TAPI HARUS DINGAT POST INI BANYAK PERKATAAN YANG MEMERLUKAN ANDA BERUSIA 18 TAHUN KEATAS. Kalau masih adik-adik nak baca boleh je cuma simpan tuk akan datang ok!
Balik pada tajuk asal " Boleh ke kita tentukan Jantina baby ni?". Biasa je kita dengar petua-petua macam suami makan makanan beralkali isteri makan makanan berasid tuk dapat anak perempuan.keduduka ketika bersama..wife bawah husband atas tuk anak dapat lelaki dan memacam petua lagi kan. tapi pernah dengan "Shettles Method"
Sebelum tu akak bagi gambaran atau secara teori pembentukan jantina ni. Apabila seorang wanita melalui proses ovulasi iatu telur telah matang untuk disenyawakan dengan Sperma, ia membawa satu kromosom X. Manakala sperma boleh membawa sama ada kromosom X atau kromosom Y.
Jika sperma dengan kromosom X yang disenyawakan telur, embrio akan berkembang menjadi bayi PEREMPUAN (XX). Jika sperma dengan kromosom Y disenyawakan telur, embrio yang akan berkembang menjadi bayi LELAKI (XY). Oleh itu, kita sering merujuk kepada sperma sebagai faktor sama ada bayi lelaki (Y) atau perempuan (X).
Sebelum menunjukkan faktor-faktor yang memainkan peranan dalam menentukan jantina, kita perlu tahu kualiti kromoson X dan Y yang dibawa oleh Sperma.
Kromosom Y (LELAKI)
- Ukuran sperma lebih kecil
- Daya hidup lemah, tapi bergerak lebih cepat (agresif) dibandingkan dengan kromosom X.
Kromosom X (PEREMPUAN)
- Ukuran sperma lebih besar dan bergerak perlahan
Jika anda ingin ANAK LELAKI, persetubuhan perlu dilakukan pada waktu puncak iaitu tidak lebih daripada 12 jam sebelum ovulasi. Anda boleh mengesan ovulasi melalui carta atau dengan kit ramalan ovulasi (sama seperti ujian kehamilan). Anda juga boleh bersama apabila perubahan mukus serviks anda pekat dan likat - seperti putih telur. -
Jika anda ingin ANAK PEREMPUAN persetubuhan boleh dilakukan dua hingga empat hari sebelum ovulasi. Ini kerana sperma dengan kromosom X hidup lebih lama daripada kromosom Y. Jadi peluang kromosom X lebih tinggi untuk disenyawakan oleh telur lebih tinggi. Tetapi mengikut Dr. Shettle kebanyakkan pasangan tidak akan melakukan perhubungan sejurus selepas habis haid, tetapi bagi yang inginkan anak perempuan kaedah ini boleh diamalkan.
FAKTOR 2 : PH VAGINA? FARAJ
Ketika awal waktu subur PH faraj lebih berasid berbanding waktu hampir ovulasi. Keadaan ini menyebabkan persetubuhan pada awal waktu subur akakn membunuh sperma kromoson Y. Bagi mendapatkan ANAK LELAKI kaedah shettles yang menasihatkan tidak mempunyai hubungan selama empat hingga lima hari sebelum ovulasi. Anda perlu menggunakan kondom jika anda ingin melakukan hubungan seks pada masa ini.
Untuk ANAK PEREMPUAN, Shettles mengesyorkan hubungan setiap hari dari akhir tempoh haid anda sehingga 2-4 hari sebelum ovulasi, maka tidak ada hubungan sehingga 2-3 hari selepas ovulasi.
FAKTOR 3: KEDUDUKAN KETIKA BERSAMA
Kedudukan ketika bersama atau "male panetration" dikatakan membantu peluang anda untuk menentukan jantina kerana kedudukan mempengaruhi kedua-dua kedalaman dan kadar PH faraj.Semakin dekat kepada pembukaan faraj, saluran pembiakan lebih berasid wanita
Kaedah Shettles menunjukkan kedudukan dengan penembusan lebih dalam untuk lelaki meletakkan sperma kromosom Y lebih dekat dengan telur, memberikan peluang yang tinggi untuk ANAK LELAKI. Manakala sebaliknya jika mengiinginkan ANAK PEREMPUAN.
FAKTOR 4 : WAKTU MENCAPAI KLIMAKS
Untuk hamil ANAK LELAKI, wanita itu harus cuba untuk mencapai klimaks sama ada sebelum atau pada masa yang sama dengan pasangannya. Kaedah shettles mengatakan bahawa gelombang klimaks yang akan membantu untuk merangka sperma bergerak lebih cepat kepada telur, menyebabkan sperma dengan kromoson Y lebih berpotensi tinggi untuk disenyawakan berbanding sperma kromosom X yang bergerak lebih perlahan.Untuk mendapatkan ANAK PEREMPUAN, Dr.Shettles mengesyorkan wanita mengelak dari klimaks.
FAKTOR LAIN:
Untuk ANAK LELAKI, suami sebaiknya memakai seluar yang lebih longgar. Hal
ini, bagi meningkatkan kesuburan dimana testis memerlukan
suhu yang lebih rendah agar sperma dapat bertahan hidup kerana
sperma kromosom Y daya hidup lebih lemah.
Bagi memperolehi ANAK PEREMPUAN, suami sebaiknya mandi air panas sebelum bersama isteri. Dengan cara ini sperma kromosom X akan lebih berpeluang.
Kadar Kejayaan?
Doktor Shettles mendakwa bahawa kaedah ini untuk ANAK LELAKI potensi kejayaan 80-85% dan kaedah untuk seorang ANAK PEREMPUAN 75-80%.
Apa-apapun pada akak " KITA HANYA MERANCANG ALLAH YANG MENETUKAN" tapi tak salah mencuba kerana kaedah ini disokong dengan BUKTI SAINTIFIK.dan paling penting tak melibatkan kos serta kaedah perubatan pun.
No comments:
Post a Comment