Sep 12, 2014

Samsung Premium Care & Experience Centre : Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara

Ini cerita rentetan dari kisah Hp ibu yang rosak. Dijadikan cerita survey rege screen sana sini dalam RM 600++ termasuk workmanship. Jadi bincang dengan En.Suami kita tukar kat Samsung Service Centre je lah. Sebab akak ipor dah penah tukar kat sana. Puas hati dah tentu spare part tu ori kan. Dah tu die kena RM100 je.

So yang kitorang tau Samsung Service tu kat PJ. sebelah federal highway tu. Kat deretan kedai kereta-kereta mewah. So jumaat dari Hospital Sungai Buloh gigih terus ke sana. Alang-alang dah cuti kan. Dah lah nak masuk tu jam, federal pun memang setiap masa penuh kereta..tup..tup..dah TUTUP diorang dah pindah ke Mutiara Damansara. Adoiii..dah lah plannya lepas gi sini nak ke The Curve, kalau tahu awal-awal tak lah pusing-pusing gini.

 Samsung Premium Care & Experience Centre ni terletak kat tingkat 2 Wisma Bentley Music. Depan TESCO Mutiara Damsara je. Memang besar dan best. Husband kata atas bawah ade LCD Screen. Nak bawa anak-anak pun ok sebab tak ramai orang dan ade Tab3 Kids tuk diorg explore. Kaunter service pun tiptop pantas dan friendly sangat.

Hantar repair kalau ada stok spare part boleh terus hantar repair tunggu dalam 1 jam. 1 jam tu korang leh je pusing-pusing dalam ni..main cuba segala gadget atau boleh je gi The Curve ke..IKEa ke..dekat area2 tu je.


pic credit : rasakalbu.blogspot
Ok pasni boleh terus gi sini kalau ade prob ngan SAMSUNG Produk. Gerenti..Puashati... Ini berita masa pembukaan  Samsung Premium Care & Experience Centre

2 comments:

Massy said...

We have proficiency team of extremely qualified use the best diagnostic equipment to give you the top repair service for more info Please visit here Mobile Phone repair service UK

Shahid Mirza said...





how to play youtube videos in background in android phones Best technology news website regarding android windows google facebook and many more how to tutorials helping the users.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...