Apr 5, 2015

3 CARA CEGAH EPISIOTOMI

Akak dah rasa luka bersalin normal dan ceasarean yang pernah akak kongsi kat entry sebelum ini. Caeserean tu dah tentu kena toreh tapi episiotomi ni ikut juga ada yang bersalin NORMAL tanpa episiotomi.  Ada ke cara nak CEGAH?





1. Urutan Perineal

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Cara urutan: 
  • Gunakan 1/2 ajari masukkan kedalam vagina (1-1.5 inc). Tekannkan jari kebawah (arah dubur) untuk merenggangkan perinium.
  • Biarkan regangan selama 1-2 minit (tarik nafas ketika melakukan proses ini)
  • Ulangkan beberapa kali dengan gerakan U ( kekiri & kanan)

2. Senaman Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.

Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.


3. Pemakanan

 Amalkan pemakanan kaya PROTEIN yang terdiri dari 9 asid amino perlu. Protein dapat membantu penghasilan otot yang sihat dan anjal. Asid amino Valine, penting untuk membaikpulih tisu rosak dan metabolisma otot.  Jika sumber protein yang diambil tidak lengkap dengan kesemua 9 asid amino juga boleh menyebabkan  sel tidak dapat dibaikpulih dan otot tidak terbina dengan baik.

ESP Shaklee sumber protein pilihan akak. Selain dapat sumber protein lengkap 9 asid amino ianya juga lengkap dengan vitamin lain seperti vitamin B6 dan mineral kalsium.
set hamil
Boleh juga baca entry Penjagaan luka bersalin, yang mana akak ada kongsikan pengalaman akak jaga luka bersalin semasa lahirkan Rizq & Ra.ifa. Beza sebelum guna produk Shaklee dan selepas.

========================================================================

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f625c0ef85e8e6d96ec0a1bc16c2741d

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...