Dec 15, 2011

Kongsi adalah Prihatin : TheArtSoul Studio

Ayuh sila grab ini promo........meh terjah page TheArtSoul Studio




p/s: wat maternity shoot pun best ni kan..jom sape nak sponsor join..

FullHouse: 27 tahun da..

Alhamdulillah..selamat ulangtahun ke 27 sayang..sayang kamu muchy2..jadi ayah yang baik yer..hehe..

Dengan bantuan sis in law (thanks eak pja tggu dekat 5 jam kat opis), dapatlah kt celeb bday en.suami..wat simple2 je..just mkn2 tiup2 lilin potong2 kek..then balik..hehe..kebetulan je dapat idea nak gi fullhouse ni..sbb nak gi fabolous mom butik kat ttdi..so da alang2 smpi sane gi je la fullhouse kat sunway giza. Ye la..kan pening2 cari idea camne nk celeb..kalo nk msk cam sk x pandai la plak + lately sgt la cepat penat...

ok lah meh la layan pic menggedik syiok sendri kitorg. bagus gak ade sil ni lei tlg jd photographer..

p/s: sedap la menu yang kt makan tu..nk gi lagi arr b4 deliver..kang dok teringat2 lak mase berpantang.


Dec 13, 2011

Siapa nama?

alhamdulillah hari ni da 35 weeks..makin susah nak jalan..huhu lotih mak.. :) So preparation tuk lil one 95% complete..act cam complete je sume ibu die gedik rase tak complete..

Ok bile da masuk 3rd trimester kt dah mula mencari2 nama tuk lil one..panjang senarai dah dibuat. Tapi tiap kali tanya nama anak kengkwn yg bersalin dulu ada je nama nak diubah..tak nak sama la konon..sudahnye sampai list je panjang berjela.. so kita pun mencari2 maklumat tentang menamakan bayi mengikut islam.

kalau nak cite bab nama ni mmg la panjang. tapi bagi umat islam kt ada panduan dan nama yang di beri mestilah membawa maksud yang baik2. Kenapa perlu memilih nama yang baik??? Ini kerana memeberi nama yang baik adalah ibadah. Selain tu, panggilan yang mempunyai erti yang baik merupakan doa yang penting dalam membentuk peribadi seseorang

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. katanya, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”

(sumber: abi muslih)

Sunnah dalam menamakan bayi hari ketujuh atau pada hari ia dilahirkan

Ini ditegaskan oleh Imam Nawawi dalam al-Azkar; “Yang menjadi sunnah ialah menamakan bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari kelahirannya”

“Telah dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Nabbi s.a.w., maka baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah tamar serta baginda mendoakan keberkatan untuknya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Jika bayi yang dilahirkan ditakdirkan mati sebelum diberi nama, disunatkan juga diberi nama kepadanya. Begitu juga, sunat memberi nama anak yang gugur.

Dan kalau kita nak menamakan anak-anak mesti pastikan perkara-perkara berikut:

a) Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik kerana Nabi s.a.w. bersabda;

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ
“Sesungguhnya kamu sekelian akan diseur/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

b) Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.;

إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman”. (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)

c) Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w.;

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ
“Berilah[9] nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Nabi s.a.w. telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.

d) Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya.

Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin”.

e) Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.

Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Nabi s.a.w bermaksud:

“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)? Lalu ia menjawab; ‘Tidak ada’. Sesungguhnya nama-nama itu hanya empat. Maka jangan kamu menambah ke atas apa yang aku sebutkan itu”. (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)

f) Diharamkan memberi nama dengan nama “Malikul-Amlak” yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’.

Sabda Rasulullah s.a.w.;

إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ
“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak”. (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

g) Hendaklah dijauhi dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya. Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’.[15]

h)Jauhi dari memberi nama dengan nama-nama yang menggambarkan hilang/leburnya jati-diri (sebagai seorang muslim), meniru-niru (nama orang bukan Islam) dan nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama Huyam (gila berahi), Susan dan sebagainya.[16]

i) Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi s.a.w. telah melakukannya kepada para sahabat baginda.

Ibnu Umar r.a. menceritakan;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)’”. (Riwayat Imam Muslim)

***والله أعلم بالصواب***

Untuk penjelasan lebih terperinici boleh lah baca artikel Panduan memberi nama anak dalam islam (oleh:USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL)

*****************************************
Ok kita ni antara web yang boleh rujuk untuk cari nama-nama anak yang baik dan mengikut islam:

kalau nak anak ejaan ala2 omputih tapi bawa makna baik lei rujuk web ni

Dec 12, 2011

14 dec : birthday hubby

alamak sok 14 dec la birthday incik husband..kawan2 tolong bagi idea nk watpe..tempat makan mane eak best yg lei request bday cake tanpa pengetahuan en.husband..adoi la..


cuppies birthday en.husband mase last b4 bertunang..serpriseee sgt ni..MU logo tu die simpan smpi 3 hari kot syg nak makan katenye.. :)

p/s: nak bg cuppies kat opis kang akak kate showoff sgt.any idea?? (suke tgk en.husband teruja: kalo kt maska die tak teruja pun..huhu..)

Dec 6, 2011

Rabu tanpa Kata : Hari Keluarga










pic ehsan dari BIG BRO izam borhan..

p/s: berlangsung pada 3-4 DEC 2011.sangat best sekali sekala berkumpul ngan sedara mara..insyaallah tahun depan kt wat lagi yerr..(segmen paling aku suke sukaneka, klakor tgk wak2,pakcik,makcik bersukan)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...