Sep 26, 2014

Biarkan ianya kebuluran.

Apa yang kebuluran tu? Ini adalah penerangan tentang video yang saya kongsikan pada post lepas. Banyak kali dengar pun agak sukar nak faham sebab term-term dan kelajuan beliau menerangakan. Mujur ada my mentor Puteri Yusof yang dah berdiskusi dengan seorang teman kami di PAF meringkaskan apa yang diperkatakan oleh Dr.Li.

Term2 yang banyak digunakan adalah seperti berikut..so kita fahami dulu ape maksudnya.
  • Blood vessel = salur darah
  • Angiogenesis = proses pembentukan salur darah
  • Inhibitors = penyekat proses pembentukan salur darah
  • Stimulators = merangsang proses pembentukan salur darah
====================================================================
  1. Pembentukan salur darah kita ni sangat magical, ianya boleh dirangsang dan disekat bila diperlukan. Contoh, bila kita luka di bahagian kulit, proses pembentukan salur darah akan dirangsang untuk baiki luka tersebut. Dan bila luka dan sembuh, pembentukan salur darah disekat jadi sebab dah cukup tugasnya untuk perbaiki tisu kulit kita. Sepanjang kita hidup, proses ini sentiasa mencari keseimbangan untuk rangsangan atau sekatan. Kita tidak mahu ada terlalu banyak salur darah, atau terlalu sedikit salur darah. Badan yang sihat perlu seimbang.
  2. Masalah2 yang berkaitan dengan masalah salur darah yang terlalu sedikit termasuklah luka lambat sembuh, penyakit jantung, strok, pre-eclampsia, rambut gugur, erectile dysfunction. Maknanya badan tak boleh nak ransang pembentukan salur darah, jadi dapat lah masalah2 kesihatan ni. 
  3. Masalah2 yang berkaitan dengan masalah salur darah yang terlalu banyak termasuklah cancer, psirosis, buta, athritis, endeometriosis, Alzheimers, obesiti etc. Maknanya badan tak boleh nak kawal pembentukan salur darah, jadi dapatlah masalah2 kesihatan ni. 
  4. Dan lebih menakutkan ialah, ketidakseimbangan ini (terlalu kurang atau terlalu banyak salur darah) 30-35% disebabkan oleh diet kita seharian. Dan dalam video ini Dr. Li menekankan bagaimana diet boleh menyebabkan kita dapat cancer dan kita sebenarnya memang "beri makan" sel kanser setiap hari, dan sel kanser pun membiak dan semakin "sihat" dalam badan kita. 
  5. Dalam badan kita memang terdapat sel kanser, dan semakin kita tua, semakin mudah sel kanser dalam badan ditemui. Yang membezakan samada ia boleh jadi penyakit ialah cara diet kita seharian. Adakah kita makan untuk bagi sel kanser sihat, atau kita makan untuk bagi sel kanser kita kebulur? 
  6. Dalam video ini Dr. Li beri contoh salah satu sumber makanan yang boleh membantu masalah ketidakseimbangan dalam proses pembentukan salur darah kita (imbalance in angiogenesis), ialah makanan2 yang ada sumber RESVERATROL yang tinggi, seperti anggur merah. Dan ia boleh menyekat ketidakseimbangan (dalam hal kanser, terlebih pembentukan salur darah) tersebut sebanyak 60%! Begitu juga dengan strawberries dan extract soya bean. 
  7. Senarai makanan lain yang boleh kita makan untuk memastikan sel kanser kita "kebuluran" termasuklah blackberries, raspberreis, blueberries, oranges, grapefruit, lemons, apples, pineapples, cherries, red wine, bok choy, kale, soy beans, ginseng, maitake mushrooms, licorice, turmeric, nutmeg, artichokes, pumpkin, sea cucumber, tuna, parsley, garlic, tomato, olive oil, grape seed oil, dark chocolatedan sebagainya.
  8.  Bila kita asyik dengan makanan2 yang tidak elok, kita makin bagi sel kanser sihat, lama- lama salur darah kita tidak seimbang lagi, ia akan terlebih- lebih (bayangkan ia berakar tanpa henti), jadi makin banyak lah laluan makanan ke sel kanser tersebut
 Kesimpulannya:
Kita perlu semak balik apa yang kita makan. Sama ada ianya memberi makan kepada sel kanser dan menyihtakannya didalam badan kita atau kita membiarkan ianya kebuluran. Jika anda pengguna VIVIX Shaklee anda bertuah kerana Vivix  paling tinggi untuk kandungan resveratrol daripada muscadine grapes bukan sekadar awet muda, tapi kita sedang berusaha mengkebelurkan sel kanser yang sememangnya ada dalam badan. 
ps: info diolah dari http://puteriandrichfriends.blogspot.com/2014/09/jangan-beri-makan-kepada-sel-kanser-anda.html 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...