Jun 25, 2014

Makanan tambahan untuk anak

Perlu ke anak-anak diberi makanan tambahan ini. Bagi bayi bawah 6 bulan mereka tak perlukan makanan tambahan selain susu ibu atau susu formula untuk bayi. Apabila bayi berumur 6 bulan boleh perkenalkan makanan pejal dan makanan tambahan jika perlu. Biasa makanan tambahan untuk kanak-kanak bawah 1 tahun adalah atas cadangan doktor. 


Sebagai ibu bapa, antara perkara yang perlu anda ambil kira jika ingin memberi makanan tambahan kepada anak-anak anda ialah


  1. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan
  2. Suplemen perlulah diperbuat daripada bahan semulajadi yang sesuai dan selamat untuk mereka
  3. Vitamin hanya diberikan bila anak anda perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak
  4. Suplemen yang diberi haruslah mengandungi spektrum nutrisi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka

Antara vitamin dan mineral yang anak-anak anda perlukan termasuklah:-


Vitamin A

Fungsi: Penting bagi mata

Sumber: Lobak merah, telur dan marjerin



Vitamin B1

Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan

Sumber: Gandum, daging dan susu



Vitamin B2

Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan

Sumber: Susu, daging dan ikan



Vitamin C

Fungsi: Penting bagi meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit

Sumber: Sayuran warna hijau dan buah-buahan sitrus



Kalsium

Fungsi: Penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat

Sumber: Susu dan keju serta lain-lain produk tenusu



Zat besi

Fungsi: Penting bagi pembentukan haemoglobin bagi sel darah merah

Sumber: Ikan, telur dan ayam


Saya mula beri Rizq makanan tambahan pada umurnya 10 bulan. Dan tidak lah diberi hari-hari hanya seminggu 2 kali sahaja. Saya rasakan Rizq memerlukan makanan tambahan kerana dia mudah selsema kerana alah pada cuaca. Bila selsema antibodi lemah lebih mudah untuk berjangkit dengan penyakit yang lainnya. Rizq juga picky eater jadi saya tahu nutris yang diperlukan tiada dalam makanan kegemarannya.

Pelbagai pilihan makanan tambahan di pasaran memeningkan kepala saya dan Rizq yang agak memilih ape yang dimakan menyebabkan saya mencari vitamin yang mudah disorok. Kriteria lain adalah semulajadi dan selamat, jadi saya memilih Mealshake Shaklee. MealShake ni susu perisa vanila sah-sah memang senang nak sorok kan. Campur dalam susu dia memang tak terasa dah. Satu canister tu pula boleh tahan 6 bulan dan kekadang lebih bila saya tak beri hari-hari. Yang menariknya Mealsahake mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh mereka dan merupakan sumber protein dan kalsium bagi pembinaan tubuh dan tulang kanak-kanak.

Bila doktor kata Rizq ada potensi untuk ikut jejak keluarga suami yang ada sejarah menghidap asma saya beri pula Omega Guard pada Rizq. Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi asid lemak omega 3 selain baik untuk paru-paru, ianya juga baik untuk perkembangan minda. Perubahan yang saya nampak sejak Rizq ambil Omega Guard adalah demam selsema dan batuk cepat sembuh dan bila dia batuk kahak tidak kumpul dekat paru-paru. Doktor pun dah tak bagi ubat kahak jika batuk.

Alhamdulillah Rizq serasi dengan kedua-dua makanan tambahan ini. Saya juga campur dengan makanan tambahan lain seperti madu. Raifa pun saya malakan makanan tambahan sejak die berumur 9 bulan, tetapi saya hanya beri raifa madu kerana raifa tiada masalah untuk makan. Bubur raifa saya maska sendiri dan saya pastikan buburnya warna warni dari pelbagai sayuran dan buah-buahan kerana pelbagai warna mengandungi pelbagai vitamin yang berbeza.


vitamin kanak-kanak




Untuk pertanyaan dan tempahan 
0126278520 sms/wapp
Rinie borhan cari saya di FB  



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...