Oct 2, 2012

Tabungan anak-anak Siri 1 : Tabung Haji


hi semua

aduh..hari ni patut WW je kan.. tapi hutang post ni kena gak tunaikan. Ada ke yg tunggu eak...( perasan la ko rini woii..)

Mase kt kecik dulu ayah bukakan akaun BSN Giro ala buku kaler kuning tu. Rasenye ayah pilih bank ni sbb ni je bank yg dekat senang nk gi. Dok kat kg pekan koboi je kan..at least ade gak simpanan. Ayah lak da pencen so tak la byk simpanan yg leidibuat tuk setiap anak. Masa nak reg masuk diploma baru aku tgk buku bank aku tu ade la dlm 2k++ je. huisshh belanja masuk U ni byk tau..Jap je aku tgk duit yg ayah kumpul bertahun2 tu habis. Sem seterusnya aku guan wit PTPTN (smpi la ni tak habis bayor)

Lantaran itu (sastera habis) aku pun dok fikir psal simpanan rizq ni..Kena wat simpanan jangkamasa panjang ni..Kena lak kalo anak da 2 3 org nnti camno..sume lak alhamdulillah menjadi masuk U..mane nk cekau wit kan. Kt start la menggali ilmu simpanan kanak2..uishh mcm2 produk ade nak islamic ke nk konvensional ke kan.. Macam2 diorg offer..ade tu siap bg memcm goodies tiap kali kt wat simpanan. Pilihan kt tuk Rizq :-

 Simpanan di Tabung Haji  .   


Kelebihan menyimpan di TH
  1. Berlandaskan syariah Islam
  2. Suci
  3. Dividen kompetitif
  4. Zakat Perniagaan dibayar
  5. Dikecualikan cukai
  6. Dijamin oleh kerajaan
  7. Pengeluaran tanpa had
Kelayakan Menjadi Pendeposit TH

Syarat-syarat :

  • Individu beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Pemastautin Tetap 
  • Pembukaan Ahli Baru
    1. Simpanan permulaan RM2.00
    2. Dokumen pengenalan diri yang sah
    3. Akaun Dewasa
      • Berumur 12 tahun ke atas
    4. Akaun Kanak-Kanak
      • Di bawah umur 12 tahun mengikut tarikh lahir
      • Penjaga adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991.
      • Penjaga adalah pendeposit pendeposit TH
      • Penjaga perlu membawa sijil lahir/MyKid kanak-kanak tersebut/Sijil Nikah (ibu/bapa tiri)
  • Simpanan (Tiada had simpanan)
    • Tunai dalam RM
    • Bukan Tunai – Cek, Bank draft, Bankers' Check
  • Pengeluaran
    • Had maksimum tunai RM10,000 tunai sahaja
    • Had pengeluaran melebihi RM10,000 boleh dilakukan di TH Negeri dan Ibu Pejabat TH sahaja melalui cek/pindahan telegrafik.

TH ade offer produk tuk galakkan kanak-kanak ni menyimpan. Produk pendeposit yang ditawarkan :

Kelab TaHa

Keistimewaan

  • Kad keahlian secara percuma.
  • Potongan harga di lebih 300 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia.
  • Potongan 15% harga penginapan di mana-mana Rangkaian TAHA.
  • Layak dipertimbangkan untuk Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.*
  • Penyertaan Klinik Bimbingan Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM secara percuma.*
  • Peluang menyertai peraduan dan memenangi hadiah yang menarik.*

Kelab TaHa@U

Keistimewaan

Ahli diberi keutamaan dan berpeluang berkhidmat dengan TH melalui:-
  • Program Skim Latihan Graduan
  • Latihan amali/praktikal
  • Program sukarelawan
    • Semasa musim haji dalam operasi tanah air
    • Program mentor mentee antara pelajar universiti dan pelajar sekolah
    • Program kemasyarakatan TH/IPT di bawah Kelab TaHa@U
  • Menyertai aktiviti kelab seperti sukan dan riadah serta peraduan yang dianjurkan bersama Berita Harian
  • Diskaun harga di lebih 200 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia.
( klik link untuk dapatkan borang pendaftaran kelab.)

p/s: Siap ade 2 siri lagi pasal simpanan ni. ok go to next post kt cite pasal IKHLAS Takaful Education Plus.

3 comments:

mama_alifsarah said...

wak man pun buat simpanan tabung haji tok anak2 dia... till now i tak update and still ada kad ID tabung haji kaler putih tu... bila nak start menabung kat tabung haji ni? :)

rini.borhan said...

owh sila update pastu lei daftar tru gi haji..hehe..da start guna wit raye rizq aritu..

aTy _faRed~ said...

aty ritu mase nk menyimpan duit raye anak...carik tabung haji ni kat rawang tak tau mane letak..!! jadi simpan dalam maybank dulu...lepas tu nak gi bukak accnt tabung haji die tah tak tau biler..nak transfer semua duit die ke tabung haji ni..insyaallah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...