Mar 22, 2013

Set Breastfeeding Shaklee : Milk Booster

Aha! betul ke ni?? Cam best je dengar kan.Sebenarnya Set Breastfeeding Shaklee ni hanya melengkapkan salah satu perkara asas dalam penyusuan, ia bukan magic potion- tak buat apa-apa, tak pam, kurang minum air tapi susu terus memancut. Tidak sama sekali ok! Ia tidak melawan fitrah alam. Tapi ia membantu ibu menyusukan anak dengan lebih selesa dan merangsang penghasilan susu yang lebih berkualiti.


Set Breastfeeding Shaklee mengandungi beberapa supplement asas untuk breastfeeding. Boleh ambil semua untuk kesan yang mabeles gitu.

#1 : ESP
ESP ni membuatkan kita rasa tak letih, sentiasa bertenaga sepanjang hari,dan salah satu MILK BOOSTER sebab ia nya melengkapkan salah satu komponen utama susu ibu, iaitu protein

#2: Vitalea: 
Tahukah anda, bila susu kita drop, maksudnya badan kita sedang kekurangan nutrisi? Apa kaitannya? Contoh ye, bila kita kurang makan dalam sehari, kita puasa lah kata kan. Adakah kita akan lembik, atau bertenaga sepanjang hari? Ni bila kita disekat untuk makan. Sah- sah lah kita akan lembik sepanjang hari kan?

Macam tu jugak lah badan kita. Bila badan kurang nutrisi, organ- organ dan sistem- sistem dalam tubuh yang bekerja untuk menghasilkan susu ibu menjadi lembik, dan production pun menurun. Sebab tu dikenalkan Vitalea.

Vitalea ni nama lain bagi multivitamin. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Jadi kalau mak- mak yang selalu makan luar, kita pun tak sure cukup tak nutrisi seharian kita sebab ye lah, makanan pun bergoreng, minyak org kedai dah guna reuse berapa kali, semua nutrisi hilang semasa penyediaan makanan, maka mak- mak ni dicadangkan sangat untuk ambil Vitalea.

Lagi satu, Vitalea ni memang power sebagai ENERGY BOOSTER. Fuhhh!! Betul power. Tapi kena ambil 2 bijik lah sehari. Sebijik je tak jalan. Ikut cadangan kat botol vitamin tu

#3: B Complex

Tahukah anda, orang perempuan ni nak tak nak memang kerap bermain dengan emosi. Kalau period lah senang nampak, nampak beremosi sungguh. Sikit- sikit nak marah, ada je yang tak kena. Dan bila emosi ni tak terkawal, production susu lah yang akan terjejas. Kalau si ibu sering stress dengan urusan pejabat, urusan pembantu rumah atau pengasuh, atau apa- apa urusan lah- keyword nya STRESS-- maka susu pun susah nak flow dengan lancar. Dan ini lah salah satu punca kenapa susu mula down.

Kat sini lah pengambilan B Complex memainkan peranan. Ye lah, nak de-stress kat tepi tasik sah- sah takda masa. B Complex merangsang penghasilan serotonin kat otak. Hormon serotonin ni nama lain dia adalah hormon happy. Jadi bila ada banyak hormon happy, ibu happy, milk production pun bertambah lancar

#4: Vitamin C

Tahukah anda, masa kita duk menyusukan anak, boleh jadi kelenjar susu kita tercedera. Lebih -lebih lagi dengan gabungan keadaan yang kita stress. Bila kelenjar susu luka, tu pasal milk production boleh jadi low. Jadi vitamin C kat sini berperanan sebagai melindungi kecederaan kelenjar susu. Dalam vitamin C ada sedikit unsur collagen. Collagen dalam vitamin C ni lah yang akan tolong seal kan luka jika luka terjadi

#5: Alfalfa

Alfalfa ni memang tak yah sebut, semua ibu pun tahu Alfalfa ni salah satu milk booster. Biasa yang femes milk booster herba ni samada fenugreek, atau alfalfa. Lagi yang best tentang alfalfa yang saya suka sangat! -Alfalfa ni semacam pengganti kacip fatimah ;) Kenapa? Ia menghilangkan keputihan, dan mengetatkan bahagian faraj, jadi ala- ala anak dara gitew ;) Hubby sendiri cakap kalah masa mula- mula kahwin. Haha. Jadi ibuk- ibuk yang perasan hubungan dengan suami bertambah dingin, saya cadangkan cuba ambil ESP, Vitalea dan Alfalfa. Gabungan ENERGY BOOSTER dan vitamin wanita ^_<

Kalau untuk ibu dalam pantang, kita suggest Alfalfa sebagai pelawas- dose dia berbeza sikit kalau taknak melawas. Kalau untuk ibu preggy, kita suggest amalkan alfalfa di akhir kehamilan untuk elak anak jaundis dan memastikan tak tumpah darah semasa bersalin nanti.

#6: Ostematrix

Ostematrix ni adalah nama lain bagi kalsium. Dan sapa tak tahu? Kalsium adalah komponen utama dalam susu ibu. Kalau sebut susu je, mesti kita boleh relate dengan kalsium kan? Kalau takda unsur kalsium, tak jadi lah dia susu. Ostematrix ni salah milk booster.

Lebih -lebih lagi bila susu mula merudum semasa period. Kat sini lah Ostematrix memainkan peranan penting.  Sebab apa? Tubuh kita kehilangan banyak darah. Kalsium akan membantu replenish darah yang hilang sebab memang salah satu fungsi kalsium adalah membantu penghasilan darah. Kalau ibu hamil, kita akan tekankan pengambilan kalsium, salah satu nya untuk elak risiko tumpah darah semasa bersalin, ia membantu blood clot dengan baik

Ostematrix juga membantu mengatasi rasa lenguh- lenguh badan ibu menyusu, sebab ia mengandungi kalsium yang padatkan tulang dengan kalsium. Ye lah, bila menyusukan anak, tubuh kita akan hasilkan susu menggunakan kalsium dalam badan. Bila jarang minum susu atau makan sayur segar, tubuh kekurangan kalsium, dan tubuh kita akan ambil kalsium dari tulang, gigi, etc. Sebab tu kalau perasan ibu menyusu ni cepat letih, cepat sengal- sengal badan. Kat sini lah Ostematrix membantu.

#7: Omega Guard

Omega Guard ni adalah minyak ikan yang dihasilkan oleh Shaklee. Untuk baby baru lahir, kita tak bagi apa- apa makanan kecuali susu ibu. Hatta air kosong sekalipun. Walaupun minyak ikan shaklee ni sangat bagus untuk imunisasi bayi dan perkembangan otak si manja, kita takkan cadangkan untuk bagi direct kepada baby. Tapi secara alterntif, ibu menyusu boleh ambil Omega Guard ni dan salurkan khasiat kepada bayi.

Omega Guard ni sangat bagus untuk imunisasi anak, dan mengurangkan radang eczema jika bayi anda ada masalah eczema. Ada orang tanya, apa beza Vitamin C dan Omega Guard untuk imunisasi bayi? Saya boleh bagi analogi- Omega Guard ni lebih cepat merawat berbanding Vitamin C. Omega Guard ni ibarat kapal terbang, Vitamin C ibarat berbasikal ;)

sumber: Diaryofmuhammad.

hubungi saya untuk konsultasi dan tips-tips penyusuan secara percuma.

FB : Rinie borhan (SID: 919511)
012-6278520 whatsapp/sms
email:izariniborhan@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...