Jun 29, 2014

Resepi Mudah Bulan Puasa

Assalam

Selamat berpuasa kengakawan semua. Alhamdulillah semalam dah dapat 1 hari puasa kan. Sekejap je rasa dah masuk bulan Ramadhan. Ok sejak duduk dengan mak ni saya tak kisah sangat dah resepi masakan untuk berbuka dan bersahur. Mak ada boleh tolong tapi takkan setiap hari nak harapkan mak kan. So saya pun mengGOOGLE la resepi-respi ringkas.

Saya jumpa resepi karipap roti gardenia. senang sangat kot. Senang, Mudah Ringkas Tuntas pastinya membangkit selera haha..ayat iklan sangat,

 Karipap Gardenia (Garpap)
 aha! ini menu sesuai untuk berbuka ada lebih kita buat sahur yer.

   Bahan-bahan :
   Roti putih Gardenia
   Sardin
   Cili giling
   Bawang besar
   Minyak untuk menumis dan menggoreng boleh gak nak wat mandi..haha.. ok tak kelakar.

  Cara-cara;

Ambil sekeping roti gardenia gelek kasi leper. agak-agak jangan sampi nipis sgt kang boh inti koyak pula. Guna penggelek kita guna gelas je..so korang sukahati nak guna apa ok. tu untuk kulitnya. So untuk inti. tumis bawang besar nak boh bawang putih skit halia segala bagai pun boleh. Pastu masukkan cili giling satu sudu suka pedas lei letak satu mangkuk. pastu sardin ambil ikan je sebab nk inti kering klo nk letak sos tu letak lah sikit tak yah semua. tunggu sampi inti kering ikan kasi hancur.

Ok now gunakan acuan karipap tu letak kulit letak inti kasi kepit. karipap ni kita tak boleh lah nk lipat-laipat cecantik manual tu takmonye lekat. Aha! gunakan tepung yangdi bancuh atau telur tuk gamkan jangan guna gam uhu ok.

seterusnya bolehlah goreng dan hidangkan .oppss jangan terus makan tunggu azan maghrib berkumandang ok. Bulan puasa ni.

Untuk bersahur ringkas dan mengeyangkan boleh gak cuba 3 Mighty Gems dari Shaklee. yang ni lagi mudah.

Bahan-bahan :
ESP
Mealshake
Performance Drink

Cara-cara : 

Ambil 1 sudu ESP, Mealshake dan Performance Drink. Campurkan dengan 500 ml air masak. Dan shake-shake...Gunakan shaker kalau guna gelas shake-shake tak kemulutlah jawabnya.

Performance Drink


Selamat mencuba!!

0126278520 sms/wapp
rini borhan SID anda!
     

Jun 25, 2014

Makanan tambahan untuk anak

Perlu ke anak-anak diberi makanan tambahan ini. Bagi bayi bawah 6 bulan mereka tak perlukan makanan tambahan selain susu ibu atau susu formula untuk bayi. Apabila bayi berumur 6 bulan boleh perkenalkan makanan pejal dan makanan tambahan jika perlu. Biasa makanan tambahan untuk kanak-kanak bawah 1 tahun adalah atas cadangan doktor. 


Sebagai ibu bapa, antara perkara yang perlu anda ambil kira jika ingin memberi makanan tambahan kepada anak-anak anda ialah


  1. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan
  2. Suplemen perlulah diperbuat daripada bahan semulajadi yang sesuai dan selamat untuk mereka
  3. Vitamin hanya diberikan bila anak anda perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak
  4. Suplemen yang diberi haruslah mengandungi spektrum nutrisi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka

Antara vitamin dan mineral yang anak-anak anda perlukan termasuklah:-


Vitamin A

Fungsi: Penting bagi mata

Sumber: Lobak merah, telur dan marjerin



Vitamin B1

Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan

Sumber: Gandum, daging dan susu



Vitamin B2

Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan

Sumber: Susu, daging dan ikan



Vitamin C

Fungsi: Penting bagi meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit

Sumber: Sayuran warna hijau dan buah-buahan sitrus



Kalsium

Fungsi: Penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat

Sumber: Susu dan keju serta lain-lain produk tenusu



Zat besi

Fungsi: Penting bagi pembentukan haemoglobin bagi sel darah merah

Sumber: Ikan, telur dan ayam


Saya mula beri Rizq makanan tambahan pada umurnya 10 bulan. Dan tidak lah diberi hari-hari hanya seminggu 2 kali sahaja. Saya rasakan Rizq memerlukan makanan tambahan kerana dia mudah selsema kerana alah pada cuaca. Bila selsema antibodi lemah lebih mudah untuk berjangkit dengan penyakit yang lainnya. Rizq juga picky eater jadi saya tahu nutris yang diperlukan tiada dalam makanan kegemarannya.

Pelbagai pilihan makanan tambahan di pasaran memeningkan kepala saya dan Rizq yang agak memilih ape yang dimakan menyebabkan saya mencari vitamin yang mudah disorok. Kriteria lain adalah semulajadi dan selamat, jadi saya memilih Mealshake Shaklee. MealShake ni susu perisa vanila sah-sah memang senang nak sorok kan. Campur dalam susu dia memang tak terasa dah. Satu canister tu pula boleh tahan 6 bulan dan kekadang lebih bila saya tak beri hari-hari. Yang menariknya Mealsahake mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh mereka dan merupakan sumber protein dan kalsium bagi pembinaan tubuh dan tulang kanak-kanak.

Bila doktor kata Rizq ada potensi untuk ikut jejak keluarga suami yang ada sejarah menghidap asma saya beri pula Omega Guard pada Rizq. Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi asid lemak omega 3 selain baik untuk paru-paru, ianya juga baik untuk perkembangan minda. Perubahan yang saya nampak sejak Rizq ambil Omega Guard adalah demam selsema dan batuk cepat sembuh dan bila dia batuk kahak tidak kumpul dekat paru-paru. Doktor pun dah tak bagi ubat kahak jika batuk.

Alhamdulillah Rizq serasi dengan kedua-dua makanan tambahan ini. Saya juga campur dengan makanan tambahan lain seperti madu. Raifa pun saya malakan makanan tambahan sejak die berumur 9 bulan, tetapi saya hanya beri raifa madu kerana raifa tiada masalah untuk makan. Bubur raifa saya maska sendiri dan saya pastikan buburnya warna warni dari pelbagai sayuran dan buah-buahan kerana pelbagai warna mengandungi pelbagai vitamin yang berbeza.


vitamin kanak-kanak




Untuk pertanyaan dan tempahan 
0126278520 sms/wapp
Rinie borhan cari saya di FB  



Jun 24, 2014

Gila bulan Sale.

aha!

Siapa suka baca post2 kita yang lepas memang lah asik cerita pasal sale dan kebanyakkan Warehouse sale. Aha! ahkak memang suka shopping time sale dik non. Ada orang tak suka gi sale-sale ni serabut katanya. kang tarik baju sebalah kanan sebalah kiri ade orang lain lak tarik.

Kenapa kita suka gi warehouse sale? Sebab utama tentu-tentulah murah kan . Tapi sebab paling utama adalah puas bila dapat beli barang yang biasa nya kita tengok harganya beratus dapat sehlai dua ni kita dapat berhelai-helai. Ala mesti dah out of seasonnya baju. Yup kebanyakkannya stok lama tapi masih nampak baru dan warehouse sale yang selalu pergi pun pakaian dan keperluan bayi dan kanak-kanak. Baju budak ni tak lah laju sangate keluar keluaran baru. Bebalik yang sama juga.

Ok bulan ni banyak pula sale sebelum Ramadahan menjengah. Saya dah get ready dah. sebab malas nak shopping time puasa nanti ( boleh caya ke??) Antara dah dalam list Sogo : Hari Raya Members day Sale 27-28 Jun 2014 dan Poney Mega Clearance (24 Jun-9 Julai 2014). cantik sangat timing tu sebab baru gaji. Memang dah ready dari last week duit shopping ni dari Bonus Shaklee tinggal nak serang. Nampak tak betapa excitednya kan.

Nanti lepas shopping kita share ape kita dapat betul ke shopping time sale value for money korang..
 

sale

 baby poney

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...