Aug 4, 2014

Cerita Raya : Takde " Family Photo"

Selamat Hari Raya!

Dah kerja tapi masih mood raya kan. Mesti ada stok kuih raya kat opis tu. Tahun ni tak tau kenapa ku gila sangat makan kuih raya. Semua rumah lepas salam tuan rumah ku serbu kuih muih..dok bersila depan meja. Ok nanti sambung cita tang kuih muih tu.

Ni nak cerita Hari raya pertama dengan 2 ank kecik. Lotih bak ang..Beraya rumah orang tak berlama-lamaan lah sekejap pun dah rasa panas punggung. Lelagi kalau rumah ada tanggan mau ku jadi tarzan bila Rizq buat aksi stunt die. Mujur die bukan jenis membaling balang kuih raya orang.

Tahun ni turn raya umah En. Suami. dah 2 tahun berturut raya kat side kita kan. tahun ni takde lah nak mengalah lagi. Tahun ni tak excited pun nak beryaya shopping pun lebih kepada baju anak-anak. Jangan tak caya kita ada sehelai je baju tu pun wat syarat nk berdondon-dondon sekeluarga. Kata nak ber " Family Photo" kan.

Kami bertolak balik Seremban sabtu petang plan asalnya nak bertolak sabtu pagi singgah Setia City Mall nak shopping headband anak daraku itu. Tapi last minit tukar plan. mak tak sihat, demam menggigil pagi tu tunggu akak balik hantar mak gi klinik. Malam jumaat tu benornya mak mula demam dalam kol 11 camtu. Check gula 22.7 tinggi sungguh, rupanya sepanjang bulan puasa mak tak makan ubat. Oh! mak... Dengan berat hati tinggalkan mak denga akak lagipun ahad abang ngan adik kita balik dah. Nanti kita cerita pasal demam mak ni ok. Performance Drink beri kesan pada demam mak.

Sampai Seremban dah tengah malam sebab kami bertolak lepas berbuka. Sian diorang semua penat menunggu katanya. Rizq dan Raifa pun dah selamat tidur dalam keta. angkat masuk rumah sambung tidur je. Pepagi bangun dah cari Abg Eshan anak akak suami kita. Memang die selalu sebut abg Eshan tapi main ngan Abg Haris..hehe..

Pagi Ahad tu MIL plan nak masak nasi ayam je. Tapi tak tau bile berbuka ada rendang ayam rendang daging bagai. Tak tau bila masaknya. MIL memang champion bab masak. Boleh bersilat masak sesorang rileks je. Pastu kitorang keluar shopping kat Parkson Seremban. huishh letih kejor Rizq je..

Ok pagi raya kat Seremban memang tenang je. Sebab family en.Suami 3 beradik je. Riuh dengan suara Rizq dan Abg2 sepupu die je. Yang nak ke Masjid bersiap-siap dulu. Tahun ni tak kelam kabut siapkan anak-anak sebab aku dah gosok baju awal-awal. kalu kat side aku memang pagi raya baru aku gosok..haha..

Dah cantik segak bergaya tunggu laki balik solat baru aku siapkan ank-anak..kalau tak berlengas lah dak Rizq tu. Ok ni lah bermula kisah aku takde " Family Photo". disebabkan bangun awal dan kelam kabut nak balik kampung pula mood Rizq dah swing. Tukar baju takmo bersampin bersongkok. Ok takpelah konon kat kampung nnti kita bergambar

Sampai kampung dengan En. suami sekali dah hilang samping. Ajak bergambar katanya anak takde mood. Adik Raifa lak tidur. hwaaa...nak bergambar berdua pun tak kesampaian. Jadi skroll gambo kekngakwan kat FB sajalaj haritu. Raifa bangun tidur tukar baju gown dah takde berbaju kurung. Rizq pun  dah tukar uniform bila dah seharian kat kampung.

Gitulah ceritanya. Bila ada anak kecik memang pahat Family Photo dalam ingatan je lah. Ahkak Redah. Camne gambo raya family korang. Meh lah share.

Rini Borhan * SID 919511 * 0126278520 sms /wapp

1 comment:

Aty Fared said...

eeerr...memang takde raya ah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...