Feb 26, 2013

Set Penyusuan Shaklee

Susu ibu memang terbukti sumber makanan terbaik untuk bayi. Ramai yang berjaya menyusukan bayi tanpa mengambil sebarang makanan tambahan sepanjang tempoh penyusuan selama 2 tahun. Tetapi badan manusia berbeza2 penghasilan vitamin dan penyerapan vitamin dari sumber makanan seharian setiap dari kita berbeza-beza. 

Kita sendiri dulu dengan masalh anemia selepas kelahiran. Penghasilan susu yang kurang memberangsangkan memerlukan kita lebih masa untuk menyusukan bayi dan mengepam. Penat, lesu, STRESS semua ni mempengaruhi penghasilan susu ibu. 

Pengambilan supplement untuk penyusuan bukan sahaja untuk meningkatkan hasil penyusuan tetapi yang lebih penting adalah untuk kesihatan ibu & bayi itu sendiri. Tentunya itu antara sebab ibu-ibu memilih untuk menyusukan sendiri bayi.


Apakah kegunaan supplemen-supplemen ini untuk penyusuan?

ESP (Protein) – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitalea (Multivitamin) – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Vitamin C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B kompleks – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Ostematrix (Kalsium) – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Alfalfa – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Omega Guard – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...