Jan 12, 2015

Tinggi, berkulit gelap dan hensem.

Setiap hari ada je isu di media sosial kan.. "tinggi , berkulit gelap dan hensem" ini pun dah jadi kata-kata dan sindiran di sana sini. ala..betul ke korang tak tau isu ni. isu berkaitan remaja perempuan bertudung yang buat aksi tak tau ape dengan artis K-Pop. Tak dinafikan akak pun suka gak tengok cerita k korea..layan retis-retis KPop ni tapi untuk sampai spend duit gi tengok konsert diorang tu memang tak lah..apekan lagi nak dok atas pentas gitu.

Kalau nak cerita bab agama tentang isu tu akak memang naif lah.. kalau nak cakap pendapat peribadi lak takut ada yang tersinggung jadinya pagi tadi akak ade terbaca satu pendapat di laman FB " Harlina Haliza Siraj"  . Pandang Dr.Har ni memang saya setuju, perlu di pandang dulu dari sudut gadis yang terlibat. Tanyakan pada mereka apakah sitausi sebenar. Petikan komen Dr.Har:

" Dr. Har bertanya pada diri, apa yang akan Dr. lakukan sekranya yang terbabit itu adalah anka gadis Dr. Har sendiri? Malahan perlu Dr. Har menganggap anak-anak bertiga yang berkelakuan tersebut sebagai anka Dr.Har sendiri. Memang mereka adalah anak-anak remaja muslimah harapan dan kesayangan Dr.Har sendiri. 

PERTAMA: Dr.Har akan memberi mereka peluang menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku semasa peristiwa kejadian. Dr. Har mahu tengok video 3 min itu bersama-sama dengan ank-anak ini.

KEDUA: Selepas itu, Dr.HAr mahu tahu apkah pandanganmereka mengenai perbuatan tersebut- ada 3 situasi pandangan. 

1. Banggga dengan perbuatan itu dan anggap riuh rendah di media sosial ini hanyalah disebabkan orang lain yang jelous dan berfikiran sempit kuno.
2. Menyesal dan malu dengan ketelanjuran dan kurang asertifnya mengatakan TIDAK kepada artis lelaki yang memperlakukan mereka begitu sekali.
3. Tak rasa bersalah pun, peristiwa berlaku diluar jangfkaan dan kawalan mereka.

KETIGA: Kena tackle dari sudut pandangan anak-anak remaja ini.Iniperlukan kemahiran keibubapaan yang tinggi dan bukan calang-calang.

1. Kalau bangga , ada sesuatu yang amat tidak kena dengan pendidikan nilai dan agama yg diperolehi anak-anak terbabit selama ini, hingga berlaku kejahilan sebegitu rupa.
2. Kalau rasa berdosa, malu dan menyesal- bertaubatlah kerana Allah amat mencintai mereka yang bertaubat.
3.Kalau bertindak sebegitu kerana rasa diluar kawalan diri- anak-anak ini perludiajar dengan cara berkomunikasi secara asertif & tegas (Assertive Communication)saying No with Diplomacy, hinggakna meraih rasa hormat orang lain, Supaya tidak diperlakukan sebegitu sekali.

Wallahua'alam"

Akak rasa nak kongsi ni sebab tengok orang mencemuh mencaci remaja yang terlibat, seolah-olah agama kita tak mengajar hormat orang lain. Apa kurang mereka yang mengata komen kesat itu banding remaja yang dalam video tu, jika bahsa mereka sendiri jijik tuk kita dengar. Memasing nak jadi "keyboard warrior".

Bila tengok isu-isu ni takut pula cabaran kita sebagai ibu bapakan. Macaman pula lah dugaan zaman Rizq dan Raifa nanti ye. Jadi siapkan diri perisai..tambah ilmu dan doa itu jelah yang akak dapat buat sekarang ni. Bersedia lebih baik tak gitu..

Pinochio Koren Drama
Sekarang akak suka tengok Drama Pinochio tu..suka tengok je tau,,jangan tanya nama pelakon-pelakon tu akak tak tau..haha..tengok pun yang dah rakam sebab takmo tengok ngan ank-anak ..akak feel terlebih..haha..

1 comment:

wahida said...

tak minat k pop bagai ni..tapi saya tahu la pasal kes berpeluk tu...

tak nak komen banyak pasal ni sbb takut jadi kat anak sendiri atau sedara mara kita sendiri..cuma mampu berdoa harap2 kita semua diberi hidayah untuk terus berada dlm landasan yang benar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...