Oct 2, 2014

Kenapa saya pilih Vitamin tidak Jamu Tradisional

Harini nak share dengan korang semua berdasarkan pengalaman kita sndiri bukan sebagai SID. So harap dapatlah guide ibu-ibu muda yang baru anak pertama nak buat pilihan. Memang bingung tau macam kita memula dulu. Berjam kadang search internet, tanya sana tanya sini. Tapi cam biasalah asal BERPANTANG mestilah JAMU dalam list kan.

Macam kita dulu memang ada list lengkap keperluan ibu ke anak semua lah. termasuk list untuk suami sekali. tu list bebarang nak bawa gi spital lah. Takut laki sama naik panik kan. ( en.suami kita tenang dalam kekalutan) haha..

Kita memang survey habis-habis bab jamu sebab tak  nak makan jamu kampung yang air tu. Yang kompom-kompom takkan mampu ditelan walau itu lah yang terbaik sebab fresh di buat ikut permintaan kan. Survey punya survey kita jumpa page http://bidanbersalin.blogspot.com/ kalau masuk page tu memang rambang mata. segala jenis set berpantang ade. Lengkap tak lengkap separuh lengkap semua lah..Time tu yang paling popular set NR. Kita baca satu-satu dan decide untuk beli loose je sebab ada yang kita yakin tak pakai punya contoh cam teh-teh herba tu la. aku just amik:
  •  Phytonatal (90 Tablets) ~ Untuk kegunaan dalaman
  • Herbanika Barut Krim (60 gm) ~ Untuk kegunaan Luar
  • Uncang Cuci Herbanika (10 Paket) ~ Untuk kegunaan Luar
  • Minyak Herbanika (100 ml) ~ Untuk kegunaan luar
Nampak tak semua untuk kegunaan luaran dan satu je jamu dalam bentuk pil tu.Senang kan pilih ikut kemampuan diri..tak puas hati nanti kita topup jamu kampung bidan kat kampung lei bekalkan. Nak di jadikan cerita kebetulan Rizq Rafiqi ni kena prolonged jaundice makanya memang tak berusik lah Phytonatal tu. Masa tu stress, penat luka pun sakit. Hari-hari dok google untuk breastfeeding jadi kita jumpa SET MENYUSU SHAKLEE. dan baca-baca set tu pun baik untuk berpantang. memula beli dari kawan balance die punya pastu baru beli full set dengan my mentor sekarang.

Bila lahirkan Raifa Rakhiya dah ada pengalaman sikit. Jadi lagi senang nak pilih set yang kita nak. Masa tu memang masih lagi makan VITAMIN SHAKLEE sebab Rizq masih menyusu badan. Jadi saya hanya tambah beberapa keperluan luaran je. saya suka Minyak Herbanika tu sebab memang sedap berangin tapi bau die kuat so lepas mengurut tu tak dapat lah nk terus menyusukan atau gomol-gomol baby. So, untuk minyak saya beli minyak herbanika untuk urut kaki dan sapu sebelum berstokin dan minyak Herbal Massage Oli Tanamera.

Alhamdulillah pilihan kali ni SET BERPANTANG SHAKLEE, Minyak Herbanika, Herbal Massage Oli Tanamera dan Herbanika Barut Krim memang pilihan terbaik. Semua habis digunakan sepenuhnya.

Kita tak dapat lah nak beza macamana rasa berjamu dan bervitamin moden tapi apa yang saya boleh kongsi dengan set vitamamin Shaklee saya rasa lebih segar. Pinggang tak sakit macam masa berpantang Rizq. Luka pun cepat kering..risau juga luka czer orang kata susah nak jaga. Dan yang paling menyeronokkan tiada mimpi ngeri semasa MEMBUANG..hehe..ubat yang hospital bagi tuk elak semelit tu pun kita tak usik. Alhamdulillah tempoh berpantang berlalu dengan riang.

Harap perkongsiankita ni dapatlah membantu para ibu yang mencari-cari tu.Sebenarnya Jamu ini memang elok sebab herba yang jadi bahan utama semua memanaskan badan tapi kena ikut keserasian ibu dan keadaan bayi masa tu. Kalau kita ni yang seumur hidup sentuh jamu pun tak pernah memang susah nak sesuaikan diri. Beli je jamu lepas bersalin nanti..anak dah 6 bulan kita pulun lah jamu.

Nak tahu langsung tentang set  pantang Shaklee atau ape juga set boleh sms/wapp saya 0126278520 pasti dilayan dengan pantas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...