Sep 22, 2014

Raifa 1 tahun 20 hari : Semakin bijak

Hi.. Raifa Rakhiya.. tenag setenang namanya. Dah setahun 3 September lepas tapi masih belum berjalan. Gaya mula nak jalan tu ada dok tertonggeng-tonggeng tapi bila soh bertatih tak mahu. Jalan gak lah kalau dipimpin itu pun 2-3 langkah. Ibu dah excited keluarkan walk and play abang dulu tapi takut pulak sebab benda tu laju. raifa lak masih tak pandai seimbangkan badan.mau tergolek kebelakang.

Dalam tak pandai jalan lagi tu bab memanjat Raifa memang champion. Masa bawa die jumpa doktor masa genap setahun tu, dengan slumber die hulur kaki panjat meja doktor. Uishh adik Raifa awak tu gegirl ok. Sekarang hobi terbaru panjat kerusi untuk intai kengkawan anak-anak sepupu kita kat rumah sebelah. Siap memanggil-manggil walau takde pun abang kakak kat luar tu. Pantang ada bunyi motor ke kertea lalu kelam kabut die nak panjat mengitai.

Dah faham gak bila orang baca bismillah cecepat die angkat tangan sapu muka terus aminkan. Kalau dengar azan kat tv pun die cecepat angkat tangan. Alhamdulillah happy ibu tengok perkembangan yang satu ni. At least adik Raifa dah kenal adab bila berdoa dan azan kan. Mesti die belajar tiap kali ibu nak suap abang makan baca doa kuat-kuat dan suruh Raifa join sekali.

Raifa ni lebih tekun sikit kalau bermain. Maybe fokus dak perempuan lain kot dengan lelaki. Kalau time main blok die mesti lagi cepat dari abang..kekadang dah siap die membina die kacau pula abang punya.hehe...kuat menyakat dak Raifa ni. Lagi abang marah lagi seronok die kacau. Yes memang dah pandai gaduh. Berebut ikut kalau mood baik selalu die menang sebab die akan rebut habis-habisan sampai abang mengalah. Tapi kalau kena mood tak baik berebut sikit terus melalak. Pening gak bila dah pandai berebut ni tapi selalu ibu suka tengok diorg gitu..jahat kan ibu...

Orang kata bila anak sulung lelaki anak kedua perempuan si adik mesti follow je abang die buat. Itulah Raifa sekarang. tu yang jadi punca perebutan tu. kekadang die nak main je tapi abang dah memang tak boleh berkongsinye oarang.. memang berebutlah jadinya. Semualah apa abang buat die pun buat. Idola sangat dah abangnye tu. Bangun tidur memang terus bergolek ke abang.

Alhamdulillah tu la sikit cerita si Raifa ni..ahh! gigi ada 6 batang baru pandai menggigit..seriau je time menyusu. selalu time die nak terlelap atau tengah menyusu abang kacau kompom menggigit. Semoga Raifa jadi anak sihat dan solehah. 

ps: orang tua-tua kata kalau nak adik beradik rapat simpan tali pusat diorang dalam satu bekas. wallhualam..

3 comments:

ily♥ said...

Comel je raifa. Moga jadi anak solehah.

Kite yg both boys ni pun, si adik gigih la follow ape abg buat. mmg copy cat sungguh..Bangun pagi, pusing-pusing cari..."Mana abang?"...Bila nampak abang terus sengih happy... "Ummi..tu abang.." itulah kawan, itulah lawan. huhu

Fara said...

aku simpan lain2 bekas, 2 tahun sekali .. tak rapat ekk?? hahaha

rini.borhan said...

ily : tapi kalo sesama lakitakpe nk follow nampak sopan gak sesama memanjat. ni perempuan dok kangkang memanjat gak parah tu

k.fara: bukan rerapat gitu..diorang adik beradik close..yang rapat tu mak ayah la ken control..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...