Jan 18, 2015

Birthday Party Pack yang sesuai untuk kanak-kanak.

19 Januari 2012 : Masa ni kita dah warded dah..lama kot dok dalam wad sebab GDM turun tanda sikit dah kena warded.. Lama kot dok ward sambung lagi berejam dalam labor room masuk labor room dalam 5 lebih then 8 malam keluar abg Rizq. Pastu masuk plak OT sebab dok "repair" jahit sulaman bagai. 

Ahaks.. masih terbayang kot...tup..tup sok dah 3 tahun anak bujang ibu tu..hailah abang Rizq cakap menjawab sekarang sangat lah hebat. Tapi bab bercerita tu kurang sikit..lain orang tanya lain jawapan tu biasa..haha.. Sifat ke"abangan " sangat jelas dah.. pandai dah layan adik Ra.ifa main..pimpin adik jalan.. yang kelakar kalu nak soh adik jalan kat dia dok lah ulang .." adik ipah..tak tih..tak tih..."


Sok birthday maknanya nak kena prepare nak celeb lah kan..sejak abang dah masuk taska kemas..sambut birthday kat sekolah je. Tahun lepas huru hara sebab die dok lah nangis nak ikut ayah balik. Tahun ni tak tau camne. Ok siapa follower blog ni mesti tau blog ni wujud sebab akak dok lah tulis segala wed prep..so bab prepare2 majlis ni memeang akak suka..haha..

2 minggu lepas lagi dah dok fikir nak buat tema apa. Nak buat tema Ultraman superhero fav abang Rizq tapi sian lak gegirl-gegirl kat skolah tu kan. SO ibu nak wat tema LEGO lah..senang kan brick2 tu laki pompuan lei main. So diorg pun dah biasa dengan lego..yang pasti mesti semua budak suka lego..tak eak?? ke anak akak je..haha..

Benda pertama akak cari tentulah goodie bags! apa mau isi..

Kriteria akak biasanya : 

1. Boleh makan
2. Boleh diminum
3.Selamat tuk kekanak
4. PRAKTIKAL so bebudak lei guna pastu
5.Ikut TEMA

Cam tahun lepas akak bagi botol air pastu dalam tu kek apollo tu ngan air kotak je..Botol Air boleh guna..pastu makan dan minum. So tahun ni nak bagi botol air gak ke..haha kang trademark lak birthday Rizq je dapat botol air.. So dok google jumpa ni

Krayon pastu sticker tu wat la tema lego kan..pastu bagi sekali notepad. so boleh lah kekanak ni guna tuk menulis melukis kan so PRAKTIKAL.

ATAUPUN ni..bagi je LEGO 10-20 biji..So nanti boleh diorang main sesama. Jangan gaduh sudah..

Tak pun buat je beg ikut TEMA Lego pastu isi lah dalam tu segala apa yang akak nak kan..


Korang ada cadangan tak? Owh tu baru bab Birthday goodieeeee..lom lagi pening pilih design kek. Pening sebab akak nak cantik tapi BUDGET..haha..



 ps: entry ni ditulis pada 19 Januari 2015 tapi tak tau apesal jam kat blog msih 18hb..korang tau tak sebab apa eak..

6 comments:

ily♥ said...

Seronok je tgk mommies prepare stuffs utk birthday party anak..tp kite x pnh buat party..adeiii..kesian anak2..

Rinie Borhan said...

@ily♥ ala ily..sesuka je..tu pun hantar je kat skolah die..bebudak suka ada kek ..sedekah sesikit..

takpe faheem dah skolah kan nnti lei lah hantar kat skolah time birthday faheem..

ain.ya.nun. said...

Janganlah bagi cikedis dik. Selalunya parents anak akak, bagi gegula la, cikedis lah. Tak semua parents bagi anaknya makan cikedis.

Iman haritu, akak letak muffin gardenia dengan susu kotak dutchlady yang kecik tu je.

rini.borhan said...

@ain.ya.nun. tu memang tak tersenarai kak..tahun lepas tu kt bg kek apollo ke london layer kek amende tu ngan air kotak dutchlady gak..

Samelah skol ank kita segala cikedis gula2.. nasib ank kt x pandai mkn benda2 tu

R.R.Z said...

Hi awk, salam singgah..mana beli krayon tu & lego2 tu?
:-)

tq awk

Norazizah mat ujalan said...

Assalammualaikum. Sewa meja dan kerusi kanak-kanak di kidsrentalparty 0123288522

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...