Oct 16, 2014

Bila anak nak mula makan.

Eh..siapa yang nak mula makan tu Rizq dah 2 tahun ++ Raifa lak dah 1 tahun ++. Ape lak baru nak mula makan kan..haha.. Sebenarnya teruja nak cerita bila Rizq dah tambah satu menu dalam list makan an die. Amboi kelasss sangat ank bujang kita ni siap ada list menu gitu. Padahal Rizq ni super duper picky eater. Bukan je die pilih APA die nak makan. die tengok gak SIAPA yang sediakan makanan tu dan APAKAH rupa makanan tu. Rupa? ye lah kalau pasta hanya elbow macaroni je yang die terima..kalau beehoon kena warna merah je. dan lagi parah kalau Honey Star dia pilih STAR je ok moon sila bagi adik Raifa kutip.

Tapi sejak minggu ni Rizq dah nak makan menu lama yang kembali die suka iaitu NASI GORENG. Wah seronok lak ibu die sebab sangat senang nak prepare nasi goreng Rizq tak yah fancy-fancy just tumiskan bawang putih,bawang merah, telak nasi pecahkan telur owh ta,mbah gak sayur racik sehalus mungkin ok. Walla! selera ok die makan. Actually menu Rizq hanya 3 makaroni sup, beehoon goreng dan nasi ayam KFC (ni tak boleh selalu). Jadi sebab tak nak berperang dengan Rizq kita masak je lah 3 menu ni. Asala anak nak makan kan konsepnya. Tapi selama maman lak nak mkana menu tu je ..mungkin anak tak bosan tapi ibu lak yang bosan nak masakkan muak. Maka kita pun masak je lah nasi goreng tu dan cakap jom makan "miyoon" . Kali pertama suap die luak balik bila tahu yang dalam mulut nasi bukan "miyoom". Suapan ke 2 dia makan je..tak ada menda pun..haha..


Sebenarnya tabiat takmo makan Rizq ni sangat membingungkan dan susah hati gak lah memikir. Lelagi bab die nak orang yang sama je suap die makan. Jadi kat sekolah memang die tak makan. Bukan je sebab menu tapi sebab takde orang yang die suka tuk suap die. PARAH kan. Solusinya kita akan suap die sarapan siap-siap dan sekenyang mungkin sebelum die pergi sekolah. Masalah tu selesai dah la..kalau tak petang masa ambik die dah mengaruk LAPAR.

Then cikgu berulang cakap kena bagi Rizq makan sendiri. Kitorang pun rasa memang sepatutnya Rizq dah mula makan suap sendiri. Bila cerita kat kengkawan diorang kata anak diorang kenal makanan je dah sibuk nak suap sendiri. tengok Raifa je lah memang dah nak suap sendiri. Rizq nan hadoo,,ohoi...bukan nak bandingkan tapi nk tengok logiknye umur gitu mesti nak cuba buat sendiri semua. Ke Rizq ni manja sangat..haha.. Jadi kita pun decide Rizq kena makan sekali time kitorang makan. So belilah kerusi makan duduk sekali kat meja makan. Yeay! misi berjaya Rizq nak je suap sendiri. Makan sesama kitorg. tulah tak percaya ngan anak sendiri, haha..

So untuk yang ada masalah anak tak nak makan ni jom cuba tips kita ni:

1. Bila anak memilih makan jangan ikutkan sangat menu die. Kita MASAK je kalau anak tak anak makan tak apa. Masakkan dan hidanglah hari-hari kat die.Kita sediakan lama-lama mesti die nak juga kan, lelagi kalau dah rasa lapar.

2. Jangan PAKSA nanti anak takut pula nak  makan. Kita layan kan je selera die tapi menu pelbagai lah. Jadi ade hari die nak makan ada hari die hanya minum susu.

3. AJAK anak makan sekali dengan kita baru die rasa seronok. Bila kita suap die je die rasa tertekan pula nak kena habiskan makanan die tu. Sesilap die minta pula makanan kita tu.

4.SABAR rizq tu kalau suap 1 jam die makan ..kalau suap sendiri mahu 2-3 jam baru setel jadi layankan je lah. 

5. FAHAMI apa anak suka kalau anak suka telur cam rizq tak apalah semua hidangan pun ada telur,. Kalau anak tak suka sayur sorok dalam makanan die atau lei notice cam Rizq tak perlu letak. Jangan putuskan selera anak tu.

Oleh kerana Rizq memilih macam tu, kita memang tak miss bagi Rizq Vitamin. Aha! biasa anak yang Picky eater ni DERIA rasa diorang memang hebat. Carilah vitamin yang dapat disorok dengan mudah. Kita dah cuba pelbagai Vitamin. Scott Emulsion DAH. Appeton DAH.Memang tak berjaya lelagi Appeton tu.. bau die mak aiiihh..ibu pun tak nak telan.


Akhirnya pilihan kita MEALSHAKE dan OMEGA GUARD Shaklee yang berjaya disorok tanpa dikesan. Mealshake ni rasa vanila..semua tau kot vanila ni kan sedap macam aiskrim. Bau vanila mealshake memang rich sedap sangat jadi kita campur dalam susu Rizq setiap malam.Lately die dah start notice lak sebab sekarang Rizq minum susu kambing. Susu kambing ni tak lemak cam susu lembu so kalau letak mealshake yang lemak- lemak manis tu memang lain. So sekarang campur Mealshake dalam milo Rizq atau air yogurt ke. Omega Guard lak masih boleh campur dalam susu tak ada masalah. hehe..Kedua produk ni memang dah cukup untuk lengkapkan diet anak.


IZARINI|0126278520|SID:919511




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...