Sebenarnya dah lepas dah hari jadi Raifa. Raifa lahir 3 September 2013. Yeay! Alhamdulillah adik dah setahun. membesar dengan sihat dan bijak. Ibu baru nak cerita sebab baru je celeb birthday adik hujung minggu aritu. Sorry adik tak ada majlis kat luar macam birthday abang, tapi tak apa kita wat birthday adik sekali ngan abg eshan. Meriah! makan lak disediakan dengan penuh kasih sayang oleh Uwan. Sedap adik layan segala menu kan.
Sempena hari lahir Raifa ni nak mengimbau lah detik kelahiran RAIFA RAKHIYA BINTI NORAZREEN. Adik lahir pada 3 September 2013 ohoii..ibu tak ingat pukul berapa..haha..dah setahun baru nak mengimbau kan kekdahnye. adik lahir emergency czer atas nasihat doktor masa tu dah bukaan 5 cm..ibu yakin je boleh bersalin normal. Tapi masa doktor datang consult tu die explain kenapa kena czer barulah ibu akur.
Bersalin adik ni rasanya lebih tenang sebab kekonon dah ada pengalaman kan. Pagi 2 Sept tu sempat lagi bagi taklimat pada pelajar baru. Turun pentas terus ke toilet sebab terasa senak kan. tengok dah ada spot. Ok tenang sangat kekonon asuk opis telan B Complex tak tau ape kena mengena nya tapi masa tu fikir nak elak stress. haha.. wapp kengkawan PAF.. baru teringat nka wapp ayah @ en.suami.
Pergi hospital baru 2 cm bukaan, dah agak dah memang ingat nak gi lambat-lambat tapi sebab GDM ikut jelah pesan doktor ada tanda terus datang hospital. Jangan nak amik risiko sangat degil pesan doktor kan. dah tu merasa la selukan padu doktor. Eh boleh pulak kan doktor pelatih datang cakap nak check lagi sekali bukaan. of course lah tak bagi kan.
Then tunggu lah bukaan seterusnya. Alhamdulillah kali ni dapat layan kontraksi dengan tenang. takdelah sakit sangat sebab baru buka sikit atau sebab dah lali atau sebab telan B Complex pagi tadi. Konpius..haha.. Ayah kata nak gi opis amik GL ibu ok je tapi separuh jalan ayah gi kena patah balik sebab doktor nak jumpa. Doktor nak bincang yang ibu di cadangkan untuk czer.
Masa lahirkan Rizq ibu lahirkan normal tapi 3rd degree tear, so doc check baru 1 tahun ++ luka tu. Diorang takut luka tu terjadi balik dan lagi parah tak boleh di repair (amboi cam mesin basuh lak nak main repair2) Doktor bagi masa berbincang, so akirnya kami ikut cadangan doktor sebab terbayang doktor cakap " nanti awak muda2 dah kena pakai pampers tak terasa nak kencing berak" Choii!! mestilah ibu takutkan.
Alhamdulillah setelah melayang tingtong dalam OT. Bau daging salai bila perut di hiris..dengar doktor, nurse, pakar bius wat story telling yang kekadang cam nyampah, Lahirlah si Cantik Manis puteri ibu.
Tepat 7 hari baru dapat nama RAIFA RAKHIYA ni setelah puas berdrama swasta ngan ayah sebab die reject nama yang ibu pilih Rania Raisyah. kalau tak lebih kurang nama Felixia Yap..haha..Apa makna RAIFA RAKHIYA?Maknanya yang penyayang yang tenang. Ibu pilih dari Group FB Nam-nama Indah yang Bermakna. Nama dalam ni semua dari bahasa arab. so sesiapa nak cari nama anak boleh cari kat sini eak.
Sekarang dah setahun adik dah pandai memacam.. asik melekat dengan ibu. masih tak nak berjalan tapi galak memanjat.ape abang buat semua nak ditiru. Pening tapi bahagia sangat rasa. adik sesatu bunga dikalangan jejaka bila balik Seremban. Tapi tak mahu ikut orang..payah benar.
Gambar dengan atuk & wan..tengok saya dia apit oleh jejaka-jejaka kacak. |
2 comments:
Seram part kena pakai pampers muda2 tu.. Mintak dijauhkan.. Muda ke, tua ke. We will be healthy!! :-)
sebab seram lah ku rela dibelah kak.
Post a Comment