Jan 28, 2015

Demam Sofina 3

Ohoi..kau tajuk beria tau.. orang lain dah dapat berketul-ketul dari sofina 1, sofina 2, sofina 2.1 dan sofina 3 ni takde kecoh pun.. biar lah kan.. Akak dah prepare awal-awal semalam. Sign up as member senang nanti tak lah time proceed nak bayar je out of stock kan.. Kenapa yang beria sangat nak beg ni? 

1. Sebab DESIGN cantik , akak tak suka beg yang keras-keras cam bentuk box wateva tu..
2. Sebab BESAR.. dah lama sangat tak pakai beg besor-besor..so pasni lei la isi sumbat segala benda barang anak dalam ni.
3. Pelbagai GAYA..lei nak pegang lenggang mak enon atau paling akak suka lei guna tali panjang..akak suka sling bag.

Eh banyak lagi lah SEBAB kalau nak di listkan..yang paling tak bagus salah satu sebab adalah TAMAK tak mahu kalah orang dok rebut beli..haha..Ok sesiapa nak sesiap sedia wapp akak kot la nk jual balik kan..(salu gitu lah bila beli ngan rasa TAMAK HALOBA)

Pepagi ni akak dah get ready sign in..bersedia kata nak keluar kol 11 pagi kan.Sekali HP dingdong..yeay open secret order tuk member..wah.. Yang ni memang tak tahu ok. Istimewa rupanya kalau jadi member FV. No wonder Vivy awak birjaya..banyak brilliant marketing idea. Apa lagi teruslah buka email kat PC dan klik..klik...klik.. eh terbeli lah.

Dan lagi best harga RM 179 akak dapat diskaun RM 40++ sebab masa reg semalam dapat vaucher RM 20 pastu redeem Gift Card point..then kalau tak dapat lagi potongan sebab bayar guna CIMBClicks tapi out of service so proceed bayar guna FPX. Kalau tak akak dapat Sofina 3 RM 103++ sahaja. Its ok asal ada potongan harga kan.

So warna pilihan akak jeng..jeng.. Nak sama ngan owner gak la kan..saja pilih warna garang gini sebab kebanyakkan beg akak sebelum ni kalau tak grey..nude..tak pun cekelat..BOSAN!

photo 4a
Sofina 3 (ok tu bukan gambar saya itu VIVY)
Jadi kesimpulannya kalau nak grab shopping online yang HOt gini ingat TIPS ni :

1. Sign up member 1 hari lebih awal
2. Gunakan email yang anda set kat HP so dapat tahu awal.
3.Dah decide awal-awal design/warna/ size apa nak so that klik..klik dan proceed payment.

Jadi siapa nak beg ni cepat masuk FASHION VALET now!

LATEST UPDATE! Sofina 3 kat Fashion Valet dah sold out gi web SOMETIME still avail lagi.

Jan 22, 2015

Kek murah cantik dan sedap

Ini nak cerita pasal mencari kek birthday rizq aritu. Ibu ni berangan lah kan nak kekn sahnteq comel niat nak bagi anak ngan kengkawan happy tengok kek. Bebudak tau lah kalau birthday mesti kek dan tiup lilin tu diorg excited sangat.

So mulalah mencari tapi satu masalah ibu si Rizq ni die nak CANTIK dan MURAH. So banyak gak lah baker yang akak dok wapp. Semua cari kat IG je..senangkan sekarang cari #kekmurah nah kau berderet keluar. Tapi bila wapp diorang tak lah semurah dalam budget akak. Ada yang cantik dan murah tu tapi nun jauh kat kuantan..terengganu.. oh mak..bila nak sampai tu. Lagi satu yang wat mahal tu sebab masa tu last minit sangat birthday Rizq 20hb akak dok mencari kek tu 15hb.. 

Sudahnya memang dah pasrah lah kita beli je yang dah siap kat kedai kek tu..kek span penuh krim..huhu.. TIDAK!!!! then teringat yang tahun lepasnye kek..akak suka deal ngan die senang dan cepat. Tu lah kengkonon nak rasa kek orang lain kan. Jadi kita pun contact Helly's Dessert. No memang dah save kan so terus nego2 dan deal.

Mula lah kitorang berbincang guna wapp je..hantar gambar la..suggest tu ini..Ya Allah sukanya akak sebab tak yah la nk keluar, mane nak sempat kan..dari kat opis sambung lak kat rumah.. Yang best lagi diorang akan suggest ikut budget kita..

Akak cakaplah nak kek tema lego. so diorang hantar gambar ni..Wah cantik teruja ok..then bila tanya harga ..sorry overbudget. Tapi dari yang akak dah survey-survey kek design gini..harga diorang lah paling reasonable dan affordable tapi still over budget yang akak dah peruntukkan. wah gitu!


kek lego dari fondant..rasa bazir bebudak mesti tak makan fondant tu manis.. akak kedekut tau..haha
 Dan bincang punye bincang..punye bincang..punye bincang..akhirnya akak decide order kek ni. Minta kosong je tanpa wording. Tau tak close deal tu hari ape? Hari ahad 18 hb nak kek tu 20 hb dan diorang kata yes boleh sajorr.. 20 hb kek tu sampai depan pintu office akak..YES diorang ada delivery guna Ta Q Bin.. keke fresh sampi kat kita. Charge tambahan RM 20 tuk delivery.

Nampak LEGO tu nak ikut temanye pasal kita amik LEGO Rizq dediam.



So kalau rasa malas nak keluar nak tempah kek atau tetiba rasa nak makan kek yang sedap..boleh terus contact Helly's Dessert eak.. Akak puas hati sangat.

Jan 20, 2015

Pengiraan Zakat Pendapatan dan Perniagaan

Oleh kerana hari ni WW so akak komgsikan video tentang pemvbayran zakat.sangat berguna dan sangat mudah nak faham .  Teringat lak dulu kat sekolah beria hafal bab zakat ni..Siap ada chart untuk setiap jenis zakat. Tapi sekarang adoii lupa banyak dah..atau kita semakin ambil mudah?

Actually nak share video zakat dari PPZ tapi tahu kenapa tak lei jumpa dari link tu.. nanti korang cari kat youtube eak..sebab memang senang sangat nak faha. SELAMAT BERZAKAT!



 1. Zakat Perniagaan
 
 

2. Zakat Pendapatan

 

ps: dah nak tengok video Zakat PPZ yang kita suka tu lei klik sini

 Wajib/Fardhu Ain ke atas orang Islam yang sudah sempurna syarat-syaratnya seperti cukup nisabnya,haulnya dan lain-lain lagi.


Firman Allah Ta’ala :

وَآتُوا الزَّكَاةَ

                                 Maksudnya : “ Berilah Zakat ”.  (Surah An-Nisa’ Ayat 77)                                                                                                

Firman Allah Ta’ala :

  خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا
Maksudnya : “ Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk). 
(Surah At-Taubah Ayat 103)                                                                    


Jan 18, 2015

Birthday Party Pack yang sesuai untuk kanak-kanak.

19 Januari 2012 : Masa ni kita dah warded dah..lama kot dok dalam wad sebab GDM turun tanda sikit dah kena warded.. Lama kot dok ward sambung lagi berejam dalam labor room masuk labor room dalam 5 lebih then 8 malam keluar abg Rizq. Pastu masuk plak OT sebab dok "repair" jahit sulaman bagai. 

Ahaks.. masih terbayang kot...tup..tup sok dah 3 tahun anak bujang ibu tu..hailah abang Rizq cakap menjawab sekarang sangat lah hebat. Tapi bab bercerita tu kurang sikit..lain orang tanya lain jawapan tu biasa..haha.. Sifat ke"abangan " sangat jelas dah.. pandai dah layan adik Ra.ifa main..pimpin adik jalan.. yang kelakar kalu nak soh adik jalan kat dia dok lah ulang .." adik ipah..tak tih..tak tih..."


Sok birthday maknanya nak kena prepare nak celeb lah kan..sejak abang dah masuk taska kemas..sambut birthday kat sekolah je. Tahun lepas huru hara sebab die dok lah nangis nak ikut ayah balik. Tahun ni tak tau camne. Ok siapa follower blog ni mesti tau blog ni wujud sebab akak dok lah tulis segala wed prep..so bab prepare2 majlis ni memeang akak suka..haha..

2 minggu lepas lagi dah dok fikir nak buat tema apa. Nak buat tema Ultraman superhero fav abang Rizq tapi sian lak gegirl-gegirl kat skolah tu kan. SO ibu nak wat tema LEGO lah..senang kan brick2 tu laki pompuan lei main. So diorg pun dah biasa dengan lego..yang pasti mesti semua budak suka lego..tak eak?? ke anak akak je..haha..

Benda pertama akak cari tentulah goodie bags! apa mau isi..

Kriteria akak biasanya : 

1. Boleh makan
2. Boleh diminum
3.Selamat tuk kekanak
4. PRAKTIKAL so bebudak lei guna pastu
5.Ikut TEMA

Cam tahun lepas akak bagi botol air pastu dalam tu kek apollo tu ngan air kotak je..Botol Air boleh guna..pastu makan dan minum. So tahun ni nak bagi botol air gak ke..haha kang trademark lak birthday Rizq je dapat botol air.. So dok google jumpa ni

Krayon pastu sticker tu wat la tema lego kan..pastu bagi sekali notepad. so boleh lah kekanak ni guna tuk menulis melukis kan so PRAKTIKAL.

ATAUPUN ni..bagi je LEGO 10-20 biji..So nanti boleh diorang main sesama. Jangan gaduh sudah..

Tak pun buat je beg ikut TEMA Lego pastu isi lah dalam tu segala apa yang akak nak kan..


Korang ada cadangan tak? Owh tu baru bab Birthday goodieeeee..lom lagi pening pilih design kek. Pening sebab akak nak cantik tapi BUDGET..haha..



 ps: entry ni ditulis pada 19 Januari 2015 tapi tak tau apesal jam kat blog msih 18hb..korang tau tak sebab apa eak..

Jan 16, 2015

Product Mastery : kelas nutrisi

Semalam akak join kelas "product mastery"  yang diorganize oleh supermommies dan PAF. Kelas ni memang best. Ini siri yang pertama ada 4 siri semuanya. Dalam setiap siri ni kita akan diberitahu setiap nutrisi yang badan kita perlukan untuk setiap sistem tubuh badan.

Tahukan tubuh kita bekerja setiap hari dan ada sistem tertentu yang menggerakkan tubuh kita ni. Ala..masa sekolah kita dah belajar kot masa kelas sains. Tapi opkos la lupakan...20 tahun dah tinggalkan sekolah..hehe..
Actually master-master yang bagi talk dalam kelas ni dah gi program TTT so diorang dah di latih tuk jadi mini nutrionist Shaklee produk. Uisshh kami tak suggest produk suka-suka tanpa penerangan ok..
Slot yang pertama kitorang diterangkan tentang nutrisi asas yang diperlukan tubuh. Makronutrient yang badan perlukan dengan jumlah yang banyak. Mikronutrient vitamin yang diperlukan untuk boost fungsi tubuh. Phytonutrient nutrisi yang sedikit diperlukan oleh badan iaitu antioksida dan mineral.
Semua yang peserta yang hadir. My mentor Master Puteri dah balik pulak.
Kelas ni santai-santai tapi berinformasi. Master ni present sesambil dukung anak lagi. So tak stress pun yang penting masih fokus dengan tujuan utama kelas dibuat.Faizworld training centre ni pun selesa. Boleh cuba produk-produk shaklee lagi. Sambil dengar talk sambil pekena Performance Drink..memang sel- sel otak berhubung dengan baik la.

Oleh kerana kelas ni sebulan sekali dan dibuat hari bekerja akak dah allocate siap2 cuti tuk datang kelas ni. Sebulan sekali je pun so dah sesiap reserve cuti 4 hari..hehe..tak apa tahun ni kan banyak boleh jimat cuti.

Ok meh kongsi sikit gambar masa kelas semalam..biar gambar berbicara gitu. Ehsan gambar dari faizworld training centre. Akak khusyuk x snap pic pon

Bersama PM Cery.Master Aishah. Master Alin..otai ni..
Sambil dukung anak tu.. sampai tertidur baby Iman.
Master Alin memula kenal Shaklee sebab follow blog dia la

Jan 12, 2015

Tinggi, berkulit gelap dan hensem.

Setiap hari ada je isu di media sosial kan.. "tinggi , berkulit gelap dan hensem" ini pun dah jadi kata-kata dan sindiran di sana sini. ala..betul ke korang tak tau isu ni. isu berkaitan remaja perempuan bertudung yang buat aksi tak tau ape dengan artis K-Pop. Tak dinafikan akak pun suka gak tengok cerita k korea..layan retis-retis KPop ni tapi untuk sampai spend duit gi tengok konsert diorang tu memang tak lah..apekan lagi nak dok atas pentas gitu.

Kalau nak cerita bab agama tentang isu tu akak memang naif lah.. kalau nak cakap pendapat peribadi lak takut ada yang tersinggung jadinya pagi tadi akak ade terbaca satu pendapat di laman FB " Harlina Haliza Siraj"  . Pandang Dr.Har ni memang saya setuju, perlu di pandang dulu dari sudut gadis yang terlibat. Tanyakan pada mereka apakah sitausi sebenar. Petikan komen Dr.Har:

" Dr. Har bertanya pada diri, apa yang akan Dr. lakukan sekranya yang terbabit itu adalah anka gadis Dr. Har sendiri? Malahan perlu Dr. Har menganggap anak-anak bertiga yang berkelakuan tersebut sebagai anka Dr.Har sendiri. Memang mereka adalah anak-anak remaja muslimah harapan dan kesayangan Dr.Har sendiri. 

PERTAMA: Dr.Har akan memberi mereka peluang menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku semasa peristiwa kejadian. Dr. Har mahu tengok video 3 min itu bersama-sama dengan ank-anak ini.

KEDUA: Selepas itu, Dr.HAr mahu tahu apkah pandanganmereka mengenai perbuatan tersebut- ada 3 situasi pandangan. 

1. Banggga dengan perbuatan itu dan anggap riuh rendah di media sosial ini hanyalah disebabkan orang lain yang jelous dan berfikiran sempit kuno.
2. Menyesal dan malu dengan ketelanjuran dan kurang asertifnya mengatakan TIDAK kepada artis lelaki yang memperlakukan mereka begitu sekali.
3. Tak rasa bersalah pun, peristiwa berlaku diluar jangfkaan dan kawalan mereka.

KETIGA: Kena tackle dari sudut pandangan anak-anak remaja ini.Iniperlukan kemahiran keibubapaan yang tinggi dan bukan calang-calang.

1. Kalau bangga , ada sesuatu yang amat tidak kena dengan pendidikan nilai dan agama yg diperolehi anak-anak terbabit selama ini, hingga berlaku kejahilan sebegitu rupa.
2. Kalau rasa berdosa, malu dan menyesal- bertaubatlah kerana Allah amat mencintai mereka yang bertaubat.
3.Kalau bertindak sebegitu kerana rasa diluar kawalan diri- anak-anak ini perludiajar dengan cara berkomunikasi secara asertif & tegas (Assertive Communication)saying No with Diplomacy, hinggakna meraih rasa hormat orang lain, Supaya tidak diperlakukan sebegitu sekali.

Wallahua'alam"

Akak rasa nak kongsi ni sebab tengok orang mencemuh mencaci remaja yang terlibat, seolah-olah agama kita tak mengajar hormat orang lain. Apa kurang mereka yang mengata komen kesat itu banding remaja yang dalam video tu, jika bahsa mereka sendiri jijik tuk kita dengar. Memasing nak jadi "keyboard warrior".

Bila tengok isu-isu ni takut pula cabaran kita sebagai ibu bapakan. Macaman pula lah dugaan zaman Rizq dan Raifa nanti ye. Jadi siapkan diri perisai..tambah ilmu dan doa itu jelah yang akak dapat buat sekarang ni. Bersedia lebih baik tak gitu..

Pinochio Koren Drama
Sekarang akak suka tengok Drama Pinochio tu..suka tengok je tau,,jangan tanya nama pelakon-pelakon tu akak tak tau..haha..tengok pun yang dah rakam sebab takmo tengok ngan ank-anak ..akak feel terlebih..haha..

Jan 11, 2015

MLM langkah membina perniagaan?

MLM bukan maharaja lawak mega yer..kalau yang tu saya tahu kenapa orang pilih..sebab ada kumpulan ZERO kan..haha.. ok lupakan MLM yang tu. Harini nak cerita pasal MLM MutiLevel Marketing.. atau sekarang dikenali Network Marketing Company. Ada yang kalau dengar MLM terus reject sebab dah di momokkan dengan cerita MLM mengkayakan orang atas atau mungkin ada yang kena beli RANKING.

Memang tak dinafikan benda-benda yang saya sebutkan tadi terjadi. Ini lah yang merosakkan marketing plan MLM tu sendiri. Tapi ramai juga yang menjadi jutawan dengan MLM kerana MLM memberi keuntungan berikut:

1. Modal kecil : modal mungkin hanya dengan yuran keahlian sahaja. maksud modal disini adalah modal permulaan untuk kita memulakan perniagaan. TIADA KOS sewa kedai dan operasi yang lain.

2. Tidak bergantung untung RUNCIT : keuntungan diperoleh bukan sahaja dari untung runcit barang tetapi juga ada BONUS dari perkembangan jaringan atau empayar perniagaan kita.

Sebab itu  MLM biasanya diusahakan oleh mereka yang berpendapatan sederhana dan ramai juga dikalang suri rumah. Mudahnya biz MLM ni segala telah TERSEDIA. Produk dah tersedia. Marketing Plan pun dah tersedia kita just jalankan sahaja.

Yang membezakan setiap Syarikat MLM ini juga 2 faktor ini PRODUK dan PLAN PEMASARAN

 PRODUK ada syarikat MLM yang menawarkan produk yang tidak berpada kualti nya untuk dijual dengan bonus yang bakal diberikan. Ada juga berpendapat produk hanya topeng untuk biz MLM ini. Jadi kita perlu melihat keberkesanan produk yang ditawarkan agar matlamat kita meniaga itu lebih jelas keran kita nak menjual produk bukan nak memprosikan plan pemasaran itu.

Plan Pemasaran apa yang perlu kita perhatikan adalah bagaimana BONUS networking kita itu diberi. Adakah kita diberi BONUS dari hasil jualan ahli tajaan kita atau dari kejayaan kita mengembangkan networking atau senang nak cakap Head Hunting. Dapat cari tajaan kita dapat bonus. Barang yang dijual bukan subject utama perniagaan.




Bagi isu agama tentang perniagaan MLM ni boleh rujuk "Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM" oleh  Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Perniagaan SHAKLEE.
  1. Pengedar tidak perlu melaburkan modal yang besar untuk memulakan perniagaan.Hanya bayaran yuran keahlian RM 65 dah layak unyuk menjual.
  2. Produk yang unik dan permintaan yang berulang. Produk juga dihasilkan dari kumpulan penyelidik sendiri bukan repack.
  3. Keuntungan dan komisen bukan berdasarkan kepada ahli yang ditaja, tetapi berdasarkan nilaian produk yang berjaya dijual. Bukannya permainan wang (money game) atau head hunting.
  4. Tidak menggunakan sistem piramid atau binary.
  5. Mempersembahkan sistem komisen dan bonus yang telus dan mudah difahami oleh semua ahli
  6. Testimoni produk dari pengguna sendiri bukan dari RETIS2 yang ditaja ( menunjukkan produk berkualiti sesuai denga harga jualan)

  "I would find a good network marketing company and get to work". "That's why Im sitting up here and you are all sitting out there!" Donal Trump

Jan 5, 2015

Kerja makan gaji kena plan cuti awal.

Kenapa makan gaji je kena plan cuti awal-awal? bukan nak share plan cuti dari segi kewangan tau. Ni hah kalendar boleh kira bape balance cuti kalao amik cuti gini tahun ni.

Untung 2015 ni banyak cuti umum sambung ngan hujung minggu. Uishh yang keje kerajaan boleh save cuti tuk GCR ni.

Nah rancang cuti..agar cuti jadi..cuuutiii panjang..nak rancang cuti terus dari makan gaji. tu boleh PM ok..Tambah pendapatan atau jana pendapatan dengan SHAKLEE.

Tambah 2 hari jadi 5 hari.

Drama di Di Pentas Akhir Gegar Vaganza

Memula tak amik tahu pun even kat wapp group dok cita..pastu dah sana sini cerita kita tak lei tahan nk tengok gak..padahal tadi cakap "alah..dah rakam kang balik tengok la.."  Ohoi..tersearch gak.. haha..



Apa kata MALAYSIA?

Jan 4, 2015

Pengiraan Zakat Emas - Animasi Tutorial Ustaz Amil



Ibu mestilah nak yang terbaik!

Amboi tajuk siap tanda seruan marah benar or tegas benar tu..haha.. maunye tak sekarang kalau kita tengok FB ke..IG ke.. mesti ada pakar kanaka-kanak yang bagi komen itu ini..lelagi kalau tengok page retis..cam Scha awal kena pasal babywearing kat IG diorang. Alahai..adik akak jangan lah taksub sangat..memang kita nak bantu niat nak share info je..tapi as parent mesti diorg pun dah search study untuk kebaikan anak diorang. Tak gitu..

Ok lah dah habis membebel tu meh la ke tujuan sebenar nak share pasal ada gak yang mempersoalkan bila kita dok share pasal vitamin untuk kanak-kanak. Cam kita kata kita hanya kongsi selainnya anda lah decide kan. Actually pasal perlu ke tak anak kita ambil makanan tambahan dah pun kita kongsi sebelum ni kat entry "makanan tambahan untuk anak"

Kita kena tengoklah "eating habit" anak kita kalau cam Rizq yang makan menu yang dia suka je memang susah lah nak dapat semua nutrisi yang diperlukan. Biasanya anak-anak memang ada yang sangat susah nak makan. Ada pula yang langsung tak makan dan hanya susu. 

Kita sendiri dah cuba bagi Mealshake dan Omega Guard. Tapi sekarang Omega Guard je yang Rizq boleh terima. Mealshake soorok lah dalam apa pun memang die leh kesan sebab Rizq tak suka Vanila. Nasib baik 2015 ni Vitalea for Children muncul kembali. Apa yang wat saya tak sabar nak dapatkan Vitalea ni ialah kandungan vitamin yang telah di tambah..dan apa yang anak kita boleh dapat dengan sebiji Vitalea for children ni.

Persamaan sebiji Vitale dengan hidangan makanan harian

See..banyak kan..kita sendiri pun tak makan sayur buah banyak gitu..(sebab tu mak pun amik vitamin). Nama pun makanan tambahan pasti untuk lengkapkan ape yang kurang. Bukan gantikan diet harian anak kita. Anak kita masih perlukan vitamin-vitamin lain cam karbohidrat.

Kita jual sebab tu beria cerita kebaikan Vitalea for Children ni kan..uishh tu betul juga tapi kita tak lah setaksub itu. Kita dah cuba gak appeton..scott emulsion..ape lagi vitamin yang ku tahu baik untuk anak..Tapi nan hado si Rizq nak makan. Vitalea ni lah harapan baru untuk ibu bagi pada sang juara ni.


Jadi pilihan di tangan kita as parent kan. IBU MESTILAH NAK YANG TERBAIK!

Jom dapatkan Vitalea For Children hari ini. Yeah!

Jan 2, 2015

Pengiraan Zakat Pendapatan - Animasi Tutorial Ustaz Amil



Meriah tau Januari 2015 ni

Meriah la sangat rini oii.. haha maunye tak meriah Shaklee wat Promo banyak lak bulan ni.Produk yang paling dinanti time PROMO tiap bulan . Cantik sangat sebab stok mak dah lamam habis dan kebetulan bulan ni ramai dapat bonus. So melaburlah sikit untuk orang tua kan.

Ok dah apa promosi sepanjang Januari ni?

ALFALFA Complex


Beli 6 percuma 1
Beli 2 potongan harga 5%

Alfalfa dua size 300bij dan 700biji

 VIVIX

Beli 6 percuma 1 
Beli 2 potongan harga 5%

VIVIX : Premium produk Shaklee


Vitalea for Children

Beli 3 percuma 1
Vitalea for Children : New & Improved Formula

Meriahkan.. Vitamin untuk seisi keluarga. Vitalea tu lah yang mendapat sambutan sebab dah lama ditunggu-tunggu dan kali ini formula lebih baik. Memang berbaloi untuk wang andalah..bak kata orang " value for money" gitu.. 

Yang lebih meriah dan seronoknya promo sebelum GST yang mula bulan April ni..memang kena borong lah. Owh dengan grab 2 botol VIVIX ni anda layak dapat keahlian percuma . Bila keahlian percuma maknanya anda ada peluang untuk memulakan PERNIAGAAN atau PENDAPATAN SAMPINGAN. Nak guna dulu baru jual itu lebih mudah!


Nak lebih info tentang ALFALFA, VIVIX dan VITALEA for Children. Klik sahaja di tab PROMO

0126278520 sms/wapp
Rinie Borhan 
Your Shaklee Product Advisor.

Jan 1, 2015

2015 ianya kembali.

Selamat tahun baru !!

Apa persediaan anada untuk tahun baru ni? Ada perubahan besar ke? Nak terima orang baru? Ahli keluarga baru? Apa-apa pun say doakan kita semua berjaya dan lebih baik di tahun 2015 ni. Saya?
Azam yang satu.. nanti-nantilah cerita ok..


Nah setelah sekian lama.. 2015 Vitalea for Children kembali lagi. Masa saya join Shaklee produk ni pun dah tak ada stok. 2015 ianya kembali dengan formula terbaru dan lebih baik.

Vita-Lea for Children Chewable Shaklee:
  • VITAMIN POWER! Mengandungi 100% Vitamin C,D dan E serta 8 jenis Vitamin B.
  • Mengandungi 200mg Kalsium, Magnesium, Zink dan banyak lagi mineral asli.
  • Manisan semulajadi dengan Xylitol  yang mencegah kaviti (punca kerosakan gigi)
  • Tanpa bahan pengawet, perisa dan pewarna TIRUAN.
  • Gluten Free : segalanya rasa Anggur semulajadi yang hebat.
Apa pembaharuan yang dibuat oleh Shaklee dengan kehilangan Vitalea for Children untuk sekian lama?

14 Vitamin dari 18 Vitamin yang terkandung didalamnyaya telah ditambah bagi melengkapi keperluan nutrisi harian kanak-kanak. Antaranya boleh rujuk kat graf bawah ni:


Formula terbaru Vitalea for Children

Kenapa kita perlu dapatkan Vitale for Children ni untuk anak kita?

Sebabnya cuba kita bayangkan anak kita perlu makan 4 cawan Brocoli untuk dapatkan 400mg Folic Acid setiap hari. Haishh..kalau Rizq nak mkn sekutum tu pun susah nak kena sorok bagai. Tu baru satu jenis vitamin yang lelain lagi? Rizq pula picky eater berapa banyak lagi nutrisi yang perlu ditambah supaya seimbang.

"Anak  saya makan pun susah lagi nak telan vitamin.."

Jangan risau selain rasa Anggur yang sebenar. Ianya di buat "chewable" jadi anak boleh hisap macam mereka makan gula-gula. Lagi baik dari gula-gula kerana bahan pemanisnya mengandungi xylitol, tak perlu risau masalah gigi rosak.

Berita baik Sepanjang Januari 2015 ada promosi Beli 3 percuma 1* Jadi hubungi saya untuk maklumat selanjutnya.

Rinie Borhan 
0126278520 
SID: 919511

*promosi bergantung pada terma dan syarat

Dec 31, 2014

Dalam kita membantu..sokongan moral juga penting

Alhamdulillah harini hari terakhir tahun 2014. Banyak suka duka kita lalui terutama Rakyat Malaysia. Harini scroll2 FB banyak viral keadaan banjir di Pantai Timur khususnya. Keadaan banjir semakin baik tapi ada juga maran untuk gelombang ke 4.

Selepas banjir ni banyak yang perlu kita bantu baik dari segi luaran dan juga motivasi diri.Mereka perlukan sokongan moral!

 Saya nak kongsi satu gambar yang saya dapat dari FB pagi ni. Ibu menyusu antara mangsa banjir yang pasti tertekan. Dan kita tahu if stress pun susu akan merudum. Jadi sukarelawan perlu juga memandang isu ini. Lagipun dengan bantuan makanan yang terhad BAYI mesti bergantung pada susu ibu.
Grafik menarik : Bagaimana sukarelawan boleh membantu ibu-ibu menyusu teruskan penyusuan selepas bencana banjir

Dec 29, 2014

Bila nak JALAN nak...

Aha! post yang dikarang berkurun tu memang sah hilang..mano ntah poi'ee.. haha.. lain kali kalau nak nulih blog guna hp pastikan line chanteq ye.. Berbalik pada tajuk tu ha.. Al-kisahnya ibu ni dok risau bila adik Ra.ifa nak berjalan. Genap setahu aritu nampak dah berdiri cuba nak jalan.tapi sapia dah 1 tahun 4 bulan ni tak juga nak berjalan. Merangkak punyalah laju.

Mungkin ibu ni drama lebih..selalu dk rasa tulang belakang Ra.ifa time menyusu..kotlah kan sebab ape2 adik takmo jalan. Tapi hakikatnya nampak normal je sebab bukan tak jalan langsung..Adik Ra.ifa jalan bila ada orang sambut atau pimpin je..Adik gayat ke? kalau gayat camne ibu nak tolong eak.

Masa nak masuk setahun tu memang tak jalan..gigih ibu bawa jalan atas rumput berembun orang kata nanti cepat jalan..ermmpuas tak juga jadi..Pastu orang kata urut pun ibu urut tiap kali pas mandi..idok juge ..aterr..camne??

Last-last ibu pun google je lah..nurse kat KKIA pun dah cakap kalau 1 tahun 6 bulan belum lei jalan sendiri kena refer pakar. Ok sebelum refer tu kita cari-cari lah info so nanti tau lah apan ak buat kan.. Rujukan utama ibu mestilah babycenter.com. Jadi ini info yang ibu dapat.

Most babies take their first steps sometime between 9 and 12 months and are walking well by the time they're 14 or 15 months old. Don't worry if your child takes a little longer, though. Some perfectly normal children don't walk until they're 16 or 17 months old.

After those first magical steps toward independence, your child will begin to master the finer points of mobility:
  • At 14 months, your toddler should be able to stand alone. She can probably squat down and then stand back up again, and she might even work on walking backward.
  • By 15 months, your child may be pretty good at walking. She may enjoy push-and-pull toys while she toddles. At this age she will walk with her legs fairly far apart and her feet pointed outward . This is normal and helps her maintain stability.
  • At about 16 months, your child will begin to take an interest in going up and down stairs –though she probably won't navigate them with your help until her next birthday.
  • It's likely your child will be a proficient walker by 18 months. She might like to climb all over the furniture, and she can probably motor up stairs – though she'll still need help getting back down for a few more months. She may try to kick a ball, though she won't always be successful, and she probably likes to dance to music.
  • At 25 or 26 months, your child's steps will be more even, and she'll have the hang of the smooth heel-to-toe motion adults use. She's also getting better at jumping.
  • By the time your child's third birthday rolls around, many of her basic movements will have become second nature. She'll be able to walk up and down stairs  with one foot on each stair. She'll no longer need to focus energy on walking, standing, running, or jumping, though some actions, such as standing on tiptoes or on one foot, might still require concentration and effort.
 Jadi ibu tak perlu risau sangat. Setiap bayi tu perkembangannya berbeza. Lagipun adik Ra.ifa bukan sampai tak lei jalan langsung..Tapi mungkin lambat sikit banding kengkawan seusia die. Dalam tak lei jalan tanpa bantuan tu, bab memanjat sepak bola tu hebat plak.tak padan ngan perempuan tau! Korang ada pengalaman cam kita tak meh la share.

Dec 24, 2014

Saluran derma banjir pantai timur dengan SMS

Sama-samalah kita hulurkan bantuan. Selain doa banyak keperluan yang mereka perlukan. Jom kita lakukan bahagian kita.

Sekarang banyak sumber boleh kita salurkan bantuan. Bagi yang tak sempat nak ke ATM sebab kebanyakkannya derma perlu masuk ke akaun simpanan boleh menderma dengan SMS berikut

Bila entry ku hilang begitu sahaja

Tu dia tajuk entry ku..al kisahnya semlam dah update pasal adik Ra.ifa yang dah mula berjalan. Walau ibu ni punyalah risau sebab dah 1 tahun 4 bulan kot. Tup..tup..mane ntah gi post tu..update guna hand phone tengok kat situ status "publishing" sampi sudah tak publish-publish...

Tu yang update pasal Kolagen tu lak kuar dulu. Ni yang berkira-kira nak beli Laptop senang  nak hapdet blog..kalau pakai hand phone memang menduga kesabaran lelagi kalau nk upload gambo.
dah janji gak nka share cara pilih kolagen yang betul. pun dok simpan rapi kat Draft.

Sabor eak..ari senin kita hapdet 2 entry skaligus..jangan muak lak baca. ok!

So boleh tak korang bagi idea mane ku nak cari balik entry tu? oh! atau karang je entry baru? alahai.. ape apps yang lain tuk blogging guna android eak..Meh la share..

ps: Now kena taip nama adik Ra.ifa gini sebab kalau taip Raifa nanti jadi tak ada makna lak.." Ra.Ifa = yang membahagiakan."

Cari nama -nama indah kat FB: Nama-nama Indah yang Bermakna

Dec 22, 2014

Umur 30 tahun perlukan kolagen tambahan?

Bulan 6 lepas kita masuk geng 3 series. Uishh apsal rasa riang ria muda mudi lagi ni. Dalam tak sedar tu kalua tenung muka kat cermin haih lain benar 10 tahun dulu. Jeragat..kedutan tepi mata memang helas kelihatan. Tu lom gucci..prada dok bawah mata...haha..
Ramai yang akan mula rasa perubahan bila masuk 30 tahun kan. Bukan je kulit muka..bentuk badan tapi sendi-sendi pun ada yang dah rasa sakit. Stamina nak berjalan tu up bila gi shopping je tak pun masa kejar anak. Habis kerja penatnya tak sama zaman 20 an zaman kat uni 2-3 pagi pun maintain lagi.
Badan kita pun berjuta sel mati setiap hari tapi sel baru yang sihat tumbuh semula ke? Penghasilan Kolagen pula makin menurun bila usia meningkat. Bila stress lak penghasilan kolagen makin drop.
Sebelum tu apa kolagen..kenapa badan perlukan kolagen?
" Collagen is a group of proteins that connects and supports other bodily tissues, such as skin, bone, blood vessels, tendons, muscles, and cartilage. It also supports internal organs and is even present in teeth. Collagen makes up 30% of the 100,000 types of proteins that exist in the human body."
Sebenarnya kolagen terhasil dengan aktif awal 20 an tapi pada 25 tahun peratusan penghasilan kolagen akan menurun. Apatah lagi bila kita dah 30an kan.
"At the age of 25, collagen production begins to decrease, which also slows down the rate of metabolism in the body. This lack of collagen creates the following health problems:
- Wrinkles, fine lines, sagging skin, gray hair, and hair loss
- High blood pressure, bone loss, arthritis, farsightedness
- Atherosclerosis"
Tu yang bila 30 an kita rasa sakit lutut,kulit berkedut, dan paling ketara biasanya RAMBUT GUGUR.. Jadi relevan tak usia menginjak 30 kita mula ambil makanan tambahan kolagen untuk tubuh badan?
Nanti kita kongsi macamana nak pilih kolagen yang baik.
Untuk order Shaklee Collagen Powder
Beli 3 percuma 1
Percuma keahlian.
Peluang perniagaan.
0126278520 sms/wapp
Carta penurunan penghasilan kolagen
Promosi Shaklee Collagen Powder sepanjang Disember 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...