Jan 28, 2011

CINCIN untuk LELAKI ISLAM

hi..
act arini nk cite la psal cincin tuk lelaki..maybe ade lagi b2b yang tertanye2 kan nk pilih cincin camne tuk bakal hubby tu..act kt pnah cite psal cincin kat entry ni..tapi kali ni nak cite detail sket..sy pun google info n jumpe beberapa aritkel psal cincin tuk lelaki islam.terdapat beberapa hadith berkaitan perhiasan yang kt dapat kumpul dan mengkin berguna kan. mestilah kt nk bagi yang terbaik tuk bakal hubby kan..buakn je cantik dipkai tapi dapat shafaat sebab ikut sunnah Raulullah SAW. Insyaallah. (takut gak nk cite psal hukum agama tapi ni kt amek dari beberapa web..kt sertakan link nnti lei rujuk sendri detail k)

  • Pemakaian cincin di jari manis dan jari kelingking.

"“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwayat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)" sumber

  • Memakai cincin dari perak.

Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi saw pernah memakainya. Anas ra, berkata :-

لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لا يقرءون كتابا إلا أن يكون مختوما فاتخذ خاتما من فضة فكأني أنظر إلى بياضه في يده ونقش فيه محمد رسول الله

“Tatkala Nabi saw ingin menulis surat kepeada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].

Ada dikalangan ulama’ yang mengatakan sunnah bagi lelaki memakai cincin perak berdasar dalil diatas. (sumber)


p/s tapi selain perak lelaki msih lei pkai cincin dari platinum, platinum sterling, pladdium. kalau sebelum ni kt selalu igt lelaki lei pakai suasa rupenye tak lei lorr.. lei bace psal hukum bahan ni detail kat blog ustaz naim ni pasal perhiasan suasa tuk lelaki.

  • Kite gak ade jumpe tips pilih cincin lelaki ni.
1. Pertamanya, seseorang mestilah dapat membezakan bentuk cincin yang hendak dipilih sama ada ia sesuaian dengan karektor diri atau tidak.

2. Usah terpengaruh dengan reka bentuk yang mungkin tidak sesuai disarungkan pada jari anda.

3. Tidak semua jari sesuai menggayakan sesetengah bentuk cincin seperti jari halus dan kurus tidak digalakkan memakai cincin berbentuk besar kerana kelihatan tidak
seimbang.

4. Warna dan bentuk cincin mempengaruhi sesetengah individu. Lebih baik selidik terlebih dulu kandungan dan kesesuaian cincin dengan jari sendiri.

5. Jangan tergesa-gesa memiliki cincin semata-mata mahu kelihatan hebat dan menarik di mata orang lain.

6. Lakukan pemerhatian dan meninjau di beberapa kedai emas dan permata untuk mendapatkan idea cincin terkini yang sesuai.

7. Pilih beberapa bentuk cincin dan sarungkan satu persatu ke jari manis. Tidak salah untuk mencuba beberapa bentuk cincin semata-mata untuk memenuhi cita rasa. Cuba dan terus mencuba.

8. Jika perlu, minta jurujual cermin untuk melihat kesan atau efek cincin yang disarungkan pada jari.

9. Pastikan cincin yang sudah berkenan di hati tidak terlalu ketat mahupun longgar.

10. Tidak salah bersabar semata-mata untuk mendapatkan cincin yang berkenan di hati!



ni antara kedai yang kt gi ade offer cincin tuk lelaki islam dan diorg aware yang lelaki islam tak blei pkai emas..act ade byk kdai yang offer ni antara yang kt penah gi survey.kt tak gi kdai platinum sbb tak mampu dek non..tapi kalo platinum da tentu2 bakal2 hubby uolss lei pkai k.harap info kt kali ni dapat membantu k.

goldheart Jewellary
Ground Floor, G054,
Lingkaran Syed Putra,
Mid Valley Megamall, Mid Valley City, 59200,
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Tel. No: 03-22828923

Jalan Masjid India, Ground Floor No. 6

Tel: 03-26930873 | Fax: 03-26937441

16-20, Jalan 52/4, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 (3) 7958 8999 Fax: +60 (3) 7958 8398

2 comments:

AiMiNaDiYa ^^ said...

awesome kak info ni! TQ :)

aiminadiya.blogspot.com

rini.borhan said...

tq aimi..singgah and baca..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...