai endometriosis tanpa mengalami gejala. Malah, tahap kesakitan dialami juga tidak boleh dijadikan pengukur saiz endometriosis kerana ada wanita berasa sangat sakit walaupun endometriosisnya kecil dan sebaliknya.

Senggugut tidak harus dianggap perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika anda mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an.

Selain masalah kesihatan, endometriosis boleh mempengaruhi kesuburan seseorang. Ini kerana kehadiran pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ini menyebabkan seseorang wanita sukar mengandung.

Kehadiran endometriosis menyumbang 10 peratus kepada masalah kemandulan dan dianggarkan 30 hingga 40 peratus wanita yang mempunyai endometriosis mengalami kesukaran untuk hamil.

Bahkan tisu parut yang terbentuk sebagai tindak balas terhadap kerengsaan daripada endometriosis akan kekal dan mungkin boleh menyebabkan kesakitan, walaupun selepas wanita putus haid.
Sumber: http://www.beritahariann.org

Mar 30, 2015

2015 PADAT! : Rugi kalau duduk diam.

Alhamdulillah 2015 tahun ketiga akak sebagai pengguna Shaklee dan tahun kedua akak sebagai Leader Shaklee. Dalam 2 tahun tu banyak yang akak pelajari dengan group Shaklee akak tu. Mentor kami tu memang tak pernah kering dengan idea-idea yang bernas dan mantop. Memang segala resipi kejayaan dikongsi. Kata moto pun " Seeking knowledge. Work Hard. Work Smart. Help Others to Help Others"

Kalau nak cakap business MLM ni memang cam musim kan ..orang kata time ngah hot tu segenap negeri kita tengok ada je ahlinya. Pastu lama sikit yang suam kuku jadi sejuk..bila sejuk tu orang kata basi dah. Tapi dengan join PAF tak pernah lak akak rasa sejuk..hangat je..asal rasa nk membeku tu ada je ilmu baru yang wat akak cair dan menggelegak semula..Sungguh bukan propa ni.

SBS #1 : gambar ehsan blog puteriandrichfriends.blogspot.com
Jadi 2015 ni Start Bright Series (SBS) memang HOT! perkongsian nya memang padat. akak kongsi sikit sejarahnya  SBS ni. SBS ini kelas untuk beginner yang dianjurkan oleh Master Puteri Yusof . Terbuka untuk semua PAFian.. kelas pertama masa tu hujung ogos 2013. Akak preggy time tu memang tunggu hari je...seminggu pastu kot poppa! Beranak!..time pantang tulah memang fokus dan applied segala tips yang dapat masa SBS #1.




Setelah 13 Series yang terakhir 2014 modul-modul semakin ditambah baik sebab pengalaman mentor pun makin luas. Alhamdulillah akak memang dapat join SBS yang pertama dan terakhir tu. Masa SBS ni jugalah leader yang berjaya dalam PAF akan di beri peluang untuk bercakap dabn berkongsi cara masing-masing. secara tak langsung beri idea pada yang baru nak mula atau yang masih berjuang can akak.

SBS #1 2015/2016


Perkongsian oleh Blogger cikbellarina
SBS kali ini diadakan 1 hari dimulakan dengan Asas nutrisi. Kemudian ada sesi  untuk kenali keperluan nutrisi dengan sistem badan. Sangat informatif untuk SID yang baru, masa nilah nak tahu kaitan vitamin dengan fungsi tubuh dan penyakit yang biasa dihidapi macam masalah kolestrol dan jantng. Trainer pun bukan calang-calang certified trainers for product consulting. Paling seronok bila dapat perkongsian or testimoni dari pengguna yang dapat selesaikan masalah kesihatan dengan product shaklee. Kadang kalau kita google memeng banyak info set itu..set ini..tapi bukan semua cvara pengambilan berkesan. Testimoni live dari penguin sendiri..so kita boleh tanya contoh sesi lepas, ada perkongsian tentang masalah wanita iaitu fibroid. Bila dah ada asas senang la nak konsult kan..

Pada sesi petang barulah masuk bab perniagaan. Bukan sahaja ada topik tentang pemasaran dan peluang yang ditawarkan Shaklee (6 sumbertunai dan 3 C) tapi kali ini di ajarjuga tentang pengurusan kewangan. Sesi ni memang paling ditunggu-tunggu sebab kalau nak ikuti ceramah luar yuran mahu kos beRIBU tapi khas untu PAF ilmu dikongsi dengan bayaran sangat minimum. Kelas yang lepas tentang 6 JARs teknik kewangan yang digunakan oleh orang-orang yang berjaya dengan kewangan mereka.

Tentatif SBS #1 2015/2016 : gambar ehsan mummuyfiras.blogspot.com

Selain tui sesi petang juga ada tentang pemasaran dengan social media. Cara masakini pemasaran banyak dilakukan secara Online. SBS #2 nanti pada sesi ini akan kongsi tentang FB Ads. Yang tu wat tak sabar nak join sebab baru mula nak explore. Belajar kan kena ada sifu kalau tak sesat..

Bestkan SBS! its our brand PAFians.. Jadi sesiapa tyang berminat dengan Shaklee. Dah lama jadi pengguna? itu lagilah extra point tuk korang join dan fokus.. Bak kata pakcik yang akak jumpa kat branch minggu lepas walau dia tak kenal susur galur dia sangat semangat kata " buatlah sungguh-sungguh nak..sebab peluang Biz Shaklee ni besar"

betul tull..akak setuju sangat.. Jom daftar SBS #2 2015/2016 Hubungi akak ok 0126278520 sms/wapp .

Mar 11, 2015

2nd Giveaway Cik Puan Jelita

Jarang gak join GA ni..tapi kalau ada mas aterluang syok gak join kan..lagipun teringin nak try hadiahnya tu..

Tak ada orang TAG pun tapi nak join gak..hehe.. Syarat nak join pun senang:

http://cikjelita899.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html

SYARAT-SYARAT

1. FOLLOW Blog Cik Puan Jelita aka cikjelita.blogspot.com dan instagram Aimi_Muhamad899  
 (keputusan pemenang bertuah akan di umum dalam blog!) 
**wajib follow blog, instagram tak wajib untuk yang takde.
 
DONE : follow ig: rinie borhan pun DONE

2. Copy PICTURE di atas ni dan link kan ke 
(Link kan ke entri "2nd Giveaway Cik Puan Jelita)
DONE 

3. Sila letak TITLE entri dengan "2nd Giveaway Cik Puan Jelita" ye.
DONE

4. Sila TAG kan seberapa ramai kawan2 anda untuk join giveaway ni ye!
(minimum 3 orang!)
DONE
 
 
5. Sila TINGGALKAN LINK penyertaan di ruangan komen entri  "2nd Giveaway Cik Puan Jelita
(Kalau takde tinggalkan link entri, penyertaan tidak di kira)

DONE
 
+++++++++++++++++++++++++++++


Giveaway ni bermula pada hari ini! 

(01 -20 Mac 2015)

Hadiah-hadiahnya :
1. BBCREAM SEQYBEAUTY x 1


2. CLEANSER SEQYBEAUTY x 1

Mar 9, 2015

Trauma Perinial : 3 rd Degree Tear.

Entry akak cam serius je kali ni. Sebenarnya nak kongsi tentang trauma perinial ni. Akak pernah sikit pasal luka perinium ketika bersalin normal dalam entry sebelum ni. Maklumlah akak dah rasa bersalin normal dengan 3rd degree tear dan Ceasaran. Jadi penjagaan kedua ni memang tak jauh beza. Trauma ini boleh berlaku secara semula jadi atau kerana kaedah Episiotomy. 

Kesan trauma?

Trauma bahagian perineum boleh memberi kesan negatif dari aspek fizikal, psikologi dan sosial wanita tersebut terutama semasa peringkat awal dan lewat pantang. Ada kalanya ia boleh mengganggu wanita memberi susu badan dan menjejaskan kehidupan keluarga dan hubungan seks.

Di United Kingdom, lebih kurang 23-42 peratus daripada ibu-ibu ini akan mengalami kesakitan dan ketidakselesaan sehingga 10-12 hari selepas bersalin manakala 8-10 peratus pula mengalami kesakitan yang berpanjangan sehingga 3-8 bulan selepas bersalin. Dianggarkan 23 peratus pula mengalami kesakitan di bahagian luar semasa hubungan seks selepas 3 bulan.

Dianggarkan 3 hingga 10 peratus pula dilaporkan mengalami faecal incontinence (kegagalan mengawal pembuangan najis) dan 19 peratus mengalami urinary incontinence (kegagalan mengawal kencing).

Keadaan luka / Koyak (tear)

Koyak (tear) bahagian posterior perineum ini boleh di bahagikan kepada 4 stage:
1. 1st degree tear iaitu melibatkan kesan melecet yang terhad kepada fourchette dan kawasan luar kulit perineal atau mucosa vagina (bahagian dalam vagina)

2. 2nd degree tear kesan melecet di luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina kepada otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai ke sfinkter dubur.
Luka bersalin
3. 3rd degree tear melibatkan koyak pada bahagian anal sphincter sama ada sebahagian (partial) atau kesemua (complete). (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur)

4. 4rd degree tearmelibatkan koyak kesemua lapisan, internal dan external anal sphincter sehingga ke lapisan mucosa anus (fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur) 
third degree tear

Faktor yang menyebabkan koyak Perineum:

Risiko trauma perinial ini disebabkan oleh 2 situasi iaitu faktor kelahiran dan faktor ibu ketika melahirkan.

Faktor kelahiran:
  1. Pernah mengalami trauma perinial pada kelahiran sebelum
  2. Kelahiran vagina (normal ) yang pertama
  3.  Saiz bayi
  4.  Cara proses kelahiran termasuk teknik ketika melahirkan dan melahirkan dengan bantuan alat.
  5. .Posisi bayi tidak normal (muka diatas)

Faktor Individu
  1. Umur ketika melahirkan
  2.  Jarak anta pembukaan faraj dan dubur pendek.
  3. Jenis tisu
  4. Diet atau status pemakanan seseorang.
Cuba bayang akak masa bersalin Rizq 3rd Degree Tear..mau tak seriau nak bersalinkan Ra.ifa lepas tu. ampai doktor pun nasihatkan Czer. Tapi Czer ok pula sebab dah mula kenal SET PANTANG SHAKLEE pula.




.

Mar 5, 2015

Nak cari buat apa?

MASALAH tu datang sendiri ke kita buat ye.. Buat apa nak cari masalah? Masalah datang bila kita cari SALAH?

INGAT SATU JE LAH

Jangan dicari salah orang sebab kita pun belum tentu BETUL.

" Bukan kebahagiaan membuatkan kita bersyukur tapi bersyukurlah membuatkan kita rasa BAHAGIA"

 

Inilah kerja akak bila rasa motivasi diri jatuh..selain mengadu pada yang ESA kan..belajar gak dari persekitaran. Fynn Jamal ni walau ramai haters die tetap hidup je...ada yang kata dia tunjuk yang gembira je memang rasa hidup die PERFECT!. daaa..manaada orang PERFECT sedikit sebanyak ada celanya. Ada masa akak pun tak setuju..tapi tengok sajalah kan..ambil yang baik-baik..ambil yang POSITIF.

Cam akak..suka tengok sebab kekadang memang buat akak rasa positif. Jangan fikir apa die rasa tapi fikir apa yang kita nak rasa. Kisah dia kita tengok jadikan contoh..kisah kita kita lukislah sendiri. Tak gitu?

Feb 27, 2015

Fenomena Ekuinoks punca suhu meningkat.

Hangat betul cerita pasal Malaysia akan berhadapan dengan suhu tinggi kerana fenomena ekuinoks ni. Sehangat cuaca sekarang gitu. Then mulalah rakyat Malaysia panik..suka tau panik-panik..
Betul ke fenomena ni yang punca suhu meningkat. Sebenarnya fenomena ini biasa macam kejadian 4 musim bagi negara yang bercuaca 4 musimlah. Cumanya peningkatan suhu ni terjadi sebab lapisan ozon makin tipis. Sekarang Malaysia suhu normal 30-33 darjah celcius...dan hujung Febuari dah 36 darjah Celsius, dijangka suhu meningkat 1-2 darjah celsius bila fenomena ekuinoks.

Fenomena ekuinoks ni bila kedudukan matahari berada tepat diatas garisan khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara Bumi. Ianya berlaku 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September.Sumber Jabatan Meterologi Malaysia menjangkakan matahari berda tegak di atas Malaysia di penghujung Mac. Suhu akan menjadi lebih tinggi sehingga 38 darja celsius untuk negeri-negeri tertentu .

Kesannya kita akan rasa siang yang panjang. Kalau perasan sekarang ni kalau jam 7.15 petang masih cerah cam kol 6.30 pada bulan-bulan lain. Betul-betul gelap bila kol 7.30-7.45...8.00 malam camtu baru nampak cahaya bulan. (nanti akak update gambar sekitar rumah..akak sampai rumah kol 7 Ra.ifa masih main kat luar)

LANGKAH BERJAGA-JAGA.

Bila suhu meningkat Kementerian Kesihatan Malaysia pun keluarkan la artikel kesedaran untuk hadapi peningkatan suhu. Suhu yang tinggi ni boleh menyebabkan badan terhidrasi, jadi boleh kena serangan 'strok haba'

fenomena ekuinoks

fenomena ekuinoks

fenomena ekuinoks
Edaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PERFORMANCE DRINK

Salah satu langkah untuk menghadapi cuaca panas yang di cadangkan adalah mengambil MINUMAN ISOTONIK untuk mengelakan kehilangan garam dalam badan setelah berpeluh. Ini penting untuk yang terpaksa buat kerja diluar. Contoh macam en.suami akak yang kena turun site. (Ala..jangan lah kata en.suami akak tu pekerja site lak..huhu..die gi tengok kerja je..tak baik tau!). Kalau ikutkan memang kegemaran en.suami la 100Plus..Revive tu tapi sebab berkabonat dan kandungan gula tinggi bahaya gak lah kalau ambil selalu.

Alternatifnya akak cadangkan dia ambil PERFORMANCE DRINK Shaklee.


  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang  kandungan gula (less sugar).
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan  cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga. 
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 

  • FAKTA MENARIK TENTANG PERFORMANCE DRINK

    • Performance Drink pertama  kali diformulasikan pada tahun 80an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan DAEDALUS (human powered flight programme).
      deadalus project 1988
      Deadalus
    • Ekslusif OptiCarb yang dopatenkan ini meningkatkan tenaga otot sebanyak  6 kali ganda, memberi tenaga danmemelihara peredaran bendalir dalam tubuh.
    • Mengandungi lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat.


    cuaca panas


    Feb 26, 2015

    Segarnya! : Jus Chromium

    Haha..apa ke mende akak merepek jus chromium tak pernah dengor pun kan. Ala nak nampak cam saintis skit je.. Chromium ni adalah sejenis mineral yang diperlukan oleh badan kita tuk tukar gula dalam badan menjadi tenaga. Penggalak metabolisma karbo,protein dan lemak. Ianya berfungsi menggalak penghasilan insulin yang menormalkan kandungan gula dalam darah. Bila tak normal maka anda penghidap DIABETIS!

    Ok ape kes JUS CHROMIUM ni. Sebenarnya jus ni mak cik akak bagi. Last week balik kampung en.suami then si Rizq lei lak selongkar peti ais wan (orang nogori yo!)  jumpa epal hijau. Sampai dua biji dibantainya. So sebelum balik akak bitau makcik akak kot terkejut lak die epal kena kebas. Tu yang die btau takpe epal tu campuran jus die sebab sebelum ni dia ada tanya camna nak turunkan bacaan gula diabetis. Akak cakap mak akak amik VIVIX.
    So resepinya simple je brokoli + epal hijau + anggur hitam. Masa tu akak angguk je dan kekonon faham.ikut logik air tu masam kelat so kencing manis jadi kelat. Lol!

    Ok sebab semalam study pasal CHROMIUM ni. So tau dah pasaipa jus tu baik tuk penghidap diabetis. Jadi resepi yang lebih saintifiknya untuk memenuhi keperluan chromium bagi dewasa (25-35 mcg) normal adalah:
    ● Brokoli 1/2 cawan : 11mcg Chromium
    ● Anggur Jus 2 cawan : 6 mcg Chromium
    ● Epal Hijau (tanpa dibuang kulit) 1 biji : 1mcg Chromium
    So total: 30 mcg Chromium

    Sedap ke tak jangan tanya sebab akak tak rasa. Tapi kalau ikut taste akak ni brokoli tu kan bau 'maung' cam muak kan so sanggup nak telan?
    Pada yang tak sanggup nak telan or tahap kerajinan cam akak ni telan je VITALEA WITH IRON FORMULA. Sebiji VITALEA mengandungi 60mcg Chromium. So sebiji sehari pun dah cukup. 

    VITALEA IRON FORMULA

    kandungan chromium


    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    FAKTA MENARIK TENTANG CHROMIUM !
    • Chromium is used for improving blood sugar control in people with prediabetes, type 1 and type 2 diabetes, and high blood sugar due to taking steroids. 
    • It is also used for depression, polycystic ovary syndrome (PCOS), lowering “bad” cholesterol, and raising “good” cholesterol in people taking heartmedications called beta blockers. 
    • Some people try chromium for body conditioning including weight loss, increasing muscle, and decreasing body fat. Chromium is also used to improve athletic performance and to increase energy. 
    • Chromium was discovered in France in the late 1790s, but it took until the 1960s before it was recognized as being an important trace element.

    Feb 24, 2015

    Kena LIKE!

     ok quick update.. haha. WW kan.. Nak ajak kengkawan LIKE page baru akak kat FB " HAMIL SIHAT BEBAS RISIKO" nah nama page serius sangat. Page ni mungkin boleh jadikan rujukan..lelagi kalau anak sulung.. akak akan kongsikan segala maklumat yang berguna semasa tempoh kehamilan.

    Eh!Preggy ni indah tau..dan kita perempuan sangat beruntung dapat rasai pengalaman ni. ENJOY!

    hamilsihatbebasrisiko
    FB Page : Hamil Sihat Bebas Risiko


    "Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan."

    amalan ketika hamil
    Perkongsian maklumat


    Feb 23, 2015

    5 Twin / Tandem Stroller Pilihan

    Ohoi..lama betul entry ni dok merap dalam draft ni..haha..naik mereput dah..hahah..mau tak lama asal google je stuck tengok menda lain. Aha! dah kenapa akak nak cari tandem stroller ni.. Jangan nk SPEKU akak preggy twin eak.. Kisahnya bila nak selang setahun memang cam kembar gak la kan. Memula dulu masa adik Ra.ifa kecik molek gigih lagi la akak nak berbaby wearing.. tapi sekarang ni ya ampun en. suami pun pandai merengek nak dukung. 

    Diaorang dua beradik ni bukan reti nak tidur kalau kat rumah. Nak keluar jejalan kat dalam kereta tu lah nak tidur. Jadi bila dah sampi destinasi pun masih beradu ( udah ibu ayah lembap kol 2 baru nak keluar). Kalau slah sorang bangun memang trolley barang tu lah jadi mangsa..lagi satu kalau takat gi Tesco..Giant..IKEA ok lah nak dok dlm trolley kan tapi hagak lah kalau kat The Curve tu ko nak usung trolley tu tiap tingakat. Panas hati je orang kalau naik lif..PENUH!

    Akak yang gigih ni pun cadang kat e.suami jom kita beli twin stroller senang sikit. Leceh pulak kalau 2 stroller sebab diorang dua beradik ni kekadang ngengda nak berjalan. dah sape nak tolak stroller nanti. Ok akak dah survey beberapa jenama la kan.. tak lah semua ..kriteria yang akak nak.

    1. Mudah nak buka tutup..easy handling gitu
    2. Tak bulky terutama bila dilipat..sebab akak naik keta kecik je dik.
    3. Harga mampu milik..tak daya kalau tengok harga tandem stroller ni
    4. Muat nak bawa naik lif
    5 Mesra adik beradik..maksudnya dapat la diorg tengok muka memasing..bergurau senda time mak ayah bercinta menolak
    6. Boleh baring dan duduk ngan selesa...sebab diorg kekadang tisur kan..sianlak nk bg tidur duduk.

    1. Phil & Teds Explorer Double Stroller

    top 5 double stroller
    Price : Rm 3699-Rm 2999

    Masa memula preggy Ra.ifa lagi dah terfikir Phil & Teds ni..masa tu ingat ni je lah double stroller yang dad dan best lah kan.

    Features:
    • Proven off-road dependability in an all new package.
    • One hand fast fold.
    • Globally safety certified.
    • Seat Performance System™.
    • Hard-wearing plastic footwell.
    • Takes a double kit (2nd seat) and a car seat all at once!
    • Also compatible with the Phil and Teds Peanut Bassinet.
    • Removable/interchangeable seat liner: easy to wash & supreme comfort!
    • Removable bumper bar and wheels.
    • One hand fast fold. Get going... faster!
    Memang best kan lelagi "one hand fast fold" tu. Tapi selain harga yang ya ampun..baik akak simpan .. haha..sebab kedudukan second seat tu akak tak gemar. apesal nak dok down to earth sangat..ala niyom montot..haha..

    2. Kolcraft Contours Option LT II Tandem Stroller

    top 5 twin stroller
    Price: RM 1599 - RM 1399

    Yang ni kita tengok kengkawan kat Ig dok pakai. Then google lah..sebab nampak cam seronok lak kann boleh wat 6 gaya..lei attach ngan baby carrier tu lagi senang kan.

    Features:
    • Seats easily reverse to create 6 different stroller options: children can both face parent, face each other, face forward, back to back, with an infant car seat or use only the front seat for additional storage in the back
    • Other children can walk & use the hold-on handles 
    • Seats recline fully for infant's comfort 
    • Infant car seat attachment fits most car seat brands on the market. Additional infant car seat attachment is sold separately to accommodate twins! (infant car seats are not included) 
    • Ultra smooth ride & steering with two 8" front single swivel & 10" rear never flat wheels 
    • Easy trigger fold and convenient free-stand allows the stroller to stand on its own! Remove both seats for a more compact fold. 
    • Parent tray with two drink holders keeps drinks close by 
    • Front child bar rotates & removes for easy child access.
      -Height/Width/Depth: 40" x 25" x 40"
      -Folded Dimensions: 24" x 25" x 42"
      -Weight: 46 lbs
      -Weight Capacity: 80 lbs.
    Tapi cer tengok beratnya tu 46 lbs = 21kg. Owh..mak aih sape lak nak angkat tu kena lak keluar sesorang. Pastu kalau nk compact fold kena buka seat semua alahai cam banyak lak kerja.

    3.Kinderwagon Hop Tandem Umbrella Stroller

    5 top twin stroller
    Price : RM 1599- RM1399
    Oleh kerana nak cari yang kecik so akak rasa beli lah umbrella fold..biasanya kalau jenins umbrella ni kecik la sikit dan jimat space. Nak lipat pun senang kan.  Pastu NANA MAHAZAN lak guna so macam tertarik gak la..

    Features:
    • Rear Seat suitable from birth to 40 lbs. with a 3 position recline. 
    • Front Seat suitable from 6+ months to 40 lbs. with a 2 position recline and 2 position leg rest. 
    • Both seats have a quick release 5-point harness with padded shoulder and crotch straps.
    • Removable canopy with 2 viewing windows and window flaps.  
    • Compact umbrella fold.
    • Lightweight aluminum frame.  
    • One touch double brakes.
    • Front wheels swivel or lock.  
    • Front and rear suspension.
    • Stands upright when folded.
    • Product Dimensions: Folded- 45.5 L x 12W x 15.5H /Unfolded- 30L x 20.5W x 42H
    • Product Weight: Weight 21.5 Pounds / 10 kg
    Ok 10 kg ok la sama seguni beras kan. Tapi camne nak tengok muka memasing kan.. seat yang depan tu lak 2 recline je.. Nampak cam sempit je adik kat belakang tu. 

    4. Maclaren Twin Techno Stroller 

    Price: RM 2300 - Rm 1699
    Maclaren ni twin so sebelah-sebelah..sangat sesuai la ngan kriteria no 5 yang akak list tadi..so boleh lah diorang main sesama. Kedua-dua ni boleh recline 3 level..dan berasingan. So kalau adik tidur or salah sorang tidur boleh lah baringkan.

    Features :


    • Suitable from birth up to a maximum weight of 15kg per child (max. 2 children)
    • One-hand recline with four independent position recline
    • Two independent, large water-resistant square hoods with viewing windows and sun visors
    • Extendable leg rests
    • 4-wheel suspension
    • Reflective accents for safety at night
    • Fits through standard doorway
    • Carry handle
    • Foot-operated linked brakes
    • Lockable front swivel wheels
    • 5 point harness
    • Compact umbrella fold
    • High performance aluminium chassis
    • Removable washable seat fabric
    • Folded dimensions: 114L x 44W x 46Hcm
    • Weight: 13.8 kg
    • Includes: Two head huggers and shoulder pads, Two coordinating boots, Two cup holders, Raincover
    Walau umbrella fold tapi bila lipat tu agak besar jugalah.. Kalau berkereta sedan ok lah. Kalau kereta compact tak sure boleh masuk ke tak.

    5. The Supa Dupa Twin Stroller from Cosatto

    Cosatto twin stroller
    RM 2300- RM 1999


    Cosatto ada memacam jenis double stroller ni..ada twin yang cam kat gambar tu dan ada yang tandem. Yang tandem tu lebih kurang design Kinderwagon Hop. Untuk Twin ni pun ada satu lagi jenis Ditto Twin Stroller beza dengan Supa Dupa ni ada cup holder dan memacam aksesori termasuk yang selimut kaki tu ( Malaysia tak yah kot panas).

    Features:
    • Lightweight aluminium chassis with carry handle
    • Compact umbrella fold with auto lock
    • Fits through a standard doorway
    • Adjustable handle height plus third handle for ease of use
    • Integral hood sunshade protection
    • Cup holder which can be used on either side of the frame
    • Includes soft insulated bottle carriers
    • Multimedia gadget pocket with speaker in the hood
    • One hand recline with 4 recline positions that work independently
    • Easy umbrella fold with auto lock
    • Adjustable calf supports
    • Spacious storage basket
    • Fully removable seat unit for easy cleaning
    • Lockable front swivel wheels
    • Free-standing feature when folded
    • Cosy Toes with kangaroo pouch and reversible zip-off fleece liner
    • Chest pads and headhuggers
    • Raincover
    • Size : Folded:  103 L x 50 W x 38 H cm
    • Weight : 13.8 kg
    Terlalu Fancy lak akak rasa..mau jadi perhatian. harga pun kat pasaran Malaysia ni agak mahal di banding dengan twin stroller yang lain.

    ************************************** 

    Bila dah senarai camni barulah senang wat pemilihan kan. Harap kalau dah beli nanti nak lah Rizq & Ra.iaf dok dediam.. Boleh akak & en.suami jalan cam orang bercinta..rangkul pinggang sambil tolak stroller.

    Kalau anak tiga camne lak? Kena beli yang gini la kot..hehe..

    Double Stroller
    Joovy Big Caboose Stand-On Tandem Triple Stroller

    Feb 17, 2015

    Baik berubah? Berubah untuk baik?


    "The biggest risk is not taking any risk... In a world that changing really quickly, the only strategy that is guaranteed to fail is not taking risks."
    Mark Zuckerberg
    "Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself."
    Leo Tolstoy

    Feb 11, 2015

    4 tahun lah!

    Okeyh..dok tggu cik abang main futsal ni kiat update blog la..nak update masa break kat opis tadi..idea beku lak..sejuk oii opis akak tu..kalau beli eskrem 8 jam dok atas meja pun tak cair..habaq ang..haha.. sebab tu akak tak pernah culas amik Vitamin C Shaklee..kulit kering tiada! Haha sempat wat iklan lak..

    Okeyh..harini ulangtahun raikan cinta akak yang ke-4. No fancy gift..takde pon candle light dinner (dinner ape kol 7 ni akak dlm keta laki main futsal..pfftt..)...surprise? Haha jangan berangan..laki akak hati kering ok.. bagi DTX COMPLEX pun takde berubah hatinya..haha..

    Alhamdulillah..4 tahun dah..macam2 dugaan cabaran hidup berdua eh! berempat. Masih jauh lagi perjalanan tu..betul orang kata makin bertambah usia perkahwinan makin bertambah la dugaan. Tapi dugaan dan cabaran tu lah mematangkan kami.

    Gaduh..jatuh..bangun..ketawa..menangis..tempuh sesama. Apsal mention gaduh dulu? Haha sebab kami mmg suka gaduh..gaduh-gaduh sayang gitu je lah..xde sampai berhari2 paling lama pun 30 min..bab gaduh ni memang buat akak rasa en.suami pengganti ayah. Sebab akak ngan ayah mmg suka gaduh atau lebih tepat kami ni ada je topik yang tak sependapat. Tak.kira waktu lak tu..haha..manis bila ingat balik sampai kan masa lepas ayah dikebumikan makcik akak lei kata " ermmm..tak adalah kawan gaduh dah nanti Rini". Alhamdulillah ada dah gantinya..haha..

    Ok lah tersimpan dalam draft dah entry ni benornya sebab si Rizq membuat rampasan hp akak ni..kan hp ibu hp dia..

    Doakan kami sentiasa bahagia! Amin. (bahagia.dan kaya boleh?)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...